Friday, December 26, 2008

Lompat Tikam


Kuih kegemaran keluarga. Resipi dah tulis kat sini dulu.

Thursday, December 25, 2008

Ladybird n Pumpkin


Ladybird
Ini untuk Daniel..kepada ibu Daniel mai ambil (gambarnya je lah) kalau betul2 nak makan cupcake ni mai rumah :D.


Ladybird dalam taman ros

Pumpkin


Ada sikit lagi lebihan sugarpaste 3 hari lepas jadi cuba buat bentuk lain pula. Bagi yang bertanya macam mana buat sugarpaste,boleh lihat blog Suzinor,sila klik resipinya ada disini. Ini merupakan kali kedua menggunakan resipi ini, dan mula rasa 'selesa' sebab ia cepat kering. Tragacanth gum memang buat semua benda yang dibentuk tu keras kejung!

Bagi yang nak belajar sugarpaste dan fondant berikut link yang bagus.Buat masa ni tak mampu lagi nak attend class, banyak baca kat situ lah .Kalaulah dapat belajar kat ICCA tu alangkah seronoknyaaaa ^_*

1. Cake Jurnal: How To Make Beautiful Cakes,Sweet Cupcakes and Delicious Cookies
2. http://www.sugarcraft.com/catalog/misc/lessons/gumpaste.htm
3. http://members.nuvox.net/~zt.proicer/index.html
4. www.wilton.com


Untuk dapatkan warna hitam pada badan ladybird tu mula-mula cuba campurkan merah+ purple dan jadi warna dark maroon. Adunan sugarpaste menjadi lembik dan terpaksa tambah gula aising sedikit. Kemudian cuba campur warna hijau (kali ini guna pewarna serbuk pula) barulah jadi hitam.

Untuk bentukkan ladbird,mula-mula buat bentuk bulat.Leperkan sedikit denagn jari,buat garisan diatasnya menggunakan veining tool.
Kemudian ambil sedikit doh hitam,bentukkan menjadi panjang dan letak di atas bahagian atas garisan yang dibuat tadi. Untuk kepalanya,buat bentuk bulat juga.Tiruskan sedikit bahagian depan dan letakkan mata. Buat lagi beberapa bola warna hitam dan leperkan untuk jadikan tompok hitam pada badannya. Tandakan tempat untuk meletak tompok hitam tadi,dan lubangkan sedikit.Letakkan doh hitam yang bulat dan leper ke atasnya. Lekatkannya dengan meletakkan sedikit air.(Sedikit sahaja). Kakinya tak buat laa..tengok gambar Ladybird yang sebenar ada 2 tangan dan 4 kaki, tiada antenna tapi ada misai.

Untuk papan tanda bertulis nama tu pula pinjam Faris punya set playdoh.Tekapkan sahaja pada doh dapatlah bentuk bulat yang ada ira kayu tu. Banyak juga alatan playdoh yang sesuai guna untuk buat macam-macam bentuk. Antara yang paling berguna ialah macam-macam penerap dan rolling pinnya yang kecil ,senang nak mencanai. Kalau nak beli complete set Wil*** tu alahai mahalnya. Yang ada cuma flower tool set jadi guna ajelah apa-apa yang ada kat rumah ni.

Tuesday, December 23, 2008

Sugarpaste: 7 Cuppies


Ok seperti yang telah dijanjikan semalam ini dia carrot muffin yang telah di 'touch up' . Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah sudi memberi nama untuk ditulis di atas cuppies ini : HANA, HUDA, ANA, SWEETLILY, AZIEMAS dan tak ketinggalan untuk KakG .Ada extra cupcake jadi bila nampak message KakG terus buatkan satu untuk Kak G juga. Nanti copy gambar di bawah dan letak di blog masing-masing ya :D .Tidak dilupakan untuk kawan-kawan yang mana namanya tak tertulis disini jemputlah ambil cupcake yang kat tengah-tengah sekali tu . Sebenarnya kalau boleh nak tulis semua nama tapi tak berkemampuan. Jadi yang centre tu untuk semua lah ya.




Untuk semua kawan-kawan silalah rasa secubit seorang ya. Ambillah ya ..Ihlas tanda persahabatan dari saya..



Untuk Hana yang jauh di Jepun

Untuk Cik Huda yang manis dan baik hati.

Untuk Puan Ana yang cantik rupawan

Untuk SL, pakar cupcake...ketaq lutut sebab nak kasi kat SIFU nih :D

Untuk Ustazah Azie yang dihormati

Untuk Kak G yang diingati ,harap maaf rasanya nama ni tersilap eja.


Untuk makluman topping dari buttercream,semua daun,bunga dan 'name tag' dari sugar paste, dan tulisan nama dari royal aising.
BEHIND THE SCENE

Monday, December 22, 2008

Carrot Muffin

LELONG LELONG Muffin!!! muffin ni akan dimake up kan sekejap lagi.Kepada kawan-kawan yang sudi untuk 'mengabadikan' nama kat atas muffin ni silalah beri respon di kotak Oggix tu ya..TERHAD KEPADA 5 ORANG SAHAJA..siapa cepat dia dapat!!!nanti atas muffin tu akan tulis nama anda..ingat ya tuan rumah ada 5 bijik muffin ni je tau!!! Jangan malu-malu tak kiralah sapa2 pun yang lalu lalang kat sini..TERIMA KASIH atas kerjasama anda.

Carrot Muffin resipi dari Cik Wan..resipinya ada disini

Sunday, December 21, 2008

Kuih Kembung Dendan


Unik nama kuih ni .Rasa dia macam donut, dan lembut sangat.Terima kasih kepada Maksu Om @ Myresipi. Resipi, klik disini. Terlebih panjang pulak mentocang adunan ni tadi,bila nak masuk dalam kuali tak muat.Jadi terpaksa dibengkokkan sikit jadilah bentuknya bulat macam ni.

Saturday, December 20, 2008

Okonomiyaki


Setelah selalu sangat buat takoyaki, kali ini cuba buat okonomiyaki pula. Bahan-bahannya lebih kurang sama dengan takoyaki juga, yang ini lebih senang sebab masak dalam non stick pan. Resipi disalin dari Resipidiana.blogspot.com.Terima kasih Diana .Okonomiyaki ni sesuai buat dalam non stick pan yang kecil lah sebab bila guna pan besar bancuahan tepung tu 'spread' luas dan lepas letak kobis dan intinya tu susah nak balik, berderai jadinya.Tepung okonomiyaki (premix) ada dijual di Jusco dan Isetan,tak silap ada 2-3 brand. Tapi kalau nak beli kena hati-hati, tengok ingredients nya sebab ada satu brand tu letak benda yang tak halal.

OKONOMIYAKI @ JAPANESE PIZZA
Sumber: Dekfa dan Kak Lynn

Bahan A:
- kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji)..
- sayur kobis di cincang halus-halus
- dried bonito flakes
- dried shrimp
- red ginger
- okonomiyaki sos
- mayonis
- sedikit minyak

Bahan B:
- udang / squid / daging tipis


Bahan A:
- kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..
- 50g tepung naik sendiri
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil dashi powder
- 100ml air
- sedikit bawang putih (klu suka)
- 1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
- 4 sudu kecil minyak sayur
- sos okonomiyaki
- dried bonito flakes
- dried shrimp (ni tak letak)
- mayonis

Bahan B:
- boleh guna daging tipis, squid atau udang

caranya:
-cincang / potong kubis tu halus-halus.
- bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
- masukkan sayur kobihts dan kacau rata
- panaskan non stick pan dan bubuh minyak
- tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak, terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.

Hiasan:
- letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki dan mayonis. taburkan dried bonito flakes, dried shrimp dan red ginger. siap.

Nota:
* sos okonomiyaki leh ganti ngan worcestershire sauce
* bonito flakes=katuobushi=kat gmbar takoyaki tuh yg nipis kat atas dia tuh
* dashi powder=leh ganti ngan serbuk ikan bilis

Tuesday, December 16, 2008

Kek Coklat Mayonis

Masih ada satu hari sebelum mayonis expire dan semalam jumpa satu resipi kek coklat yang guna mayonis. Jadi pagi ni bangun dengan semangat berkobar-kobar nak buat kek yang nampak macam sedap, Devil's Food Cake . Ia gunakan 1/3 cawan serbuk koko utk 2 cawan tepung gandum. Sebab dah terbiasa guna resipi yang pakai 1 cawan serbuk koko untuk 2 cawan tepung, rasa resipi ni macam terkurang coklatlah pulak.Jadinya kita tambahkan serbuk koko dan guna resipi yang macam biasa buat. Yang ni tambah sikit aksesori dengan kepingan badam di dalamnya.Lepas bakar kita buat topping pula. Sayangnya cairkan sikit aje coklat dan tak cukup nak cover seluruh kek..Si kecil tu pulak dah sibuk cuit-cuit kek .Hmm takpelah,biarlah topping sekerat macam ni pun,konon-kononnya senilah tu :D ..Kek ini lembab dan sesuai kalau nak buat brownies.

Posted by Picasa


Setelah siap ini resipi yang dioleh semula. Untuk resipi asal Devil's Food Cake sila klik ke www.verybestbaking.com .Ada banyak kek dan biskut yang macam best-best kat situ sampai fenin tak tau nak cuba yang mana satu :D

Bahan-bahan-untuk kek
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat dan ayak.Biarkan dahulu.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan campuran tepung dan serbuk koko secara sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau. Akhir sekali masukkan kepingan badam ,kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan butter paper.Bakar didalam oven yang telah dipanaskan. Setkan suhu ikut oven masing-masing. Yang ini bakar selama 40 minit, suhu 150 darjah.
Untuk Topping (Topping ni tak cukup, perlu tambahkan lagi)

130 gram coklat masakan
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan campuran susu cair dan air
2 sudu besar mentega
-beberapa biji badam yang telah dibakar sebagai hiasan

Cara-cara
Cairkan coklat maskan dan butter didalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air.Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuangkan ke atas kek.

Monday, December 15, 2008

Roti Teh Hijau Jepun

Resipi Roti Teh Hijau Jepun, diambil dari Resipi.Net.Resipi asal oleh Alex Goh. Inti kacang merah digantikan dengan kaya aje :D

Bahan A

400 gm tepung roti + 100gm plain flour
75gm gula
8gm garam
8gm serbuk teh hijau
1 tbsp milk powder
4 tsp instant yeast

Bahan B
2 bj telur
200 ml cold water

Bahan C
60gm butter

Bahan D
S
edikit bijan hitam untuk hiasan

Inti kacang

Bahan A
150gm kacang merah
800 ml air

Bahan B
150gm gula

Bahan C
40gm mentega

Kaedah:

1. Mix bahan A. Add B dan uli hingga jadi doh.
2. Campur C dan uli hingga doh jadi lembut dan kenyal.
3. Letakkan dlm mangkuk dan tutup dgn plastik
4. Biarkan 45 min atau saiz berganda.
5. Bentukkan bebola dan masukkan inti. Biarkan 45-60min.
6. Sapu dgn telur dan tabur sedikit bijan hitam
7. Bakar at 190 celcius selama 12-15 min.(saya bakar pada suhu 130 darjah sahaja)

Kaedah untuk inti kacang merah:

1. Masak A hingga lembut.
2. Buang air dan tambah B. Masak hingga pekat.
3. Campur C dan terus masak hingga pekat. Biarkan sejuk.

Friday, December 12, 2008

Kek Coklat Molten

Kek yang senang disediakan,sedap dimakan..cuma yang ni terlebih masak, coklatnya dah tak cair.

Sumber: Hudahana @ Myresipi . Terima kasih ya, lain kali nak cuba lagi sampai jadi secantik yang Hudahana buat :D

Bahan-bahan ( 6 biji (bekas bulat berdiameter 3") )

* 400g coklat masakan
* 10 sudu makan butter
* 1 cawan gula icing
* 3 biji telur (whole eggs)
* 3 biji telur kuning
* 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara

1. cairkan butter dan coklat, kacau rata
2. masukkan gula tepung, kacau rata
3. masukkan kesemua telur, kacau rata hingga bancuhan menjadi likat & licin
4. tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah di sapu butter hingga memenuhi +/- 80% bekas
5. bakar pada suhu 170celcius selama 10 minit
6. kek sepatutnya menjadi keras di bahagian tepi/luar tetapi cair di dalam
7. selepas dikeluarkan dari oven, berhati2 terbalikkan kek ke dalam piring layan dan hiaskan mengikut citarasa atau cedok sesenduk aiskrim vanilla ke atas kek
8. * hidangkan semasa ia masih panas
9. nota : bancuhan boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk, supaya boleh dibakar just in time utk dihidangkan panas2 ;-)

Wednesday, December 10, 2008

Bun Mayonis


Misi menghabiskan mayonis diteruskan lagi hari ini dengan buat roti pulak. Lepas ni nak kena fikir apa lagi makanan yang sesuai untuk 'dimayoniskan'. Mari minum petang dengan Roti Mayonis dan Cekodok Apple Puan Hana :)

Bahan-bahan
110 ml air suam
275 gram tepung roti
50 gram mayonis
40 gram mentega
30 gram gula
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis kering
1/3 sudu teh garam halus

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan ke dalam bread maker.
  • Bila siap, bentukkan bun kecil-kecil. Letakkan ke dalam dulang pembakar.Sapukan mayonis ke atas permukaan roti.
  • Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  • Bakar dalam oven pada suhu 140 darjah selama 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.

Cekodok Apple


Sambil bakar roti tadi jalan-jalan ke rumah Hana. Tertarik dengan Cekodok Apple ..terus bancuh tepung. Walaupun rupanya tak secantik yang Cik Puan Hana buat,rasanya sedap dan memang senang nak buat. Terima kasih ye Hana.

Tuesday, December 9, 2008

Kek Marble Mayonis

Apa agaknya rasa kek yang mengandungi mayonis? Berdasarkan rasa kek ini, sesiapun tidak akan menyangka ada mayonis di dalamnya sekiranya tidak diberitahu! Resipi asal kek ini diambil pada pek mayonis jenama Jasma . Resipi asalnya telah diubahsuai, diganda dua dan diberi corak marble supaya nampak lebih menarik.

Bahan-bahan
  • 240 gram gula halus
  • 250 gram mentega
  • 6 biji telur
  • 160 gram mayonis- saya guna mayonnis Lady's Choice
  • 300 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 2 sudu besar kulit oren yang diparut
  • 2 sudu besar coklat emulco
  • Sedikit pewarna merah dan esen ros
Cara-cara
  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Masukkan pula mayonis dan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.Masukkan parutan kulit oren pada satu bahagian adunan .Kemudian satu lagi bekas dimasukkan coklat emulco dan bekas ketiga masukkan pewarna merah dan esen ros.Kacau ingga warna sekata.
  6. Alaskan loyang pembakar dengan butter paper.Sapukan permukaan kertas dan bahagian tepi loyang dengan marjerin.
  7. Masukkan adunan ke dalam bekas, dimulakan dengan adunan berisi parutan oren,diikuti adunan coklat dan adunan merah. Lorekkan adunan dengan menggunakan sudu untuk membentuk corak marble
  8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu oven hendaklah mengikut kesesuaian oven masing-masing. Saya bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit.

Acar Mayonis

SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA.

Aidiladha kali ini disambut paling sederhana. Dalam kesibukan orang lain menyediakan hidangan, dapur rumah ni agak sunyi,gara-gara tuannya ditimpa virus 'M'. Masalah besar ni! Mulalah buka tutup almari dapur mencari idea nak masak yang paling ringkas. Tiba-tiba terlintas nak belek 'expired date' pada pek mayonis. Ya Allah! Dah nak expire 17 hb Dis ni! Apalah nak dibuat dengan mayonis seberat 1 kg nih??? Nasi mayonis ke ? Gulai mayonis? Nampak gayanya dapur ni akan dilanda demam mayonis, yang tak akan kebah sehinggalah datangnya 17 Disember nanti!!

Sebagai permulaan,menu ringkas hari raya ni nasi minyak yang dimakan dengan kerutub daging dan ACAR MAYONIS, dan juga KEK MARBLE MAYONIS. Lepas ni masak apa pulak ye?

ACAR MAYONIS

1 biji lobak merah- disagat
1 biji timun- dihiris memanjang
1/2 biji bawang merah- dimayang
1 biji limau nipis-perah airnya
2 biji cili api-dihiris halus
1/4 cawan mayonis

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua sayur.Kemudian masukkan mayonis dan perahkan limau nipis,kacau hingga rata. Acar ini mudah berair, hidangkan segera selepas disediakan.
  2. Acar ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk Nasi Beriani, Nasi Tomato dan Nasi Minyak.

Sunday, December 7, 2008

Bun Yummylicious

Tray 1: Light crust
Tray 2: Yang ni letak bijan, khas untuk beri pada bonda yang suka apa-apa yang berbijan.

Bun ni teramatlah sedap dan lembut. Rasanya berbaloi buat 2 adunan semalam. Sesiapa yang suka sgt buat dan makan roti memang patut cuba resipi ni.Resipi ini ambil dari Blog Kak Jun, dia pun dah lupa dari sumber mana. [ Ada sesiapa yang boleh bagitahu? ] Supaya senang nak refer kita letak nama bun ni sempena nama blog Kak Jun lah ya, sesuai dah dengan rasanya yang sedap tu.

Bahan-bahan
184gm tepung roti
46gm tepung kek
3gm yis
12gm gula
4gm garam
23gm madu
18gm telur kuning
35gm butter
138ml susu segar

campur aje sume2 and uli lembut. rehatkan 1 jam. tumbuk2 untuk kuarkan angin, and rehat lagi 30min. bahagi kepada beberape bahagian kecil, rehat 15min. bentukkan n letak filling (jun letak kaya aje) n rehat lagi 45min. bakar selama 10min pada 210'c.

Ayam Serai


Ayam Serai Puan Ana ni memang menguji kemahiran membelah serai. Dengan serai yang cekeding susah nak kasi tak putus [ alasan aje nih]. Habis relai kukerjakan .Akhir sekali tebuk isi ayam terus cucuk kat serai.[Puas hati makcik, :D] .Ayam ni sedap, yang ni drizzle sikit mayonis supaya Faris tertarik nak makan. Memang sedap ratah ni.

Roti Nasi


Tekstur roti yang lembut dan sedap. Resipi dari Onigiri @ Myresipi.
Bahan-bahan

  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

Thursday, December 4, 2008

Mee Rebus Johor



Resipi lama ini ditulis oleh Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakob ,dari bukunya Medan Selera.[Al-Fatihah untuk Allahyarham].Beliau merupakan pakar masakan yang terkenal di Johor sekitar tahun 1950-an. Lihat gaya bahasa,bahan dan sukatannya. Resipi ini dikekalkan dalam tulisan asal supaya kita dapat 'feel' masakan lama. Semoga dapat dimanfaatkan oleh semua.

Persediaan dan Rempah2nya:

1. Mee Kuning 3 kati
2. Taugeh 1 kati
3. Pendaram 10 keping (dipotong2)
4. Paru2 atau hati goreng ½ paun (dipotong2 sabesar jagong)
5. Sotong goreng ( sedang besarnya)4 ekor (dipotong nipis2)
6. Bawang Merah goreng 15 hulas
7. Telur rebus 4 butir (potong bulat2)
8. Daun saldri 3 batang (potong halus2)
9. Daun bawang 3 batang (potong halus2)
10. Lada hijau champur merah 10 butir (potong nipis2)
11. Limau kasturi 5 butir (kerat 2)
12. Ketumbar 5 chamca besar
13. Lada kering 20 butir
14. Kunyit kering 20 butir
15. Jintan puteh 1 camcha besar
16. Jintan manis 1 chamca besar
17. Chekor hidup atau
kering sabesar kelingking ½ inchi panjang
18. Halia sabesar ibu jari 2 inchi panjang
19. Bawang merah 6 hulas
20. Bawang puteh 5 hulas
21. Kachang tanah ( digoreng) 1 tahil
22. Udang hidup (sedang besarnya) ½ kati
23. Daging lembu atau kambing ½ kati
24. Kentang 3 butir (potong kechil2 4 persegi)_
25. Santan kelapa 1 gelas minum
26. Minyak kelapa ¾ chawan kopi
27. Bunga chengkeh 6 butir
28. Buah pelaga 6 butir
29. Kulit manis sebesar kelingking 2 inchi panjang
30. Buah pek-kak 3 butir
31. Bawang besar mayang 2 buku
32. Serbok perasa (jika ada) 1 chamcha the (penoh)
33. Garam Sachukup rasa

Peraturan membuatnya:

1.Rempah dari No.12 hingga 21 itu digiling halus semuanya dan masokan dalam sabutir mangkok.
2.Daging lembu atau kambing dipotong 4 persegi kechil2 dan dibasoh berseh2.
3.Udang dibuang kepala,ekor dan janggutnya dan basoh berseh2.
4.Jerangkan periok dan tuangkan minyak semua sekali dan bila telah pijar masokan daun pandan wangi satelah hangus buangkan dan masokan bawang besar mayang, garam,chengkeh,pelaga,kulit kayu manis dan buah pek-kak kachau2 hingga kuning bawang itu masokan rempah2 giling dan udang dan daging semuanya dikachau hingga rata.Satelah itu masokan santan dan tambah air saberapa yang patut dan biarkan mendidih kira2 1 ½ jam lamanya. Kemudian masokan kentang potong dan bila telah empok kentang itu masokan serbuk perasa lalu dikachau2 lagi dan terus diangkat atau biarkan diatas dapor dengan pakai bara sahaja.

Nota:
Resipi ni tak tulis secara terperinci cara penyediaan untuk bahan bernombor 2 hingga 11.Semuanya bahan iringan untuk melengkapkan hidangan ini.
1 kati=600 gram
1 tahil= 37.5 gram
1 pound= 453.6 gram
Buah pekkak= bunga lawang

Monday, December 1, 2008

Cinnamon Raisin Bread

Untuk semua jiranku-belah depan dan belah tepi..maafkan ku andai bau roti ini mengganggu ruangan hidungmu .Ni ayat lazim (dalam hati aje) bila oven tu 'on duty'. Resipi Cinnamon Raisin Bread dari Martha Stewart. Kali pertama buat roti ni dulu,rotinya putih aje tak serupa macam yang Cik Martha buat. Tak boleh jadi nih!! Untuk kali ini kita blend separuh dari kismis tu dengan sukatan air dalam resipi. Haa..baru lah nampak kaler brown tu.

Bakso



"Sejak bila pulak awak pandai buat bakso ni? " tanya adik yang bertandang ke rumah hari Sabtu lepas
Jawabku di dalam hati.." baru je pandai...sejak kawan dengan Che Iza " :D

Thursday, November 27, 2008

Nyet..nyet..nyet

Terima kasih banyak-banyak ya Che Iza..bagi nyet cute ni.Sorry lambat sikit sebab pegi cari pisang dulu tadi. ehehe tengok la tak lama lagi gemuk gedempollah Si Monyet nih akak bela..

Nasi Ayam Penyet Palembang


Resipi Nasi Ayam Penyet dipetik dari blog Resipi Diana, resipi asal oleh Hajah Rohana Abu. Ayam ni bila dah siap goreng kena ketuk-ketuk sikit.Rupa-rupanya dari situlah dapat nama penyet tu. Untuk sos hitam tu kena pakai sos tiram.Sos tiram habislah pulak.Sudahnya cuba tukar dengan sos hoisin. Bila dah mendidih atas dapur terasa mcm tak kena pulak kat tekak ni. Takpe, guna contigency plan no 2. pulak Maka jadilah campuran sos hitam tu ala-ala black pepper sos . Kita campurkan sup ayam+ minyak bijan+serbuk lada hitam + bancuhan tepung jagung+ kicap cair. Rasanya not bad!

NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekot ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agara ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Tuesday, November 25, 2008

Daging Masak Lada Hitam

Menu ni sesuai untuk ibu dalam pantang.Padanan yang paling ngam untuk daging ni ialah nasi panas yang ditabur dengan lada hitam yg dikisar halus. Masa dalam pantang dulu, rasa sedap sangat nasi ni , meskipun cuma berlaukkan daging kunyit bakar. Sejak balik ke rumah, semacam 'terlupa' pulak nak tabur serbuk lada hitam ni atas nasi. Walhal awal-awal lagi Ma dah bekalkan serbuk lada hitam yang dikisarnya sendiri. Tadi macam terlebih pulak letak serbuk lada hitam sampai berasap telinga dibuatnya!! Oppss risau juga nanti baby minum susu hot n spicy :(

Bahan-bahan: Untuk 3 orang

400 gram daging -potong nipis
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar seasoning
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
Sedikit kicap manis
sedikit garam
3 ulas bawang putih-mayang
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Didalam sebuah bekas, perapkan seketika daging dengan minyak bijan,seasoning dan lada hitam.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, tak perlu sampai garing.Masukkan daging yang diperap tadi,kecilkan api dan biarkan daging empuk.
3.Kemudian masukkan kicap manis supaya kuahnya hitam sedikit.Tambahkan lagi serbuk lada hitam,juga letakkan garam mengikut citarasa masing-masing.Masukkan cili merah.
4.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Lebihkan air jika mahu.Setelah kuah mendidih,bolehlah dihidangkan.

Monday, November 24, 2008

Kuih Layang2 Kulit Popiah



Asyik betul mengunyah kuih ni..krup krap krup kraap..sedar-sedar dah kenyang.Resipi dari Kak Fida di Myresipi ni memang sedap. Boleh bagi 5 bintang.

Just for my quick reference:Untuk sira berlada, bahan-bahannya :
1/2 cawan cili kisar, 1 kerek nisse', segenggam udang kering,3 ulas bawang putih, 4 sudu besar gula, 1 sudu teh garam, 4 sudu besar bijan (disangai)

Cara-cara
Kisar cili kisar bersama sedikit air,bawang putih dan udang kering.Panaskan minyak dan tumis bahan tadi.Masukkan gula nisse' yang telah ditumbuk,gula dan garam.Bila sudah pekat tutup api dan masukkan kulit popiah yang telah digoreng.Masukkan bijan.Kacau hingga rata.
** sira ni kurang pedas,lain kali kena adjust lagi sukatan ini.

Sunday, November 23, 2008

Mentega Kacang


Siapa suka peanut butter angkat siku!!! Mari jenguk rumah Ein untuk lihat cara mudah menyediakan mentega kacang ,kali ini dengan jenama anda sendiri! Kepada Ein, terima kasih ya. Lama betul reserve kacang tanah, baru hari ni buat sendiri.

Hadiah-dari Hana



Terima kasih kepada Hana, untuk 'frame gambar' ni..minta maaf ya, baru hari ni berjaya angkut frame dari Jepun ni haa.Nampaknya dah banyak entry kat rumah Hana, terpaksalah selongkar balik kat mana dia letak frame comel ni.

Saturday, November 15, 2008

Choc Icecream Muffin With Twin Choc Chip

Muffin ni boleh membantu menceriakan waktu sarapan atau minum petang. Resipi asas menggunakan resipi Mixed Nuts Muffin , yang berubah cuma presentation,tanpa kekacang yg byk cuma nib almond sahaja, dan jenis aiskrim yang digunakan. Lebih sedap aiskrim,lebih sedap rasa muffin.

Di pagi hari ni nak menjawab soalan tag yang diamanahkan oleh Waheedeana. I better do it right away before my lil prince and my lil princess tu bangun.

1) bekas kekasih saya adalah

* aha..soklan ni kurang releven utk saya..takde bekas kekasih, saya cuma ada suami.. kini,dulu dan selamanya...

2) saya sedang mendengar bunyi
* lagu iklan Horlick kat TV..ho ho ho vitamin daripada 48 pisang..ho ho ho kalsium daripada 3 kg bayam!!!

3) mungkin saya patut
* fikir apa yang nak di bawa sebagai buah tangan nak pergi rumah makcik malam ni??

4) saya suka belajar
* banyak perkara yg saya suka nak belajar.. hmm nak ambik phd kalau ada yg sanggup nak sponsor

5) sahabat baik saya
* saya ada sorang kawan yg saya kenal masa kecik,dan masih lagi contact hingga sekarang.Nama dia Yanti.kawan-kawan yang baru kenal sekarang ni pun saya anggap kawan baik saya juga..

6) saya tak paham
* semua org tahu rokok tu tak elok, tapi masih ramai jadi penagih rokok.Patutnya tembakau tu dihapuskan terus dari muka bumi nih.

7) saya kehilangan
* yang terbaru hilang..jam tangan .entahla dah puas fikir aku campak kat mana lah sampai berbulan-bulan tak jumpa nih??

8) ramai yg berkata
* senyum itu sedekah..tapi berapa ramai yg niat sedekah masa nak senyum tu?

9) makna nama saya ialah
* cahaya kelembutan.. nama ni ayah yang bagi

10) cinta tu adalah....
* apabila kita suka pada sesuatu,atau pada seseorang

11) di suatu tempat
* ada satu pack ayam tengah defrost..nak masak kejap lagi nih..

12) saya akan cuba
* menghabiskan jawb tag ni secepat mungkin.

13) makna SELAMANYA ialah
* infinity

14) henpon saya...
* handphone nokia, tp tak tahu pulak model apa,tp yg pasti jenis lama

15) saya paling meluat bila
* nampak couple yg tak sopan dan tak tahu malu dlm LRT..tp syukurlah sekarang ni dah tak naik LRT dah.

16) bila saya bangun dr tidur
* tenung wajah anak. check degup jantung dia..eh tak tahulah kenapa sejak dpt anak dah jadi tebiat pulak check nafas dia ..mommies lain buat gitu jugak ke???

17) party adalah
* bila kita berkumpul bersama dalam suatu kelompok untuk meraikan sesuatu.

18) haiwan yg paling cute
* anak kambing biri-biri..alahai comelnyer

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn
* setiap peringkat umur menyeronokkan, jika kita menikmati hidup ini dan redha dengan setiap ketentuanNYA.

20) hari ini saya rasa sgt tension sbb
* alhamdulillah takde rasa tension lagi buat masa ni.

21) mlm ini saya akan cuba
* sampai kat rumah makcik seawal yang boleh..kalau dah majlis pukul 8 takkan pukul 10 baru nak sampai kan...

22) saya btl2 inginkan
* rumah yg ada laman yang luas,supaya saya boleh gardening.

23) bila tgk muka kt cermin pg td
* takde apa yg berlaku..mukaku tetap selebet mcm selalu..heheh

24) shopping kompleks
* beli groceries kat Carrefour Alamanda atau Giant Nilai

25) makanan segera biasanya
* dianggap makanan yang berkalori tinggi, dan kurang menyihatkan..tapi yg tu lah yang sedapnye kan.

26) ayat2 terakhir kata pd org...
* ok bye...(tadi adik call)

27) nk pnjgkn tag ni?
* nak minta Ein jawabkan tag ni..lama dah dia tak jawab soklan begini.

Wednesday, November 12, 2008

Sup Bunjut

Niat dihati nak masak kerutub daging semalam. Selepas sibuk memotong dan memasukkan lauk pauk yang baru dibeli dari Pasar Borong Selangor, masa dah melewati waktu tengah hari. Semua sudah kelaparan jadi menu yang cepat dan ringkas nampaknya kerutub jadi sup lah. 2 -3 kali selongkar inventori rupa-rupanya takde pula sup bunjut. Dengan izin Allah taala diilhamkan untuk 'membunjutkan' sendiri rempah ratus, menggunakan kain kasa( yang biasanya ada dalam first aid kit tu). Tapi kurang pasti pula apa yang patut ada dan patut tak ada dalam bunjut ni .( pssst nanti kita tengok kat kedai ya). Kepada kawan-kawan yang rasa bahan disini tak betul silalah beritahu supaya di lain hari kita boleh buat sendiri bunjut ni, kan dah jimat tu.

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Kita sediakan sup ekspress pula

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

500 gram daging-dipotong
Air secukupnya
1 inci halia-diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato

Untuk bawang goreng
7 biji bawang merah-mayang halus
4 biji bawang putih -mayang halus

Bahan menghidang
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Cara-cara
Didihkan air .Masukkan daging,halia , sup bunjut dan garam.Masak dengan api kecil sehingga empuk. Sementara itu panaskan minyak (secukupnya untuk menggoreng bawang merah dan bawang putih). Goreng bawang sehingga kekuningan. Setelah masak,masukkan separuh bawang goreng ini ke dalam periuk berisi daging tadi. Oh ya saya masukkan juga sedikit minyak dalam satu sudu dari gorengan bawang tu sebab minyak tu 'full of flavor'. Masukkan juga tomato.

Untuk menghidang, tabur daun sup,lebihan bawang goreng dan limau nipis ke atas sup daging tadi. Makan bersama sambal kicap baru 'kick'.



Tuesday, October 14, 2008

Kuih Raya 2008

Ramadhan dan Aildilfitri kali ini disambut dalam suasana berbeza. Ibu dalam pantang tidak diberi banyak pilihan kecuali makanan yang bersifat 'panas'. Dikala mereka menjamu selera dengan pelbagai juadah menggoda jiwa semasa raya mahupun berpuasa, kita pandang-pandang jeling-jeling je lah kan. Tapi itu tak mematahkan semangat untuk buat dua-tiga jenis kuih raya tahun ni. Pilihan kuih raya kali ini yang paling simple dan dalam kuantiti yang paling minimum. Paling seronok dapat kembali buat kuih di dapur bonda, yang sejak dulu menjadi playground yang paling best dan paling bermakna.



Monday, October 6, 2008

Anugerah

Setinggi kesyukuran kepada Allah di atas kelahiran anak perempuan pada 7 September 2008. Amalia Nuraisha, lahir pada pukul 8.07 malam, 3.25 kg di Pusat Perubatan An-Nisa, Kota Bharu.Esok,genap 1 bulan usia baby Nuraisha.Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar sms dan meninggalkan pesanan di ruang chat box.

Friday, September 5, 2008

Blog ini tak beroperasi buat sementara waktu. Tuan rumah berehat panjang, balik kampung.Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang bertandang.Insya Allah panjang umur bersua lagi .
Selamat menjalani ibadah puasa, dan selamat meyambut syawal.Salam Aidilfitri,mohon maaf zahir batin...

Puding Raja

Puding Raja, pencuci mulut untuk berbuka semalam. Bila dihidangkan, menteri besar geleng-geleng kepala.Tak tahulah sebab apa, tak sedap ke sebab nampak tunggang langgang sangat puding ni? Cepat-cepat beritahu dia, "puding ni susah nak jumpa , kerabat raja aje yang makan" .. :) dia makan juga puding ni.

Untuk resipi dan cara buat jala mas tak sempat nak letak kat sini.Insya allah nanti ada kelapangan ya. Tapi boleh rujuk resipi Jala Mas oleh Lelayong @ myresipi.




Bahan-bahan

Jala mas
Buah prune tanpa biji
Biji gajus
Buah ceri
Pisang

Untuk kuah puding
400 ml susu cair
200 ml air
2 biji telur kuning
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan kemudian sejukkan.
4.Cara menghidang:
Susun pisang goreng di dlaam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala mas, buah prune, buah ceri dan gajus.AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.

Happy Birthday Faris


Selamat hari lahir ke 4 untuk anak mama, yang jatuh pada 28 Ogos. Lambat sikit update kat sini. Terima kasih kepada Nurul yang buatkan kek Ben 10 ni.Bukan main seronok lagi Faris tengok ada Ben 10 kat atas kek tu. Kejap-kejap dia nak tengok kek. Tak sabar nak potong dengan kawan-kawan.t