Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Daging Blackpeper



Resipi daging blackpepper yang sedap dari Kak Nor. Tapi tak berapa hitam macam yang Kak Nor buat pulak. Tak sama brand kicapnya kot. Jemput singgah rumah Kak Nor untuk salin resipi ya! http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/08/daging-blackpeper.html Untuk Kak Nor, terima kasih!

Saturday, August 15, 2009

Daging Baryani Batu Pahat




Dapatkan resipi lauk beriani yang sedap ini di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4156 . Resipi dari Che Iza ni, ternyata sedap. Terima kasih kepada Che Iza, yang berkongsi resipi asal dari pakciknya. oh ya,untuk makluman lauk daging telah di'ayamkan' bagi menepati kehendak ramai.

Tuesday, February 3, 2009

Nasi Bukhari



Salam sejahtera untuk semua.

Menu semalam ni...Nasi bukhari versi ringkas. Sesuai untuk orang yang tak berapa rajin memasak tapi rajin nak makan :D Lauk iringan pun ringkas, makan dengan dalca daging, papadum dan sambal aje.

Bahan-bahan

400 gram beras basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 /2 sudu besar rempah bukhari –Faiza
4 sudu besar mentega
½ sudu besar garam
½ kiub pati ayam

Bahan untuk daging:
2 buku daging-kira-kira 300 gram
3 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit garam
1 sudu besar rempah bukhari

Cara-cara-untuk daging
-Kisar halia dan bawang putih bersama sedikit air.
-Masukkan ke dalam sebuah bekas, kemudian tambahkan garam dan rempah beriani. Masukkan daging dan perap seketika.
-Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. Kemudian bakar daging tadi dengan api yang perlahan.Setelah daging masak dan empuk,hiris daging nipis-nipis dan masukkan ke dalam nasi.


Bahan hiasan
-Daun bawang
-Gajus goreng
-Kismis

Cara-cara-untuk nasi
· Basuh beras . Kisar bawang besar, halia dan bawang putih.
· Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehigga wangi.Masukkan rempah bukhari. Kacau dan jangan biarkan ia hangus.Masukkan 2 sudu mentega.
· Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi.Masukkan juga bahan tumisan tadi.
· Tambahkan baki mentega, kiub pati ayam dan garam.Kacau hingga rata dan tutup. Setelah nasi hampir masak, kacau nasi perlahan-lahan dan tambahkan kismis. Masukkan daging yang telah dihiris.
· Sedia dihidangkan bersama lauk lain seperti pencuk nenas, dalca, semur daging,opor ayam dan lain-lain.

Tuesday, November 25, 2008

Daging Masak Lada Hitam

Menu ni sesuai untuk ibu dalam pantang.Padanan yang paling ngam untuk daging ni ialah nasi panas yang ditabur dengan lada hitam yg dikisar halus. Masa dalam pantang dulu, rasa sedap sangat nasi ni , meskipun cuma berlaukkan daging kunyit bakar. Sejak balik ke rumah, semacam 'terlupa' pulak nak tabur serbuk lada hitam ni atas nasi. Walhal awal-awal lagi Ma dah bekalkan serbuk lada hitam yang dikisarnya sendiri. Tadi macam terlebih pulak letak serbuk lada hitam sampai berasap telinga dibuatnya!! Oppss risau juga nanti baby minum susu hot n spicy :(

Bahan-bahan: Untuk 3 orang

400 gram daging -potong nipis
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar seasoning
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
Sedikit kicap manis
sedikit garam
3 ulas bawang putih-mayang
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
1 biji cili merah
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Didalam sebuah bekas, perapkan seketika daging dengan minyak bijan,seasoning dan lada hitam.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, tak perlu sampai garing.Masukkan daging yang diperap tadi,kecilkan api dan biarkan daging empuk.
3.Kemudian masukkan kicap manis supaya kuahnya hitam sedikit.Tambahkan lagi serbuk lada hitam,juga letakkan garam mengikut citarasa masing-masing.Masukkan cili merah.
4.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Lebihkan air jika mahu.Setelah kuah mendidih,bolehlah dihidangkan.

Wednesday, November 12, 2008

Sup Bunjut

Niat dihati nak masak kerutub daging semalam. Selepas sibuk memotong dan memasukkan lauk pauk yang baru dibeli dari Pasar Borong Selangor, masa dah melewati waktu tengah hari. Semua sudah kelaparan jadi menu yang cepat dan ringkas nampaknya kerutub jadi sup lah. 2 -3 kali selongkar inventori rupa-rupanya takde pula sup bunjut. Dengan izin Allah taala diilhamkan untuk 'membunjutkan' sendiri rempah ratus, menggunakan kain kasa( yang biasanya ada dalam first aid kit tu). Tapi kurang pasti pula apa yang patut ada dan patut tak ada dalam bunjut ni .( pssst nanti kita tengok kat kedai ya). Kepada kawan-kawan yang rasa bahan disini tak betul silalah beritahu supaya di lain hari kita boleh buat sendiri bunjut ni, kan dah jimat tu.

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Kita sediakan sup ekspress pula

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

500 gram daging-dipotong
Air secukupnya
1 inci halia-diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato

Untuk bawang goreng
7 biji bawang merah-mayang halus
4 biji bawang putih -mayang halus

Bahan menghidang
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Cara-cara
Didihkan air .Masukkan daging,halia , sup bunjut dan garam.Masak dengan api kecil sehingga empuk. Sementara itu panaskan minyak (secukupnya untuk menggoreng bawang merah dan bawang putih). Goreng bawang sehingga kekuningan. Setelah masak,masukkan separuh bawang goreng ini ke dalam periuk berisi daging tadi. Oh ya saya masukkan juga sedikit minyak dalam satu sudu dari gorengan bawang tu sebab minyak tu 'full of flavor'. Masukkan juga tomato.

Untuk menghidang, tabur daun sup,lebihan bawang goreng dan limau nipis ke atas sup daging tadi. Makan bersama sambal kicap baru 'kick'.



Monday, July 7, 2008

Kerutuk Daging



Sesuatu yang pelik berlaku- i never like this dish before.Tapi kali ni teringinlah pulak nak makan si kerutuk daging ni. Rempah kerutuk pun tak pernah wujud kat rumah ni *__^. Terima kasih untuk adik yang tolong belikan dari kampung. Tak lupa jugak untuk bonda yang kirimkan sekali lengkuas,serai dan kerisik.Dan untuk resipi, terima kasih kepada Mak Yong . Tapi ada tambah kentang, lengkuas dan sedikit serai sepertimana yang tengok bonda selalu buat. :D

Tuesday, January 1, 2008

Daging Masak Lada Hitam




yang ni tiru Daging Black Pepper yang makan masa dinner kat Pan Pacific Hotel.Ada byk lagi menu yang nak cuba tiru tapi kita test yang simple-simple dulu.

Tuesday, December 11, 2007

Bhuna Ghost & Ayam Bran


Bhuna Ghost: sumber resipi dari Majalah Rasa, November 2007

Bahan-bahan
200 gm daging kambing-potong kecil (guna daging lembu)
50 gm bawang merah
50 gram tomato
5 gm halia
5 gram bawang putih
10 gm serbuk cili
10 gram garam masala
10 ml minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia.
2.Masukkan serbuk cili dan garam masala.Kacau dan biarkan seketika.
3.Masukkan daging dan biarkan hingga lembut.
4.Perasakan dengan garam dan masukkan tomato.
5.Biarkan hingga kuahnya kering dan angkat.

Ayam Bran
resipi campur-campur
-bahan: garam,serbuk kari,garam masala, sebiji telur,sedikit tepung beras,bawang putih dan sedikit air
-Lumurkan semua bahan pada ayam dan biarkan seketika.
-Kemudian celupkan ke dalam bran (wholemeal)
Goreng dalam minyak panas.

Wednesday, October 31, 2007

Daging Kambing Sangam

Menu hari ini:-Dari atas, kiri papedum,Sayur Goreng express.
Dari bawah,kiri: Ayam Khulafa Istimewa dan Daging Sangam.


Hari ini cuba 2 lagi resipi dari majalah Rasa, Daging Kambing Sangam.Daging kambing telah ditukar kepada daging lembu.Sukakan rasa Daging Sangam ni, ia pekat tanpa guna santan.

Thursday, October 4, 2007

Daging Bakar



Lauk ini mengingatkan kampung halaman. Sebab daging bakar ni biasa di makan bersama nasi kerabu..sedap nyer kalau boleh makan nasi kerabu....

Bahan-bahan
400 gram daging lembu -potong sebesar 4 jari,setebal lebih kurang 2 cm
1 keping gula manisan (40 gram)
2 sudu teh garam
1 sudu besar jintan manis
1 inci kunyit
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai

Kisar semua bahan bersama sedikit air. Kemudian perap daging dengan bahan kisar selama beberapa jam.Simpan dalam peti ais.Keluarkan dan panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.Bakar daging dengan api perlahan.Balik-balikkan selalu.