Nasi Lobak Merah dan Opor Ayam Merah
Nasi lobak merah yang sedap, dua kali dah buat ni..lepas tengok Kak Nor buat, berkobar2 semangat nak cuba dan hasilnya memang berbaloi baloi.. Kak Nor ambil resipi dari Ayu Singapore, yang mna ersipi asalnya dari Aini Salim. Terima kasih kepada semua yang berkongsi resipi istimewa ini :)
NASI LOBAK MERAH
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga
1kg beras beriani
6 biji lada hijau dipecah2
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)
1 cawan minyak kacang ~ k.nor guna minyak bunga
1 sudu besar minyak sapi
3 batang lobak diparut
300g buah tomato dipotong halus*
6 biji bawang putih ditumbuk halus*
2cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang besar dihirs
4cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkehgaram
Cara-cara
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
OPOR AYAM MERAH by Noreen UK
- 1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
- 1 sudu makan kerisek
- 1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
- 1/2 tin tomato puree
- 2 biji tomato - potong dadu
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan
- sedikit minyak untuk menumis
- garam dan gula secukup rasa
- 10 tangkai cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
- 3 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)
- 3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)
- 5 biji bawang merah
- Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.
- Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.
- Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.
- Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.
- Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.
- Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.
- Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..












Gambar2 yang sempat snap masa sediakan jamuan utk staf S**A yang datang beraya kat rumah hari Sabtu lepas.Nasi minyak,kuzi ayam,ayam goreng berempah, acar,popedum dan sambal dan kek .Err acar ni takde pulak dlm gambar.Nasi pun belum bertabur bawang goreng dan gajus lagi masa tu.Bertungkus lumus sediakan menu nih.Dengan kesuntukan masa operasi mula lepas balik kerja hari jumaat.Adooi penat but i'm happy :D