Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Penang Hokkian Mee- Mee Udang



Salam Maal Hijrah untuk semua..

7 Dec 2009- itulah tarikh yang 'display' pada gambar mee udang di atas nih...dah lamaaa buat mee ni tapi tak menyempat nak publish disini... bila retrieve balik gambar mee udang ni tadi...alahai..terliur dibuatnye....masih terasa lagi sedapnyer mee ni..memang berbaloi-baloi usaha menyimpan stok udang selama berbulan-bulan..resipi mee udang ni dapat dari Rasa Malaysia.com... link resipi disini ya http://rasamalaysia.com/recipe-penang-hokkien-mee-prawn-noodle/ ...berbanyak2 terima kasih kepada owner Rasa Malayisa yang berkongsi resipi ni.

Saya ikut resipi ni kecuali yang part stok udang tu-saya tak simpan kepala udang banyak2 lepas tu baru buat stok..tapi tiap2 kali lepas siang udang saya terus buat stok dan bekukan..sebabnyer kalau simpan kepala udang tu lama-lama..ia jadi kehitaman dan masa tu mulalah tak de selera nak guna :D dan satu lagi..dan macam biasalah kan...daging **** tu saya tukar pakai daging lembu.


slurrrppppp!!!

separuh dari stok udang yang digunakan ni sgtlah special-made by my mom..frozen prawn stock ni diterbangkan dari kota bharu ke sepang..punyalah sporting dan prihatinnya bondaku...bila saya kata tak cukup udang nak buat stok-dia tolong buatkan sebab kebetulan masa tu beli udang banyak..saya rasa mee udang tu jadi lebih sedap sebab ada sentuhan Ma! hehehe...
sekiannnnn

Thursday, January 8, 2009

Goma Tantan Men

Hari ini terasa nak makan mi sup pula, tapi mahukan mi dalam variasi yang berbeza sikit dari yang biasa-biasa buat. Pilihan menu hari ini ialah Goma Tantan Men. Kali kedua masak mi ni, resipi dari pakar masakan jepun di Myresipi, Kak Hani . Terima kasih ya. Resipinya di http://www.myresipi.com/top/detail/1778 .



Bila masak makanan dari negara asing ni maklum sajalah byk bahan yang tak ada. Ikut aje pesan Kak Hani di bahagian 'Komen ' resipi untuk ganti mana-mana yang tak biasa tengok dan tak biasa dengar tu.

Thursday, December 4, 2008

Mee Rebus Johor



Resipi lama ini ditulis oleh Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakob ,dari bukunya Medan Selera.[Al-Fatihah untuk Allahyarham].Beliau merupakan pakar masakan yang terkenal di Johor sekitar tahun 1950-an. Lihat gaya bahasa,bahan dan sukatannya. Resipi ini dikekalkan dalam tulisan asal supaya kita dapat 'feel' masakan lama. Semoga dapat dimanfaatkan oleh semua.

Persediaan dan Rempah2nya:

1. Mee Kuning 3 kati
2. Taugeh 1 kati
3. Pendaram 10 keping (dipotong2)
4. Paru2 atau hati goreng ½ paun (dipotong2 sabesar jagong)
5. Sotong goreng ( sedang besarnya)4 ekor (dipotong nipis2)
6. Bawang Merah goreng 15 hulas
7. Telur rebus 4 butir (potong bulat2)
8. Daun saldri 3 batang (potong halus2)
9. Daun bawang 3 batang (potong halus2)
10. Lada hijau champur merah 10 butir (potong nipis2)
11. Limau kasturi 5 butir (kerat 2)
12. Ketumbar 5 chamca besar
13. Lada kering 20 butir
14. Kunyit kering 20 butir
15. Jintan puteh 1 camcha besar
16. Jintan manis 1 chamca besar
17. Chekor hidup atau
kering sabesar kelingking ½ inchi panjang
18. Halia sabesar ibu jari 2 inchi panjang
19. Bawang merah 6 hulas
20. Bawang puteh 5 hulas
21. Kachang tanah ( digoreng) 1 tahil
22. Udang hidup (sedang besarnya) ½ kati
23. Daging lembu atau kambing ½ kati
24. Kentang 3 butir (potong kechil2 4 persegi)_
25. Santan kelapa 1 gelas minum
26. Minyak kelapa ¾ chawan kopi
27. Bunga chengkeh 6 butir
28. Buah pelaga 6 butir
29. Kulit manis sebesar kelingking 2 inchi panjang
30. Buah pek-kak 3 butir
31. Bawang besar mayang 2 buku
32. Serbok perasa (jika ada) 1 chamcha the (penoh)
33. Garam Sachukup rasa

Peraturan membuatnya:

1.Rempah dari No.12 hingga 21 itu digiling halus semuanya dan masokan dalam sabutir mangkok.
2.Daging lembu atau kambing dipotong 4 persegi kechil2 dan dibasoh berseh2.
3.Udang dibuang kepala,ekor dan janggutnya dan basoh berseh2.
4.Jerangkan periok dan tuangkan minyak semua sekali dan bila telah pijar masokan daun pandan wangi satelah hangus buangkan dan masokan bawang besar mayang, garam,chengkeh,pelaga,kulit kayu manis dan buah pek-kak kachau2 hingga kuning bawang itu masokan rempah2 giling dan udang dan daging semuanya dikachau hingga rata.Satelah itu masokan santan dan tambah air saberapa yang patut dan biarkan mendidih kira2 1 ½ jam lamanya. Kemudian masokan kentang potong dan bila telah empok kentang itu masokan serbuk perasa lalu dikachau2 lagi dan terus diangkat atau biarkan diatas dapor dengan pakai bara sahaja.

Nota:
Resipi ni tak tulis secara terperinci cara penyediaan untuk bahan bernombor 2 hingga 11.Semuanya bahan iringan untuk melengkapkan hidangan ini.
1 kati=600 gram
1 tahil= 37.5 gram
1 pound= 453.6 gram
Buah pekkak= bunga lawang

Monday, December 1, 2008

Bakso



"Sejak bila pulak awak pandai buat bakso ni? " tanya adik yang bertandang ke rumah hari Sabtu lepas
Jawabku di dalam hati.." baru je pandai...sejak kawan dengan Che Iza " :D

Saturday, June 28, 2008

Mee Kungfu Panda



Dikala kebanyakan panda sedang berkungfu di pawagam,mari kita berkungfu bersama keluarga dengan hidangan kueytiaw kungfu ni... :D
Bahan-bahan

1 bungkus kueytiaw
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam
Udang
Sotong
Bancuhan tepung jagung
garam secukup rasa
lada sulah
3 biji telur
sedikit minyak bijan

Sayur-sayur
Kobis
Lobak merah
Broccoli
Sawi
Cendawan hitam
Tomato
Baby corn
Daun sup
Cili api-ketuk
Limau nipis/kasturi

Cara-cara
Tumis bawang putih dan baawng merah hingga wangi.
masukkan isi ayam,kemudian masukkan air secukupnya.Biar hingga mendidih.
Masukkan lada sulah dan garam,sotong dan udang.Letakkan beberapa titik minyak bijan.
Kemudian masukkan sayur-sayuran diikuti bancuhan tepung jagung.Jika kurang pekat,tambahkan lagi tepung jagung kerana kuahnya mesti pekat.Tutup api.

Untuk kueytiaw ,pecahkan telur dan kacau bersama kueytiaw.Bahagikan mengikut portion (hidangan) dan goreng dalam sedikit minyak.Goreng dalam api yang besar,sehingga kekuningan.Letakkan kuetiaw ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.Pastikan kedua-dua kuah dan mee dihidangkan panas-panas.

Sunday, June 8, 2008

Mee Kari

Mee kari dan Puding Buah ,untuk tamu yang datang dari Batu Pahat.Terima kasih ya Haiza sudi datang ke rumah.. tak sempatlah nak masak banyak-banyak..maklumlah pergerakan makin terbatas.. :)

Bahan-bahan

2 bungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari ayam
1/ 2 kilogram udang
RM 2 udang kering-basuh bersih dan tumbuk
Santan pekat-dari 1 1/2 kelapa
Fish cake dan fish ball
1 kiub ayam
1 sudu besar potato starch-campurkan dengan air sebagai pemekat #
Garam secukup rasa
1 keping dada ayam -rebus dan siat-siat isinya

Bahan hiasan
Daun sup
Bawang goreng-ni sepatutnya ada tapi tak de :)
Cili merah
Sawi dan Taugeh - dicelur
Limau kasturi
2 keping tauhu-goreng seketika dan hiris

Cara-cara
Tumis bahan rempah dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah.
Masukkan rempah kari dan cili kisar, biar hingga garing.
Kemudian masukkan pula udang kering,kacau.
Masukkan santan yang cair dahulu, biarkan hingga menggelegak.
Masukkan fish cake dan fish ball.
Masukkan udang.Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
Setelah mendidih,masukkan santan pekat. Biarkan seketika , masukkan bancuhan potato starch. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

# potato starch boleh digantikan dengan tepung jagung.

Wednesday, May 21, 2008

Sizzling Yee Mee & Tauge Celur



Sizzling Yee Mee ni memang menjadi kegemaran keluarga.Sejak mencuba resipi Lilydvalley,saya lebih senang sediakan sendiri di rumah sebab berpeluang beli sendiri yee mee yang ada tanda Halal dan lebih penting tidak ditambah MSG. Manakala taugeh celur ni bukanlah pelengkap kepada mee, ia disediakan khas untuk diratah begitu sahaja. Oleh kerana kedua-dua 'the big and the small boy' adalah 'anti tauge', 1 pinggan taugeh ini untuk mama sorang :D.

Thursday, April 10, 2008

Laksa Sarawak


Beberapa minggu lepas saya mencuba Laksa Sarawak di sebuah cafe.Rasanya yang sedap membuatkan teringin nak mencubanya sendiri.Resipi Laksa Sarawak Istimewa dari Kak Pah.Terima kasih !! Manakala resipi pes laksa dipetik dari Majalah rasa, Julai 2005.Saya tak pasti jika rasa perencah laksa ini menepati rasa sebenar pes Laksa Sarawak,tapi saya puas hati dengan rasanya.Sedap.

Perencah Laksa Sarawak

150 gram udang kering
50 gram cili padi
100 gram pes tomato
150 gm bawang merah
80 gm halia
50 gm lengkuas
30 gm bawang putih
20 gm kunyit hidup
100 gm belacan
4 btg serai-dititik

cara-cara
Kisar semua bahan kecuali belacan dan serai.
Panaskan minyak.Tumis bahan tersebut hingga masak.
Kemudian masukkan belacan dan serai.
-saya buat 1/3 sahaja dari bahan, cukup untuk dijadikan pes bagi 1/2 resipi Laksa Sarawak Kak Pah.

Tuesday, March 25, 2008

Laksa



Raasnya semua tahu mcm mana nak buat laksa kan...layann gambar aje lah ya....

Thursday, November 15, 2007

Kueytiaw Sup

Kekangan masa..antara perkara yang menghalang untuk menyediakan makan malam bagi yang bekerja.Cara yang paling cepat untuk 'menyelamatkan' perut yang lapar ialah sediakan makanan panas seperti kueytiaw atau mi sup.Bila kesuntukan masa selalu ingat kata-kata Bonda.Katanya makan malam ni cuma alas perut sahaja.Bagi memastikan kita boleh tarik selimut masa tidur nanti.Hmm kalau gitu lah..sesuai makan biskut aje la kalau hari-hari. Hehe kalau makan kueytiaw macam ni..agak-agaknya masuk pertandingan tarik tali pun boleh menang ni :p

Friday, November 2, 2007

Pan Mee

Resipi Pan Mee ini dari Skyblue. Resipinya ada disini .Rasanya macam makan pasta. Mee ni sesuai sangat bagi sesiapa yang tiada mesin mee macam saya.Cuma perlu tarik-tarik dan celur! Faris sukakannya.Dia komen.."Mama , sedap! sambil bagi 1 thumb up! :D Mama happy!!!

Tuesday, October 23, 2007

Mee Berkuah

Dalam buku resipi bonda dia tulis Mee Berkuah Kedah.

Bahan-bahan
3 plastik mee
500 gram ubi keledek
400 gram daging lembu
500 gram udang
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili boh
1/4 cawan tepung jagung + sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan bakar-jika suka

Bahan-bahan iringan
Telur rebus
Daun sup
Bawang goreng
Cili mera
Taugeh-dicelur

Cara-cara
1)Kupas isi udang.Bersihkan kulit udang dan kemudian rebus dengan 1 liter air
2)Kisar kulit udang dalam blender dan tapiskan.Ambil airnya sahaja
3) Rebus keledek hingga empuk,kemudian potog kiub dan kisar dengan lebih kurang 500 ml air.
4)Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
5) Masukkan cili boh,tumis hingga garing.Masukkan daging.
6) Masukkan stok air udang dan keledek.Kemudian masukkan udang.
7) Masukkan garam dan gula.Tambahkan pula bancuhan tepung jagung.Biar hingga mendidih dan pekat.
8) Boleh diangkat dan hidang bersmaa mee celur dan bahan-bahan sampingan tadi.

Monday, September 10, 2007

Sizzling Yee Mee



Sizzling Yee MEe resipi dari Lilidvalley..Oleh sebab takde yee mee guna aje Mi Telur..hmmm sedap juga.

Wednesday, September 5, 2007

Laksam



Laksam kegemaran Faris. Ini dia formula yang buat masa hari ahad lepas. (ehe he baru nak boh kat sini daaaa)

My formula

Laksam

400 gram tepung beras
1.2 liter air panas

Cara-cara
Gaul rata air dan tepung beras.
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan lebih kurang sesenduk dalam tudung periuk yang diletakkan dlm pengukus.Kemudian kukus hingga masak.Kemudian gulung perlahan-lahan.Bila sejuk bolehla dipotong.

Tips: Guna air panas tu supaya laksam yang terhasil licin dan cantik.

Kuah Laksam

700 gram ikan kembung
250 ml santan pekat (dari 1 biji kelapa)
500-700 ml air
160 gram bawang merah-kisar dengan sedikit halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam
gula
2 keping asam keping

cara-cara
Rebus ikan dengan garam dan asam keping.
Kemudian ambil isi ikan. Blend dengan 1 cawan air.
Dalam periuk masak bawang merah .Masukkan ikan ,air,santan,asam keping,garam,gula.
Kacau hingga masak. Masukkan air lagi jika kuah nampak terlalu pekat.

Thursday, July 26, 2007

Mee Bandung Checkmate



Semalam hubby request mee goreng.Mesti bubuh fish cake.masa nak tumis tu tiba2 ubah plan. Jeng jeng jeng......mee goreng dah bertukar jadi Mee Bandung. Resipi ni Ien yang bagi...ni resipi aslinya....ehe he..tuan dia tak tau kita simpan conversation semalam...jangan mare Ien...

* k za blend bwg beso bwg putih n cili kering
* masa blend cili tu blend sekali gula
* rebus daging sampai empuk..simpan air dia
* pastu blend udang kering(blender kering) boh byk lg sedap
* tumis bhn cili smpi garing
* masuk udang kering
* tumis lg smpi agak2 garing
* pastu masuk sos tiram,kiub ayam
* kacau2 ckit
* then leh masuk daging,ayam apa2 yg k za nak boh
* biar jap
* pastu br boh air rebusan daging.kalo ckit sgt + air
* biar mendidih
* masukkan sayur2..sawi(mesti ada) kobis carrot aper2 yg sesuai
* pastu tunggu pekat bila dah pekat
* baru masuk udang..k za boh udang beso sedap
* pastu last sekali br pecah telur
* biar kejap je
* dah siap

Tapi ada bahan tak cukup semalam.Takde daging lah :( . Jadi lebihkan udang kering. Pergi Jerantut hari tu Aunty Nah bagi udang kering banyak juga. Cantik pulak tu. Eh ada ke udang kering yang cantik..tak maksudnya udang yang besar2 dan warnanya pun cerah. Muahhh..sedap! Lainkali boleh buat lagi. Terima kasih banyak2 ye Ien bagi resipi semalam.Tak sangka balik kerja terus boleh masak.