Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

Almond Cookies



Salam Syawal

Sudah lebih seminggu mood memasak menghilang...bukan setakat dapur siber tak berasap, malah dapur alam nyata juga suram..sudah2 lah tu demam M..demam jenis ni tak akan kebah melainkan empunya badan yang mahu berubah, kan..?

Dalam minggu lepas, Faza(my sis) beri sebekas kuih raya, almond cookies .Ia dibaluti almond flakes dan ada sedikit calitan warna hijau dan coklat di atasnya. Sedap pula rasa biskut tu. Hampir sebekas tu saya habiskan! Rasa-rasanya boleh agak bahan nak buat ni .Tambahan pula bahan kuih banyak yang belum terusik, masa beli konon nak buat macam-macam..akhir sekali seciput aje kuih raya yang siap!! Jadi petang tadi dapatlah mengadun sambil menyukat bahan. Dengan sedikit bantuan (atau lebih tepatnya gangguan teknikal dari pembantu kecil) terhasillah biskut almond cookies ni. Suka nak tulis disini,rasa dia dah lebih kurang macam yang my sis beri tu ( hehe ditimpa perasaan lah tu :P) Untuk Faza, harap sangat kalau dia boleh rasa biskut ni.

Ok, sebelum terlupa , bahan seperti berikut:

Almond Cookies
Menghasilkan lebih kurang 50 biji

Doh
120 gram tepung rose
50 gram tepung jagung
100 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji kuning telur (saiz A)
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
20 gram serbuk badam
100 gram kepingan badam (almond flakes)


Adunan untuk hiasan
1 biji putih telur(ambil dari lebihan telur untuk adunan di atas)
70 gram gula aising
20 gram tepung gandum
Pewarna / perasa untuk 3 adunan warna:
1/2 sudu besar coffee emulco
1/2 sudu besar pandan emulco
sedikit pewarna merah + esen ros


Cara -cara
1.Gaulkan tepung rose,tepung jagung dan serbuk penaik dan ayak. Ketepikan dahulu.Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dna kacau rata.
2.Masukkan esen vanilla, campuran tepung serta serbuk badam. Uli sehingga ia menjadi doh.Keperluan tepung mungkin sedikit berbeza jika menggunakan tepung gandum biasa.
3. Ambil sedikit doh, buat bentuk bulat.(Bentuknya tak perlu terlalu sempurna). Golekkan doh ke atas kepingan badam.Boleh tambahkan sedikit mentega ke dalam doh agar ia menjadi lebih lembut dan lebih banyak kepingan badam boleh melekat pada doh.
4. Letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di gris dengan sedikit mentega.Buat sehingga adunan habis.
5. Letakkan adunan hiasan ke atasnya.
6. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.

Untuk hiasan atasnya
1.Pukul telur putih sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas.Kemudian masukkan coffe emulco, pandan emulco dan pewarna merah dan esen ros setiap bekas. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian bolehlah dihias di atas adunan tadi.

Wednesday, September 16, 2009

Kuih Raya 2009



Salam aidilfitri untuk semua rakan-rakan siber. Semoga syawal ini dapat diraikan dalam kesyukuran dan kemeriahan!Mohon maaf ya jika ada di antara entri sebelum ni ada yang tersilap kata. Jemputlah menjamu mata dengan kuih raya yang tak seberapa ni.(Sebenarnya belum habis baking lagi ni!) .

Cookies canister di bawah ni baru saja siap disulam riben malam tadi, untuk bonda tercinta. Pinjam buat posing kejap ya ma!!Rakan2 RE buat balang kuih yang cantik-cantik, tu yang teringin nak buat juge *_*.






ops..ops siaran tergendala.. :P
nanti senang update balik!

updated on 2/10/2009

nampak tak 3 balang paling hadapan tu? itulah 3 rupa biskut raya..3 sahaja ya puan-puan..selebihnya tu isi biskut raya orang lain..ehehehee

Thursday, August 27, 2009

Tart Nenas



Mencuba resipi tart nenas Jassdeep di Myresipi. Pada kawan-kawan yang hendak mencuba resipi ini sila rujuk di sana ya. Tat ni sangat sedap dan lembut. Cair bila masuk mulut.Saya ikut semua sukatan ,cuma pada bahagian gula tu kurangkan banyak sikit.

Tuesday, October 14, 2008

Kuih Raya 2008

Ramadhan dan Aildilfitri kali ini disambut dalam suasana berbeza. Ibu dalam pantang tidak diberi banyak pilihan kecuali makanan yang bersifat 'panas'. Dikala mereka menjamu selera dengan pelbagai juadah menggoda jiwa semasa raya mahupun berpuasa, kita pandang-pandang jeling-jeling je lah kan. Tapi itu tak mematahkan semangat untuk buat dua-tiga jenis kuih raya tahun ni. Pilihan kuih raya kali ini yang paling simple dan dalam kuantiti yang paling minimum. Paling seronok dapat kembali buat kuih di dapur bonda, yang sejak dulu menjadi playground yang paling best dan paling bermakna.



Tuesday, June 17, 2008

Biskut Kraker Bijan



Kita cuba buat biskut kraker pulak. Resipi ini dari buku Dip and Dippers.Rasanya kan kalau tukarkan tepung gandum kepada tepung wholemeal tentu jadi macam Biskut Organic Luxury Multigrains Crackers keluaran Hwa Tai . Satu lagi tambahkan kismis tentu lebih sedap lagi.Biskut kraker ni kan kalau cicah dalam air susu panas dia lambat nak lembiklah *_*

Bahan-bahan

2 cawan (250 gm tepung)
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar biji poppy
2 sudu besar bijan -saya guna bijan hitam
2 sudu teh garam -sepatutnya 1/2 sudu teh aje tp mcm tawarlah
60 gm mentega,dinginkan dan potong dadu
1/2 cawan(125ml) air sejuk

cara-cara
1.Panaskan oven,suhu 180 darjah celcius. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan garam.Campurkan bijan dan biji poppy.
2. Dengan menggunakan hujung jari,ratakan mentega ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Masukkan air dan uli hingga rata.
4.Canaikan adunan hingga nipis dan terap mengikut bentuk kesukaan.Lubangkan bahagian atasnya dengan garfu.Susunkan ke dalam dulang pembakar.
5.Bakar sehingga masak .

Tuesday, April 22, 2008

Beth's Spicy Oatmeal Raisin Cookies


Resipi biskut oatmeal dipetik dari Allrecipes, Beth' s Spicy Oatmeal Raisin Cookies. Resipi ini mendapat 5 bintang dari mereka yang telah mencubanya. Saya abaikan beberapa bahan seperti serbuk kayu manis,clove dan kismis, serta menambah emplex untuk biskut yang lebih rangup.

Thursday, December 13, 2007

Biskut Bebola Flinstone


Jangan biarkan balang kuih anda sepi tanpa penghuni di ambang sambutan Aidiladha...meh buat biskut raya sesama... :D ini la rupa biskut raya pertama untuk raya haji ni..harap-harapnya biskut raya ni ada teman-teman lain .Itupun kalau sempat la.Biskut ni saya susun dalam bekas coklat Ferrero Rocher.Ia nampak cantik (hehe perasan lah tu) dan sesuai dijadikan buah tangan. Tapi yang paling penting saya sukaaaaaaaa biskut ni :-)
Bahan-bahan
350 gram tepung gandum
120 gram tepung kastard
225 gram mentega
120 gram gula perang (yang halus)
2 biji kuning telur
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
-kacang untuk inti.Boleg guna apa saja kacang-kacang tanah, badam atau hazel.Kacang hendaklah dipanggang.
-coklat masakan
-coklat putih

Cara-cara
Panaskan oven ,suhu 180 darjah
Ayak tepung gandum,tepung kastard,baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
Pukul gula perang dan mentega hingga kembang.
Masukkan kuning telur, kacau sedikit.Kemudian masukkan esen vanilla,golden syrup.Masukkan campuran tepung dan uli hingga menjadi doh yang serata.
Bentukkan doh menjadi bulat,isikan inti.Buatlah sampai habis.Letakkan doh ke atas kertas baking.
Bakar dalam oven hingga masak.
Cairkan coklat secara double boiler.Masukkan sedikit lemak sayur ke dalam coklat masakan.kacau hingga cair,kemudian alihkan dari dapur.
Kemudian celup biskut yang telah masak tadi.Celupkan bahagian atasnya.Bahagian bawah(tapak) tak perlu.
Kemudian cairkan pula coklat putih.Masukkan kedalam piping bag.Tuang ke atas biskut tadi,secara membulat atau ikut kreativiti.

Tuesday, October 9, 2007

Biskut Samperit



Resipi dari ien...Klik disini untuk resipi . Acuan kuih ni besar, susah sangat nak terap sebab kena tekan kuat-kuat. Nak terap dua pun dah semput-semput. Yang ini che abe tolong terapkan. Bentuknya better than mine! Faris pulak tukang letak ceri..Hmmmm senang kerja mama! Tukang uli dan bakar aje :D

Monday, October 8, 2007

Tat Gulung


Suka sangat dengan tat yang buat kali ni..

Bahan-bahan

Kulit
300-340 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
250 gram mentega
1 biji kuning telur
40 gram gula aising
Campurkan mentega, gula dan butter. Masukkan tepung gandum. Tambah sedikit lagi tepung jika adunan terlalu lembik.Terap adunan dengan penerap dan balut kan inti nenas.Sapu sedikit kuning telur ke atasnya. Bakar hingga masak.

Inti Nenas
1 biji nenas
Air
1/2 cawan gula

Kisar nenas dalam blender. Masukkan de dalam kuali dan campurkan gula dan bunga cengkih. Kacau hingga kering.Gentel inti supaya senang digunakan.

Thursday, October 4, 2007

Biskut Tokapi






Bahan-bahan (menghasilkan 30 biji)
150 gm sultana (kismis)
200 ml air
50 gm gula
50 gm badam (nib)

Cara
Kisar sultana bersama air. Kemudian masak dengan air gula.Setelah kering, angkat dan gaul dengan badam. Bulat-bulatkan inti.

Bahan Kulit
180 gm tepung gandum
75 gm minyak sapi
20 gm gula aising

Cara
Gaul semua bahan dan balut inti. Bulat-bulatkan.Masukkan ke dalam cawan kertas. Lipat tepi setiap bucu kertas acuan supaya nampak kemas. Bakar hingga masak.

Nota; Sepatutnya disapukan coklat cair ke atas kuih bila dah masak. Tapi gantikan dengan meletak ceri sebab kuih ni dah kaya dengan rasa minyak sapi, kismis dan juga badam. :D

Wednesday, October 3, 2007

Biskut Lemon Keju Nestum

Resipi ini dari Resipi.Net..sedaplah biskut ni..mana taknya ada cream cheese. Semalam ada pembantu tolong terap biskut ni..nampaknya Faris dah boleh tolong :D ..mula-mula ingatkan dia nak buat sekejap aje..rupa-rupanya sampai tak mahu tidur.Sebelum ni bagi dia sikit adunan utk buat main.Sekejap aje dia akan tinggalkan adunan tu. Tapi bila diberi buat biskut'real'dia boleh concentrate pula! Mari kita lihat macam mana Faris buat :D..











350g tepung naik sendiri
100g nestum
4 sudu kecil parutan kulit lemon
120g mentega
120g krim keju
180g gula perang padat
1 bj telur
2 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat chip

Untuk cara-cara boleh lihat di Resipi.Net

Monday, October 1, 2007

Biskut Sampan


Biskut raya yang pertama siap...tayang biskut dulu..nanti ada masa letak resipinyer.Ini resipi Bonda. Terima kasih banyak2 kepada Bonda yang membacakan resipi ni ikut telepon tempoh hari.Bersusah payah menyelongkar balik buku resipi hari tu..Ma..nanti ada lagi resipi2 lain yang nak mintak nih ;D.

Bahan-bahan
125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)
1 sudu teh esen vanilla
Inti:
1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering
1 cawan kelapa kering
10 biji ceri merah-potong kecil
10 biji ceri hijau-potong kecil
1/2 cawan susu pekat
Cara
1)Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit.
2)Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri.
3)Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.

Friday, September 7, 2007

White Rochers




Testing nak buat biskut raya ni. Terasa manis sikit. Resipi ini simple. 30 minit dah boleh siap.Sumber resipi dari blog Teratak Che Tam. Guna kepingan badam sebanyak 60 gram dan dapat 12 biji.


Cara:
Basahkan badam keping dengan air. Gaulkan sedikit gula aising dan bakar dalam oven. Balik-balikkan badam supaya masak serata. Keluarkan dari oven,sejukkan. Kemudian gaul dengan coklat putih yang telah dicairkan secara 'double boiler'. Sejukkan dalam peti ais kira-kira 5 minit. Keluarkan dan hias dengan sedikit coklat masakan yang telah dicairkan.

Thursday, September 6, 2007

Tat Gulung




Dah raya ker..err ni tat edisi sambut bulan ramadhan yang mulia.Teringin sangat nak makan.Jumpa nanas masa balik kerja smlm..hmm tunggu apa lagi jom buat tat.

Bahan-bahan

Inti Nanas
1 biji nenas
1/2 cawan gula
3 biji bunga cengkih

Kupas nenas dan bersihkan. Potong kecil2 dan blend dengan sedikit air sampai hancur.
Masukkan ke dalam periuk.Sentiasa kacau dan masak hingga kering.Setelah sejuk bulat-bulatkan inti nenas.

Nota: Berat inti yang siap ialah 140 gram.











Kulit
500 gram tepung gandum
250 gram butter
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur kuning
1 biji putih telur

cara
Masukkan semua bahan kecuali tepung gandum.Gaul rata. kemudian masukkan tepung gandum.Uli hingga licin. Boleh kurangkan sedikit tepung gandum untuk dapatkan adunan lembut.Kemudian canai rata.Canai lagi guna penggelek tat. Potong kepada saiz yang sesuai.Balut inti nenas tadi.Sapu sedikit telur pada permukaan tat.Sapukan marjerin pada tray dan letak tat tadi.Bakar hingga masak.

Nota: Buat 1/2 adunan tepung sahaja. Dan inti sebiji nenas tu cukup-cukup aje. Dapat lebih kurang 45 biji tat.