Tuesday, December 16, 2008

Kek Coklat Mayonis

Masih ada satu hari sebelum mayonis expire dan semalam jumpa satu resipi kek coklat yang guna mayonis. Jadi pagi ni bangun dengan semangat berkobar-kobar nak buat kek yang nampak macam sedap, Devil's Food Cake . Ia gunakan 1/3 cawan serbuk koko utk 2 cawan tepung gandum. Sebab dah terbiasa guna resipi yang pakai 1 cawan serbuk koko untuk 2 cawan tepung, rasa resipi ni macam terkurang coklatlah pulak.Jadinya kita tambahkan serbuk koko dan guna resipi yang macam biasa buat. Yang ni tambah sikit aksesori dengan kepingan badam di dalamnya.Lepas bakar kita buat topping pula. Sayangnya cairkan sikit aje coklat dan tak cukup nak cover seluruh kek..Si kecil tu pulak dah sibuk cuit-cuit kek .Hmm takpelah,biarlah topping sekerat macam ni pun,konon-kononnya senilah tu :D ..Kek ini lembab dan sesuai kalau nak buat brownies.

Posted by Picasa


Setelah siap ini resipi yang dioleh semula. Untuk resipi asal Devil's Food Cake sila klik ke www.verybestbaking.com .Ada banyak kek dan biskut yang macam best-best kat situ sampai fenin tak tau nak cuba yang mana satu :D

Bahan-bahan-untuk kek
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat dan ayak.Biarkan dahulu.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan campuran tepung dan serbuk koko secara sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau. Akhir sekali masukkan kepingan badam ,kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan butter paper.Bakar didalam oven yang telah dipanaskan. Setkan suhu ikut oven masing-masing. Yang ini bakar selama 40 minit, suhu 150 darjah.
Untuk Topping (Topping ni tak cukup, perlu tambahkan lagi)

130 gram coklat masakan
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan campuran susu cair dan air
2 sudu besar mentega
-beberapa biji badam yang telah dibakar sebagai hiasan

Cara-cara
Cairkan coklat maskan dan butter didalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air.Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuangkan ke atas kek.

2 comments:

syazwaniadnan

wani pn planned to bake this cake jugak kak. haritu ade google recipe kek yg guna mayonis. sbb kt rumah ni banyak mayonis. dgr feedbacks pun kate kek ni moist.

xsbr nk try~ hehe

Anonymous

Banyak kegunaan mayonis ya...sedap tak kek coklat tu. Noor pun dah terasa nak mencuba buat jugak.haha tapi entah bila ...nanti kalau dah buat noor update ye.