Tuesday, September 1, 2009
Friday, August 21, 2009
Siew Pak Choy with Oyster Sauce
Posted by zaliana at 12:49 PM 0 comments
Labels: Sayur
Saturday, August 15, 2009
Yum Ma -khuea -yao
Disyorkan kepada sesiapa yang berhajat nak ratah aje lauk ni.. boleh letak sikit kacang tanah yang telah disangai..kalau guna sayur lain seperti salad,mangga muda pun tentu sedap ni...Ada satu yang tak cukup pada hidangan ni...lupa sangat-sangat nak rebus telur..(tak tahulah kenapa terlupa sangat..bila datang nak copy resipi dari Kak Nor baru perasan ) Untuk versi asal yang cantik molek serba lengkap kena check blog Kak Nor. Terima kasih Kak Nor, resipi tampal sini ye..lenkali nak buat lagi ni!
Salad Terung Gril
2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi
Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.
Posted by zaliana at 9:49 PM 1 comments
Labels: Sayur
Raita
Raita,lauk iringan untuk nasi beriani . Resipi asal dari majalah Rasa.
Bahan-bahan
Untuk didadu:
2 biji bawang merah
1 biji lobak merah
1 biji tomato
2 biji cili hijau
5 gm daun ketumbar dicincang
125 ml dadih
Garam secukup rasa
Cara:
1.Masukkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas.
2. Selepas itu masukkan dadih dan garam secukup rasa.Gaul sehingga sebati.
3.Sedia dihidang.
Posted by zaliana at 4:54 PM 0 comments
Labels: Sayur
Wednesday, February 11, 2009
Brokoli Tumis Air
Salam semua!!
Menu sihat hari ini: Brokoli Tumis Air. Ringkas saje ni, tumis bawang dengan sedikit minyak zaitun.Masukkan 3-4 ekor udang sebagai perasa,air,sedikit garam dan tunggu hingga mendidih.Masukkan brokoli dan terus tutup api, untuk mengekalkan kesegarannya. Walaupun ada yang tak suka sayur kat rumah ni, kehadiran brokoli ni di atas meja amat disenangi .Mungkin disebabkan rasanya yang 'mesra alam'-tak pahit dan berkhasiat.
Sedikit info mengenai kebaikan brokoli:
Kandungan Isothiocyanates yang ada di dalam brokoli dapat mencegah dan melawan penyakit kanser.
Namun kaedah memasak dapat menghilangkan sebanyak 60-90% kandungan Isothiocyanates, jadi kalau boleh makan mentah, lebih baik!
Kajian jugamendapati brokoli dapat membantu mengurangkan risiko penyakit katarak dan serangan angin ahmar (stroke).
Kesimpulannya: mari kita pakat makan brokoli!!
semua fakta diekstrak dari: http://www.whole-food-supplements-guide.com/nutritional-value-of-broccoli.html
Posted by zaliana at 5:05 PM 0 comments
Labels: Sayur
Tuesday, December 9, 2008
Acar Mayonis
1 biji lobak merah- disagat
1 biji timun- dihiris memanjang
1/2 biji bawang merah- dimayang
1 biji limau nipis-perah airnya
2 biji cili api-dihiris halus
1/4 cawan mayonis
Cara-cara
- Campurkan kesemua sayur.Kemudian masukkan mayonis dan perahkan limau nipis,kacau hingga rata. Acar ini mudah berair, hidangkan segera selepas disediakan.
- Acar ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk Nasi Beriani, Nasi Tomato dan Nasi Minyak.
Posted by zaliana at 1:25 AM 0 comments
Labels: Sayur
Wednesday, May 21, 2008
Sizzling Yee Mee & Tauge Celur
Sizzling Yee Mee ni memang menjadi kegemaran keluarga.Sejak mencuba resipi Lilydvalley,saya lebih senang sediakan sendiri di rumah sebab berpeluang beli sendiri yee mee yang ada tanda Halal dan lebih penting tidak ditambah MSG. Manakala taugeh celur ni bukanlah pelengkap kepada mee, ia disediakan khas untuk diratah begitu sahaja. Oleh kerana kedua-dua 'the big and the small boy' adalah 'anti tauge', 1 pinggan taugeh ini untuk mama sorang :D.
Posted by zaliana at 9:49 PM 0 comments
Monday, May 19, 2008
50



Dan siaran ulangan untuk menu ini ialah lebihan Kek Lapis Rubi Natasya yang masih ada , sebab tak sempat nak buat apa-apa pencuci mulut dah..
Posted by zaliana at 7:30 AM 0 comments
Labels: Ayam, Makanan Laut, Sayur
Sunday, November 25, 2007
Valarai Paratel
Pegaga Goreng, dalam bahasa Tamil dikenali sebagai Valarai Paratel. Pegaga, atau nama saintifiknya Centella Asiatica merupakan ulam yang diketahui mempunyai banyak khasiat. Antaranya , ia dikatakan baik untuk wanita, dimakan untuk awet muda,melancarkan peredaran darah dan penawar kepada jerawat dan kencing manis. Ketika membeli sayur ini semalam, makcik peniaga sempat menasihatkan supaya memakan daun bersama akar dan batangnya sekali. Katanya khasiat pegaga bukan sahaja terletak pada daunya, malah pada akar dan batangnya. Jadi untuk kali ini semua bahagian batang dan akar tidak dibuang. Meskipun rasanya kurang sedap, namun kutelan jua :p
Bahan-bahan
Seikat daun pegaga
2 ulas bawang putih
Segemgam ikan bilis-diketuk
½ sudu the serbuk kunyit
1 biji lada kering, dibersihkan dan potong memanjang
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Bersihkan daun , batang dan akar pegaga. Kemudian rendam didalam air bercampur garam.Bilas sekali lagi.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.Tambahkan ikan bilis ,serbuk kunyit, lada kering dan garam.Biarkan seketika,kemudian masukkan daun pegaga dan goreng sekejap.Sedia dimakan panas bersama nasi.
Posted by zaliana at 9:58 PM 1 comments
Labels: Sayur
Wednesday, October 31, 2007
Sayur Campur Express
Carrot
Posted by zaliana at 9:06 AM 0 comments
Labels: Sayur
Monday, June 18, 2007
Kids Platter
Posted by zaliana at 1:27 PM 0 comments