Wednesday, November 12, 2008

Sup Bunjut

Niat dihati nak masak kerutub daging semalam. Selepas sibuk memotong dan memasukkan lauk pauk yang baru dibeli dari Pasar Borong Selangor, masa dah melewati waktu tengah hari. Semua sudah kelaparan jadi menu yang cepat dan ringkas nampaknya kerutub jadi sup lah. 2 -3 kali selongkar inventori rupa-rupanya takde pula sup bunjut. Dengan izin Allah taala diilhamkan untuk 'membunjutkan' sendiri rempah ratus, menggunakan kain kasa( yang biasanya ada dalam first aid kit tu). Tapi kurang pasti pula apa yang patut ada dan patut tak ada dalam bunjut ni .( pssst nanti kita tengok kat kedai ya). Kepada kawan-kawan yang rasa bahan disini tak betul silalah beritahu supaya di lain hari kita boleh buat sendiri bunjut ni, kan dah jimat tu.

Bahan-bahan untuk 1 bunjut

5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam

1 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara-cara
Cuci bersih semua rempah. Masukkan rempah -pelaga,cengkih,ketumbar, jintan manis dan lada hitam ke dalam 1 helai kain kasa. Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih. Sup bunjut sedia digunakan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

Kita sediakan sup ekspress pula

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

500 gram daging-dipotong
Air secukupnya
1 inci halia-diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato

Untuk bawang goreng
7 biji bawang merah-mayang halus
4 biji bawang putih -mayang halus

Bahan menghidang
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Cara-cara
Didihkan air .Masukkan daging,halia , sup bunjut dan garam.Masak dengan api kecil sehingga empuk. Sementara itu panaskan minyak (secukupnya untuk menggoreng bawang merah dan bawang putih). Goreng bawang sehingga kekuningan. Setelah masak,masukkan separuh bawang goreng ini ke dalam periuk berisi daging tadi. Oh ya saya masukkan juga sedikit minyak dalam satu sudu dari gorengan bawang tu sebab minyak tu 'full of flavor'. Masukkan juga tomato.

Untuk menghidang, tabur daun sup,lebihan bawang goreng dan limau nipis ke atas sup daging tadi. Makan bersama sambal kicap baru 'kick'.



1 comments:

Noraini Saad

salam, dah lama mencari bahan sup bunjut ni. kini baru berjumpa. tq