Tuesday, December 9, 2008

Kek Marble Mayonis

Apa agaknya rasa kek yang mengandungi mayonis? Berdasarkan rasa kek ini, sesiapun tidak akan menyangka ada mayonis di dalamnya sekiranya tidak diberitahu! Resipi asal kek ini diambil pada pek mayonis jenama Jasma . Resipi asalnya telah diubahsuai, diganda dua dan diberi corak marble supaya nampak lebih menarik.

Bahan-bahan
  • 240 gram gula halus
  • 250 gram mentega
  • 6 biji telur
  • 160 gram mayonis- saya guna mayonnis Lady's Choice
  • 300 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 2 sudu besar kulit oren yang diparut
  • 2 sudu besar coklat emulco
  • Sedikit pewarna merah dan esen ros
Cara-cara
  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Masukkan pula mayonis dan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.Masukkan parutan kulit oren pada satu bahagian adunan .Kemudian satu lagi bekas dimasukkan coklat emulco dan bekas ketiga masukkan pewarna merah dan esen ros.Kacau ingga warna sekata.
  6. Alaskan loyang pembakar dengan butter paper.Sapukan permukaan kertas dan bahagian tepi loyang dengan marjerin.
  7. Masukkan adunan ke dalam bekas, dimulakan dengan adunan berisi parutan oren,diikuti adunan coklat dan adunan merah. Lorekkan adunan dengan menggunakan sudu untuk membentuk corak marble
  8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu oven hendaklah mengikut kesesuaian oven masing-masing. Saya bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit.

1 comments:

hana

pernah nmpk resepi kek mayonis ni sblm ni.. nak cube tp cam tk konpiden gtu! hehehe... sedap er kak? mcmana erk rasa dia?