Wednesday, October 31, 2007
Sayur Campur Express
Carrot
Posted by zaliana at 9:06 AM 0 comments
Labels: Sayur
Tuesday, October 30, 2007
Murg Makhani
Nak sebut pun susah lauk ni.Resipi asal dari majalah Rasa, November 2007. Banyak menu masakan India dalam keluaran ni nampak macam sedap-sedap aje.Ini adalah masakan dari India Utara.Cuba yang ni dulu sebab simple. Resipi ini sudah diubahsuai dan ditambah beberapa bahan.
Bahan-bahan
250 gram ayam potong kecil
25 gram kacang tanah-bakar dan kisar
25 gram badam-bakar dan kisar
1/2 cawan @ lebih sikit susu cair
Minyak sapi untuk menumis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 genggam bawang goreng
sedikit saffron
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar cili boh
2 titik air mawar
garam dan gula secukup rasa
daun pudina dan daun ketumbar
Kismis,gajus dan daun basil sebagai hiasan
Cara-cara
1) Campurkan kacang tanah,badam,serbuk lada putih,susu cair.
2)Panaskan minyak sapi, masukkan garam masala.Masukkan cili boh.Kemudian masukkan campuran bahan di no 1.Rendam saffron dalam air,masukkan ke dalam periuk
3) Masukkan ayam dan tunggu hingga mendidih.
4)Kemudian tambahkan air mawar,imbangkan garam dan gula.Masukkan bawang goreng,daun ketumbar dan daun pudina. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama nasi atau roti.
Nota:
Banyak yang saya ubah dari resipi asal.Untuk versi asal resipi ini, sila rujuk Majalah Rasa.
Posted by zaliana at 9:08 AM 0 comments
Labels: Ayam
Monday, October 29, 2007
Kek Coklat
Kek yang selalu buat.Satu2 nya resipi yang memang dah terpahat sekian lama dalam ingatanku.. antara kek yang mula2 belajar dengan ma muda-muda dulu.Cuma kali ini lebih ceria sebab taburkan decorative sugar ni..
Kek
2 cawan tepung gandum (yg ni guna cawan minum air tu) bukan cawan penyukat.
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawna gula halus
1 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh bakking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur. (Boleh juga gunakan 2 biji telur tapi kek kurang moist sedikit.
1 sudu teh butter oil. (aroma butter oil ni memang menyedapkan kek)
** pernah mencuba resipi dari Resipi.Net yang menggantikan air panas dengan susu coklat.Tapi tak banyak sgt beza rasanya.
cara-cara
Ayak bersama tepung,serbuk koko,baking powder dan baking soda.
Pukul telur dan gula halus.Masukkan minyak dan susu pekat. Kemudian masukkan campuran tepung dan koko sedikit demi sedikit berselang seli dengan air panas.
Tuang ke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak,pada suhu 180 darjah.
Chocolate Fudge
250 gram coklat masakan
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan air
2 sudu besar butter
Hiris nipis coklat masakan.Kemudian campurkan semua bahan dna kisar dalam blender.
Pindahkan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat,mendidih dan masak.
Ratakan chocolate fugde deseluruh permukaan kek.
* kadang2 saya bubuh sedikit nescafe.Jika jenis coklat masakan yg digunakan pahit tambah sedit gula.
Melepa fudge:
Perlukan kesabaran semasa menampal coklat fudge pada kek.Perlu sapu berulang-ulang kali dengan scrapper.Lebih lama disapu2 lebih cantik hasilnya.Tepuk-tepukkan sikit agar licin dan kemas Kemudian taburlah apa2 coklat urai,badam dan lain2.
Posted by zaliana at 9:37 AM 1 comments
Labels: Kek
Nasi Minyak dan Kuzi Ayam
Kuzi Ayam
Kuzi kali ni ada main tipu2 sikit.Hihi..sebabnya? stok rempah kuzi yang ada tu tak kaw la..hari tu buat kuzi rasanya hambar. Yang ini main guna rempah beriani pula.Hmm bau rempah ni memang kick! rasa-rasanya rempah2 ni guna bahan yang sama jer..cuma proportionnya yang berbeza.Mungkin kandungan garam masala dalam rempah beriani dari India ni yang banyak membantu 'menaikkan' rasa kuzi ni.Lain kali pun incase lupa nak beli rempah kuzi bila balik Kelantan boleh guna rempah ini jugak la.Brand apa dah lupa kena check balik tp yg pasti halal.Lagi satu kuzi ni tak semanis kuzi Kelantan.Ini kuzi versi sendiri Tiada sukatan yang tepat tp macam ni lah lebih kurang:
Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ayam-potong
2 inci halia
5 ulas bawang putih
Garam
-Kisar halus semua bahan dan lumur pada ayam.Perap seketika.Kemudian goreng ayam sekejap sahaja.
Bahan B
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan kacang tanah-goreng dan tumbuk kasar-kasar
1/2 cawan kismis-goreng dengan minyak+ gee
1 1/2 tin susu cair
4 sudu besar rempah beriani
sedikit daun pudina (saje2 bubuh ni bagi naik bau)
Saffron-1/2 sudu teh (x de pun takpe)
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam
Tomato puree-beberapa sudu besar
Sos tomato
Hati ayam- direbus dan kemudian digoreng, dan potong kecil-kecil.
Campurkan susu cair dan perahkan limau nipis.Campurkan dengan rempah beriani,bawang goreng. Masukkan bahan ini kedalam periuk bersama dengan ayam yang digoreng.Benang safron dicampur sedikit air, ambil air nya dan campurkan dalam masakan.Kemudian masukkan tomato puri,tomato sos,daun pudina dan garam secukupnya.Masukkan juga sedikit air.Bila dah mendidih masukkan kacang goreng, hati ayam dan kismis.Imbangkan rasa masin dan manisnya.Tutup api.
Posted by zaliana at 9:33 AM 0 comments
Soto
Hidangkan dengan nasi impit,sup,sambal kicap,ayam rebus yang telah disiat,kacang tanah,taugeh,suun goreng.
Posted by zaliana at 9:29 AM 0 comments
Labels: Nasi
Bawang Goreng
Mari buat bawang goreng.Bawang goreng ni pakai untuk buat bergedil,kuzi ayam dan nasi minyak nanti.
Posted by zaliana at 9:14 AM 3 comments
Labels: DIY
Tuesday, October 23, 2007
Lontong
Sediakan kuah lodeh ni masa bangun sahur tadi.Memang sedap betul rasa nasi impit yang Lily bagi ni.Aroma daun pisang dan lembut ajer.Lily dah penat dah ajar nak buat lontong ni.Tak sangka boleh makan lontong Bonda Lily ni. Insya Allah nanti nak cuba juga.mekasih! mekasih!!!
Kuah Lodeh:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai-ketuk
Satu hiris lengkuas
Satu hiris halia
Santan dari 1 biji kelapa
1 genggam udang kering
10-15 ekor udang
Garam secukup rasa
Sayur-sayur
1 biji lobak merah
1 biji terung
1/2 biji sengkuang
2 kuntum cendawan hitam (kering) rendam dlm air sampai kembang
1 tempe
Suun
Fucuk
Cara
Tumis bawang putih,bawang merah,halia,serai,serbuk kunyit.Masukkan separuh santan dan air.Biar hingga mendidih.Masukkan semua bahan-bahan sayur.Masukkan lebihan santan dan biar hingga masak.Tutup api.
Posted by zaliana at 9:12 AM 0 comments
Labels: Nasi
Mee Berkuah
Dalam buku resipi bonda dia tulis Mee Berkuah Kedah.
Bahan-bahan
3 plastik mee
500 gram ubi keledek
400 gram daging lembu
500 gram udang
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili boh
1/4 cawan tepung jagung + sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan bakar-jika suka
Bahan-bahan iringan
Telur rebus
Daun sup
Bawang goreng
Cili mera
Taugeh-dicelur
Cara-cara
1)Kupas isi udang.Bersihkan kulit udang dan kemudian rebus dengan 1 liter air
2)Kisar kulit udang dalam blender dan tapiskan.Ambil airnya sahaja
3) Rebus keledek hingga empuk,kemudian potog kiub dan kisar dengan lebih kurang 500 ml air.
4)Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
5) Masukkan cili boh,tumis hingga garing.Masukkan daging.
6) Masukkan stok air udang dan keledek.Kemudian masukkan udang.
7) Masukkan garam dan gula.Tambahkan pula bancuhan tepung jagung.Biar hingga mendidih dan pekat.
8) Boleh diangkat dan hidang bersmaa mee celur dan bahan-bahan sampingan tadi.
Posted by zaliana at 9:07 AM 0 comments
Labels: Mee
Monday, October 22, 2007
Raya dengan Lily
Hari Sabtu lepas berbesar hati terima kedatangan Lilydvalley, member @ Myresipi.Terima kasih kerana sudi datang ya! Lily bawakan kek kukus buah dan juga lontong. Terima kasih juga tolong belikan cake stand. Nampaknya ada rezeki nak makan lontong bulat ni. Memang rasa tak sabar nak buat kuah lodeh tapi masih tak sempat lagi.Maybe jadi menu malam ni kot. Menu petang tu Mee Berkuah dan juga Kek Coklat.
Posted by zaliana at 1:02 PM 0 comments
Labels: Mama
Friday, October 19, 2007
Apam Balik
Posted by zaliana at 9:19 AM 3 comments
Labels: Kuih
Wednesday, October 10, 2007
Cookies Lebaran
Biskut raya terakhir sebelum balik kampung malam ni.Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.Kemeriahan balik kampung dah mula terasa di KL Sentral pagi tadi.Dah ramai yang berbondong2 bawa beg balik kampung.Hmm petang ni time balik kerja nanti lagi ramai orang. Semoga semua selamat tiba.
Posted by zaliana at 9:16 AM 0 comments
Labels: Cookies
Tuesday, October 9, 2007
Biskut Samperit
Resipi dari ien...Klik disini untuk resipi . Acuan kuih ni besar, susah sangat nak terap sebab kena tekan kuat-kuat. Nak terap dua pun dah semput-semput. Yang ini che abe tolong terapkan. Bentuknya better than mine! Faris pulak tukang letak ceri..Hmmmm senang kerja mama! Tukang uli dan bakar aje :D
Posted by zaliana at 9:10 AM 2 comments
Labels: Biskut
Monday, October 8, 2007
Kuih Lompat Tikam
Kuih yang mendapat sambutan hangat masa berbuka ramai-ramai last week.Yang lucu apabila berkumpul kami mendapat khidmat runding dari satu sumber untuk sediakan juadah petang tu! Sapa lagi kalau bukan Bonda..Terima kasih!!.Kuih ni mudah nak buat tapi remeh ! Ada 4 perkara yang perlu disediakan...
Pulut Merah
700 gram beras pulut
250 ml pati santan
2 cawan air
sedikit pewarna merah
sedikit garam
Cara-cara
1.Basuh beras pulut.Masukkan air dan pewarna,kacau hingga pewarna sekata pada beras.Warnakan ikut tona warna yang disukai.Biarkan sekejap,kira-kira setengah jam.
2.Sejatkan beras pulut dan panaskan pengukus.Letakkan di atas pengukus dan kukus sehingga beras separuh masak.
3.Gaulkan pati santan,air dan garam di dalam mangkuk.Kemudian tuangkan ke atas pulut dan kacau hingga rata. Kukus kembali pulut hingga masak.
4.Pulut ini boleh juga dimasak menggunakan periuk nasi.
Adunan Hijau
Bahan-bahan
500 gram tepung beras
2.5 liter air
10 helai daun pandan
4 sudu besar air kapur
Cara-cara
-Kisar daun pandan dengan sebahagian air.Kemudian tapiskan hampasnya.
-Masukkan air pandan ke dalam periuk, dan kacau bersama tepung beras dan air kapur.Kacau hingga rata,kemudian barulah hidupkan api.Ia perlu dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
-Kacau hingga mendidih dan 'meletup-letup'.Ia perlu betul-betul masak jika tidak ia lembik dan tak sedap.Selalunnya adunan ini dikatakan masak bila terasa semakin ringan semasa mengacaunya,permukaannya agak berkilat dan sudah tidak terasa tepung.
-Sejukkan di dalam loyang,biarkan hingga betul-betul sejuk barulah dipotong.
Kuah Santan
Bahan-bahan
Santan pekat-dari 2 biji kelapa
1 cawan air
2 sudu besar tepung beras (boleh tambahkan jika mahukan kuahnya lebih pekat)
Garam secukup rasa
Cara-cara
-Campurkan semua bahan
-Kacau di dalam periuk menggunakan api sederhana. Kuah yang masak akan mendidih dan menjadi pekat.
Air Gula
Gula melaka-4-5 keping
Air secukupnya-lebih kurang setengah cawan
2 helai daun pandan
-Masukkan semua bahan didalam periuk, biarkan hingga gula larut dan menjadi agak pekat.
Bila semua telah siap dimasak bolehlah dihidangkan.
Posted by zaliana at 12:20 PM 0 comments
Labels: Kuih
Irish Cookies
Resipi dari Baya, R.Net.Memang sedap rasa biskut ni. Sudah buat 2 adunan dan plan nak buat lagi satu adunan.Tak drizzle coklat cair pun kat atasnya..dah tak sempat dah...
Posted by zaliana at 12:17 PM 0 comments
Labels: Cookies
Tat Gulung
Suka sangat dengan tat yang buat kali ni..
Bahan-bahan
Kulit
300-340 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
250 gram mentega
1 biji kuning telur
40 gram gula aising
Campurkan mentega, gula dan butter. Masukkan tepung gandum. Tambah sedikit lagi tepung jika adunan terlalu lembik.Terap adunan dengan penerap dan balut kan inti nenas.Sapu sedikit kuning telur ke atasnya. Bakar hingga masak.
Inti Nenas
1 biji nenas
Air
1/2 cawan gula
Kisar nenas dalam blender. Masukkan de dalam kuali dan campurkan gula dan bunga cengkih. Kacau hingga kering.Gentel inti supaya senang digunakan.
Posted by zaliana at 12:12 PM 1 comments
Labels: Biskut
Friday, October 5, 2007
Kuih Akok
Modified kali kedua..baru jadi seperti yang dihajatkan....
Bahan-bahan
5 biji telur
100 ml air
150 gram gula manisan
200 ml pati santan
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan-siat halus
2 cubit garam halus
cara
1) Masak air bersama gula manisan sampai mendidih. Tutup kan api.
2) Masukkan santan pekat.Kacau rata.
3) Masukkan telur,daun pandan, garam dan tepung.Kacau rata.Tapis guna penapis penapis santan supaya tiada ketulan tepung.
4) Panaskan oven , suhu 200 darjah celcius.Panaskan bersama acuan. Letak sedikit minyak dalam acuan.
5) Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit.Dalam oven kuih ni akan kembang, bila dikeluarkan ia kecut sedikit.
Posted by zaliana at 1:12 PM 0 comments
Labels: Kuih
Thursday, October 4, 2007
Daging Bakar
Lauk ini mengingatkan kampung halaman. Sebab daging bakar ni biasa di makan bersama nasi kerabu..sedap nyer kalau boleh makan nasi kerabu....
Bahan-bahan
400 gram daging lembu -potong sebesar 4 jari,setebal lebih kurang 2 cm
1 keping gula manisan (40 gram)
2 sudu teh garam
1 sudu besar jintan manis
1 inci kunyit
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
Kisar semua bahan bersama sedikit air. Kemudian perap daging dengan bahan kisar selama beberapa jam.Simpan dalam peti ais.Keluarkan dan panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.Bakar daging dengan api perlahan.Balik-balikkan selalu.
Posted by zaliana at 9:23 AM 0 comments
Labels: Daging
Biskut Tokapi
Bahan-bahan (menghasilkan 30 biji)
150 gm sultana (kismis)
200 ml air
50 gm gula
50 gm badam (nib)
Cara
Kisar sultana bersama air. Kemudian masak dengan air gula.Setelah kering, angkat dan gaul dengan badam. Bulat-bulatkan inti.
Bahan Kulit
180 gm tepung gandum
75 gm minyak sapi
20 gm gula aising
Cara
Gaul semua bahan dan balut inti. Bulat-bulatkan.Masukkan ke dalam cawan kertas. Lipat tepi setiap bucu kertas acuan supaya nampak kemas. Bakar hingga masak.
Nota; Sepatutnya disapukan coklat cair ke atas kuih bila dah masak. Tapi gantikan dengan meletak ceri sebab kuih ni dah kaya dengan rasa minyak sapi, kismis dan juga badam. :D
Posted by zaliana at 9:17 AM 1 comments
Labels: Biskut
Wednesday, October 3, 2007
Biskut Lemon Keju Nestum
350g tepung naik sendiri
100g nestum
4 sudu kecil parutan kulit lemon
120g mentega
120g krim keju
180g gula perang padat
1 bj telur
2 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
Coklat chip
Untuk cara-cara boleh lihat di Resipi.Net
Posted by zaliana at 9:14 AM 2 comments
Labels: Biskut
Tuesday, October 2, 2007
Ikan Terutup
Bahan-bahan
1 ekor ikan terubuk @ ikan cencaru pun boleh
5 biji cili padi
1 sudu besar cili boh
3 ulas bawang merah
1 sudu besar asam jawa
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Cara-cara
Kisar semua bahan-bahan dengan sedikit air.Kemudian perap ikan dengan bahan kisar tadi sekejap.Lepas tu bungkus dalam daun pisang .Panaskan minyak dalam kuali non stick dan bakar.
Posted by zaliana at 9:04 AM 0 comments
Labels: Ikan
Monday, October 1, 2007
Biskut Sampan
Posted by zaliana at 9:21 AM 1 comments
Labels: Biskut
Tofu Bakar Bersos Ketumbar
Posted by zaliana at 9:14 AM 0 comments
Labels: Sambal
Siakap Kukus
Posted by zaliana at 9:09 AM 0 comments
Labels: Ikan