Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, April 24, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Ketika menulis entri Choco Mousse Brownies-catatan sebelum ini, kedengaran riuh rendah suara di luar. Rupa-rupanya jala Atuk dah mengena..dapat ikan patin! Alhamdulillah,rezeki kami hari ini dapat makan ikan patin segar dari kolam di belakang rumah.Sejak ikan patin peliharaan tu sudah besar susah betul nak dapat ikan. Agaknya sudah kenal mata kail dan juga jala.Hari ini dapat ikan patin dan juga beberapa ekor ikan lampam kecil.Ikan patin dimasak tempoyak, ikan kecil tu pula digoreng. Sedap betul ikan tu..makan dengan nasi panas berpeluh dibuatnya.

Tengok tu, besar kan ikan ni. Dalam kolam tu, ada lagi yang lebih besar dari ini. Kesegaran ikan inilah yang selalu membantutkan niat untuk beli ikan patin ni di pasar. Selalu nak beli, tapi bila ingat ikan segar di kampung..selalu tak jadi beli..sanggup tahan dan tunggu balik kampung !
Susah untuk menulis resipi ini dalam sukatan metrik. Resipi yang ditulis oleh KakUmmi di http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ boleh dijadikan panduan terbaik. semua hampir sama,cuma versi ni tak ada belimbing tu.Kak ummi, pinjam resipi ye!!


Sunday, June 15, 2008

Sambal Daing


Sedap betul pekena Sambal Daing dengan ikan bakar ni . Bagi yang kurang selera nak makan bolehlah cuba. Resipi Sambal Daing, masakan Perak Utara ini diceduk dari Majalah Rasa, Julai 2008.

Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
5 biji bawang merah
1.5 cm belacan
15 biji cili padi
125 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-saya tambahkan sedikit daun kunyit sebagai penambah aroma

Cara
1. Tumbuk bawang merah,cili padi dan belacan .Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Air asam jawa digaul sebati pada bahan yang ditumbuk
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak.Kacau rata.
3.Masukkan garam secukupnya.Kacau lagi hingga agak kering.
4.Angkat dan sedia dihidangkan.

Wednesday, April 30, 2008

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Ni gara-gara tak tahan tengok sambal tempoyak kat rumah Yat. Kebetulan baru balik dari kampung, jadi stok tempoyak pun banyak. Selalunya guna udang kali ni cuba resipi Yat pakai ikan bilis. ...sedap betul,makan dengan nasi panas. Sape2 yang tak makan tempoyak fresh (macam saya ni) pun akan makan bila jadi lauk macam ni.. Untuk resipi,boleh singgah kat Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Thursday, April 3, 2008

Gulai Ikan Terubuk Masin Dengan Nenas

Kakak ipar yang baru balik dari Sarawak bagi ikan terubuk masin ni minggu lepas.Selalunya kalau dapat ikan terubuk masin saya gorengkan aje.Tapi kali ni nak cuba buat gulai pula.Ni gara-gara terliur tengok Gulai Nenas Ikan Sepat Masin kat rumah Nurhuda Untuk 'memerangkap' rasa masinnya dan elak dari hancur,saya gorengkan dulu ikan terubuk ni.Ringkas sahaja, saya masak macam buat Gulai Kunyit Lengkuas, stail ore kelate.

4-5 biji bawang merah
sehiris lengkuas
5 tangkai cili kering.
1 inci kunyit
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
Nenas-potong
Ikan Terubuk masin-basuh,potong dan goreng dulu
Garam-jika perlu
Sedikit gula

cara-cara
Kisar bawang merah,cili kering,kunyit dan lengkuas dengan santan cair.
Masukkan ke dalam periuk,masak hingga menggelegak.Masukkan ikan kering dan nenas.
kacau selalu, dan akhir sekali masukkan santan pekat.Imbangkan rasa dengan garam dan gula, jika perlu.

Tuesday, January 29, 2008

Kari Ikan


Ini kali pertama saya sediakan kari ikan dengan rempah sendiri.Terima kasih kepada Ien yang sudi beri tunjuk ajar. Sedap dan puas hati boleh buat sendiri kari ikan ni.

Bahan-bahan

Rempah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 tangkai cili kering siam
-semua bahan dibasuh,rendam dalam air panas.
-kemudian kisar dengan sedikit air hingga lumat.
Bahan lain
8 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar asam jawa
5 keping ikan tenggiri
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4
4 biji bendi
2 tangkai daun kari
air secukupnya
Cara-cara
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan daun kari hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kisar diatas, kacau sekali sekala hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan halba campur.Masukkan ikan dan tutup periuk, biar hingga ikan masak.
Kemudian masukkan santan ,tomato dan bendi.Masukkan juga air.
Biarkan hingga masak.

Thursday, January 17, 2008

Ikan Masam Manis


Monday, November 12, 2007

Ikan Siakap Masak 3 Rasa


Ikan siakap .Resipi ni ambil dari Noreen .TQ ya Noreen :D

Tuesday, October 2, 2007

Ikan Terutup

Sejak menyahut kempen boikot kenaikan harga barang-barang ni dah tak makan ayam..makan semua hidupan laut aje..tapi nampak gayanya rege ayam tak turun-turun jugak :( .Mungkin tak ramai yg boikot kot. Tak kisah lah tu asal masih ada lauk2 berasaskan hidupan laut yg sedap2 ku teruskan jugak kempen nih :)

Bahan-bahan
1 ekor ikan terubuk @ ikan cencaru pun boleh
5 biji cili padi
1 sudu besar cili boh
3 ulas bawang merah
1 sudu besar asam jawa
1 inci belacan bakar
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara

Kisar semua bahan-bahan dengan sedikit air.Kemudian perap ikan dengan bahan kisar tadi sekejap.Lepas tu bungkus dalam daun pisang .Panaskan minyak dalam kuali non stick dan bakar.

Monday, October 1, 2007

Siakap Kukus


Simple tapi sedap (bagi sayalah)
Bahna-bahan
1 ekor ikan siakap
2 batang serai-dihiris
2 inci halis-hiris nipis
2 ulas bawang putih-mayang
1 sudu teh garam
1 sudu teh tepung jagung
1/2 ketul kiub ikan bilis
Daun limau purut-hiris
2 biji tomato
1/4 biji lemon-perah airnya
Beberapa sudu air-bagi ada kuah sikit
Daun sup
Cara-cara
Campur semua bahan dan kukus bersama ikan.