Monday, October 29, 2007

Bawang Goreng

Mari buat bawang goreng.Bawang goreng ni pakai untuk buat bergedil,kuzi ayam dan nasi minyak nanti.

1) Kupas bawang merah sebanyak yang diperlukan.(Kali ini buat 700 gram).Kupas juga beberapa biji bawang putih.(Barula bawang goreng lebih sedap)
2)Basuh bersih bawang dan toskan hingga kering.
3)Hiris halus-halus.Kalau boleh biarlah ketebalan tu sama supaya nanti goreng sekata masaknya.
4)Panaskan minyak.Masukkan bawang hiris tadi.Jangan letak banyak2 sangat nanti bawang jadi lembek dan tak mengembang dengan elok.
5)Kacau seklai sekala.Bila nampak kekuningan,perlahankan api dan kaut ke dalam penapis yang dilapik kitchen towel.
6) Serak-serakkan bawang goreng supaya minyak dapat diserap sebanyak mungkin.Ini membantu bawang goreng menjadi rangup lebih lama.Tukarkan kitchen towel yg dah penuh dengan minyak.Ulang lagi langkah 6 ini supaya bawang goreng kurang berminyak.
7) Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Masukkan sedikit garam pada bahagian bawah bawang goreng .

3 comments:

noreen

za thx ya for the tips sbb kat sini kan yg ready made ntah tak sedap. kadang2 dptlah yg mai dari msia tapi stok very limited. nak tanya kat situ ada tulis bawang putih bila lak nak letaknya masa sama2 menggoreng bawang ke? tulunnnnnnnnn

noreen

za jgn mare ye noreen amik cara & tips bawang goreng nie letak kat blog tanpa minta izin dulu. ampuunnnkan mak kasim janji buat laei ahak

zaliana

ok sorry noreen..bawang putih tu goreng sekali dengan bawang merah.campurkan aje. takpe2 tips ni meamng utk dikongsi bersama :D