Friday, September 28, 2007

Terima kasih adik-adik

Kepada semua 3 adik-adik ku yg datang berbuka puasa di rumah semalam..terima kasih banyak2 ye. Minta maaf sebab tak sempat langsung nak masak walaupun sebijik nasi. Sampai2 rumah azan berkumandang dah..rasa macam tak berbaloi pula tetamu datang jauh2 makan makanan beli semuanya. Minta maaf semua...nanti lepas raya kita kumpul ramai-ramai lagi yer..kali ni kita main masak-masak pulak.
Paling penting smlm kita dapat berkumpul..dapat tengok Auni yg makin cute tu..nanti Insya Allah jumpe di open house :D

Wednesday, September 26, 2007

Split Pizza

Tukar menu berbuka semalam.Tiba-tiba rasa nak makan ala-ala kat Pizza Hut tu.Oleh kerana hubby balik lambat malam tadi, ada masa untuk sediakan Split Pizza ni, Meatballs Bolognese, Garlic Bread dan Mushroom Soup.



Split Pizza-Pizza dengan 2 topping


Base Pizza

125 ml air
200 gram tepung roti
1/2 sudu besar yis kering
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh pelembut roti
1 sudu besar lemak sayur

Topping
Sos bolognese (ambil separuh dari sos pasta di Meatballs Bolognese)
Franfurter ayam berkeju Ayamas
Capsicum hijau
Mayonis (western recipes)
Tuna flakes
Jejari ketam
5 ekor udang buang kulit dan potong kecil.
Cili api potong halus.
Mozarella cheese

Penyediaan base pizza
Semua bahan-bahan dimasukkan ke dalam breadmaker dan tunggu hingga siap.
Keluarkan dari breadmaker. Sapu loyang dengan sedikit minyak.Kemudian letakkan doh tadi.Tekan-tekan dengan jari.Biarkan kira-kira 30 minit.

Penyediaan Topping
Sapu diatas doh dengan minyak zaitun.Kemudian sapukan sos bolognese pada sebelah bahagian pizza.Letakkan hirisan frankfurter dan capsicum ke atasnya.Pada satu bahagian lagi letakkan mayonis(western recipe). Taburkan cebisan tuna,udang dan jejari ketam.Bakar pizza. Setelah masak ,keluarkan piza dan taburkan mozarella cheese dan bakar sekejap.


Meatballs Bolognese


Bahan-bahan


Untuk pasta

150 gram fusilli
sedikit minyak

Didihkan air,masukkan minyak masak.Masukkan pasta dan rebus hingga al dente.

Untuk Sos

220 gram tomato (buang bijinya) dan kisar dengan sedikit air
3 sudu besar tomato puree
80 gram bawang besar(mayang dan cincang halus)
1 ulas bawang putih
sedikit mixed herbs
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
minyak zaitun

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun,tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan tomato kisar tadi.Masukkan tomato puree, garam,gula dan mixed herbs. Kemudian masukkan sedikit air, biarkan hingga menggelegak.

Meatballs

Bahan-bahan

100 gram daging lembu kisar
1 biji telur
5 keping biskut kraker ditumbuk halus
Tepung sagu secukupnya
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam kisar halus
sedikit daun parsey dipotong halus

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan, kemudian bulat-bulatkan. Goreng dengan sedikit minyak hingga masak.

Roti Bawang Putih

Roti Bawang Putih cicah Sup Cendawan


Roti ni dibuat dari lebihan base pizza.Cuma sapu mentega,1 biji bawang putih tumbuk dan bijan ke atasnya dan bakar.Sup cendawan pula guna yang instant dari brand Knorr.

Tuesday, September 25, 2007

Kuih T*** Itik @ Putih Telur



Banyak kali fikir sebelum tulis tajuk nih. Sebab namanya kurang sedap didengar. Kuih tradisional Kelantan. Ini adalah pasangan kembar kepada kuih Jala Mas. Baki putih telur yang buat Jala Mas biasanya orang buat kuih ni lah. Sekarang ni depa dah tukar nama kuih ni.Lebih dikenali sebagai Kuih Putih Telur.Sedap sikit nak sebut tu.

Bahan untuk kuih ni senang aje, putih telur dan gula. Arwah Tok Su pernah tunjuk cara-cara buat kuih ni dulu. Masa tu tengok aje.Lupa pulak nak tulis,kononnya senang dan boleh ingat tapi lupa jugaklah. Yang ingat cuma 1 mangkuk gula(sukatan mumbu).Berapa biji telur putih tak ingat langsung.Masih terbayang jari-jemari arwah Tok Su perlahan-lahan menggaul putih telur dan gula hingga gula tu larut..Adehh part ni malas nak buat. Jadi tukar bubuh gula caster.Tak pasti ada letak air dan minyak ke? 2 bahan ni kutambah sesuka hati.Sebab bimbang hangit masa tengah mengacau nanti. ;)

Bahan-bahan
5 biji putih telur itik
1/4 cawan gula caster
Sedikit air
2-3 sudu besar minyak
Sedikit daun pandan

cara-cara
Gaul gula dan putih telur.Kemudian panaskan kuali, masukkan sedikit air.Masukkan campuran gula dan putih telur dan daun pandan.Kacau jangan berhenti.Api jgn terlalu kuat.Kemudian masukkan minyak.Kacau lagi sehingga berketul dan adunan menjadi sebuku.Sejukkan.

Yang ini saje-saje buat bentuk buah. Biasanya dijual berbentuk bulat-bulat sebesar bola pingpong.Sikit sangat yang dapat dengan 5 biji telur ni.Dapat 4 ketul ni je.

Cookies




Err tak tau la nak letak nama apa.Nilah rupa my favourite cookies. Resipinya macam yang buat . Rolled Oat Cookies tu juga.Bahan-bahan boleh bubuh sesedap rasa. Tak ada kuantiti standard utk cookies ni. Semua boleh campur dan bahan-bahannya berubah ikut stok yang ada.

Cara-cara.

Leperkan adunan di atas dulang pembakar.Tabur sedikit almond nibs dan kemudian letakkan sedikit chocolate chips ke atasnya, dan bakar hingga masak.

Adunan ini mesti dileperkan dan jangan terlalu besar,nanti tak berapa rangup.

Friday, September 21, 2007

Pai Tee



Bahan-bahan

Kulit Pai

1/2 cawan tepung beras
125 ml air
1/2 biji telur (lebih kurang 2 sudu besar) tak letak telur pun ok
1/2 sudu teh air kapur
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Inti
Bawang putih
Bawang merah
40 gram udang kering
Sengkuang
Timun
Lobak merah-semua sayur ini dipotong/sagat memanjang
Taugeh-jika suka

Sos cili thai
kacang tanah-disangai @ bakar

Cara-cara
1)Bancuh semua bahan
2)Panaskan minyak dlm kuali.Minyak mesti paras mencukupi untuk memasukkan acuan.
3)Panaskan acuan pai tee dalam minyak.
4)Celup adunan ke dalam acuan.Untuk dapatkan pai yang tebal celup adunan 2 kali.
5)Masukkan ke dalam minyak tadi.
6)Tunggu hingga pai keras sikit baru tolak keluar dari acuan.biarkan pai dlm kuali hingga garing dan toskan.Simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan.

Inti
Tumis bawang putih,bawang merah dan juga udang kering
Tutup api
Kemudian gaulkan sayur-sayuran.

Menghidang:
Masukkan inti ke dalam pai.Tuang sedikit sos cili thai ke atasnya dan tabur kacang tanah.Makan segera Pai Tee.

Puding Buah



Puding kegemaran semua.

Bahan-bahan

Puding kastard:
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1 liter air


Cara-cara
1) Campurkan tepung kastard dan gula ke dalam air.
2) Masak di atas api sederhana kuat.Kacau dengan whisker ballon supaya adunan tidak berketul-ketul.
3) Kacau hingga pekat dan menggelegak.Kemudian masukkan ke dalam bekas dan biarkan hingga sejuk.

Untuk kuahnya:
Larutkan gula aising kedalam air. Tambahkan ke dalam susu cair.

Potong puding dan hidangkan bersama campuran fruit coctail dan susu cair tadi.Masukkan ais dan hidangkan.

Rolled Oat Cookies




Rolled Oat Cookies
Ini bukanlah rolled oat cookies yang sebenarnya. Rolled Oat Cookies biasanya ada tepung gandum,kismis dan kacang tanah tapi yang ni takde semua tu.Ini cuma percubaan untuk lihat hasilnya macam mana.Masa sedang mengadun baru teringat plan tadi nak guna brown sugar.Nampak gayanya kena wat 1 lagi eksperimen.

Bahan-bahan
200 gram rolled oat
200 gram oat -kisar halus
220 gram nestum-kisar halus
200 gram gula caster
250 gram butter
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh emplex
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1)Pukul gula dan butter. Kemudian, masukkan telur satu demi satu.Masukkan esen vanilla dan garam.
2)Masukkan oat dan nestum sedikit demi sedikit.Uli hingga sebati.
3)Bulat-bulatkan adunan.Kemudian leperkan dan celupkan dalam rolled oat.Tambah sedikit windmill gee blend dalam adunan jika rolled oat tak melekat pada cookies.
3)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan.

Wednesday, September 19, 2007

Udang Masak Tempoyak



Masakan Pahang.Ini lauk kegemaran keluarga.Selalunya letak petai.Tapi kat rumah ni takde yg makan petai..jadi petai diabaikan.Sebelum berkeluarga tak pernah masak sendiri lauk ni sebab adik-adik lebih 'terror' sediakan lauk ni.Jadi kakak ni tukang makan jer lah.He he.Versi asal tak letak bawang putih.Dah banyak kali buat baru tanya bonda.Pandai2 pulak menambah bawang putih. Hentam sajalah asal boleh makan kan :)

Dengan stok tempoyak yang banyak hasil pegi kebun ayah dulu sesedap rasa bubuh tempoyak..bila dah tinggal sikit nanti..kena pandai2la berjimat yer.Sukakan lauk ni sebab bau daun kunyit benar-benar membuka selera nak makan.Nampaknya bigboss pun suka.Best! bila ada menu favourite yang boleh dikongsi bersama dia.


Bahan-bahan-lebih kurang

20 ekor udang saiz sederhana
2 cawan tempoyak
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Kunyit- ketiga-tiga bahan diatas tumbuk bersama
Sedikit daun kunyit
Garam
Gula

Cara
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk.
Masukkan tempoyak.Tambahkan air dan kacau hingga mendidih.Air perlu bubuh banyak sikit sebab lauk ni mudah kering di atas dapur.
Kemudian masukkan garam dan gula.Imbangkan rasa.Mesti ada rasa masin dan manis.
Masukkan udang.Koyakkan daun kunyit dan masukkan dalam kuali.Setelah udang masak, boleh dihidangkan.

Tuesday, September 18, 2007

Tau Sa Piah



Ini hasil kerja malam tadi. Resipi Tau Sa Piah ni dicedok dari blog Lydia. Wah! memang barbaloi rasanya.Macam yang biasa makan kecik2 dulu . Hmm takde kacang hijau yang dah dibuang kulit jadi terpaksa guna kacang hijau, rendam 6 jam dan kupas kulitnya. Uih lama juga ramas kacang tu sampai tanggal semua kulitnya.Tapi intinya tak secantik warna kuning Sky buat la. :(

Monday, September 17, 2007

Jala Mas


Ini adalah kuih tradisional masyarakat Kelantan. Dulu-dulu ia dikategorikan sebagai kuih yang 'mahal' dan dimakan oleh golongan berada.Kini kuih ni jarang - jarang dibuat tetapi masih boleh didapati di sekitar pasar Kota Bharu. Jala Mas diperbuat daripada kuning telur itik dan air gula semata-mata. Pasangan kuih ni adalah Kuih 'Taik Itik', yang diperbuat daripada putih telur itik dan gula.

Yang dalam gambar ni tak cantik seperti yang dijual kat kedai.Maklumla tukang yang buat ni amatur.Skill pun takde.Kuih ni dibuat berdasarkan pengalaman tengok bonda mengirai Jala Mas ni masa kecil-kecil dahulu. Nanti ada kelapangan akan tulis secara terperinci cara-cara buat kuih ni kat sini.

Dah masak pun

Pokok strawberry

Menunggu buah masak

Sebiji ni dah boleh petik.Rasanya? Masam la... ;P

Friday, September 14, 2007

Mexican Bun



Atas permintaan Faris buat mexican bun ni..kalau diikutkan takde mood nak buat roti tapi kesiankan dia yang suka sgt Mexican Bun ni buat la juga.Bersahur sorang2 jadi makan ni jelah.

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berbuka


Fresh dates..hanya boleh didapati dibulan ramadhan sahaja..yang ni tak berapa sedap lagi nak makan..rasanya kelat.Kena tunggu sampai lebam dan lembut dulu barula manis..selamat berbuka puasa

Bubur Lambuk




Menu untuk berbuka petang ni..bertungkus lumus menyiapkannya malam tadi.Walaupun kekurangan bahan buat juga dengan apa yang ada.kalau ada pucuk midin atau daun kaduk sedap bubur ni.

Bahan-bahan
2 pot beras
200 gram daging dipotong kecil-kecil
40 gram udang kering tumbuk halus
200 ml santan pekat
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kurma @ rempah sup
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
1 biji Lobak merah potong dadu
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pucuk midin / daun kaduk jika ada

Cara-cara
Tumis rempah ratus dan halia.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis hingga kekuningan.Masukkan udang kering.Kemudian, rempah sup.Kacau cepat-cepat dan masukkan sedikit air bila rempah sudah berbau.Masukkan daging dan sdikit air dan biar hingga daging empuk.

Tambahkan air dan masukkan beras yang telah dicuci bersih.Jika nasi nampak kering tambahkan air lagi.Semalam sebanyak 2.5 liter air dimasukkan secara berperingkat peringkat.Masukkan serbuk lada hitam dan garam dan juga santan.Biar hingga nasi lembik dan hancur. Akhir sekali masukkan lobak merah.

Hidangkan dengan bawang goreng dan sambal lada.

Terima kasih kepada bonda yang kirim sambal lada ni.Tanpanya tak 'kick' lah bumbur lambuk Kak Long ni Ma.....

Menu 1 Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Datang membawa seribu satu rahmat buat semua muslimin.."ku mengharapkan ramadhan kali ini kan bermakna..agar dapat ku lalui dengan sempurna"..petikan lagu dari Man Bai

Menu sahur 1 Ramadhan 1428 Hijrah

Sayur Campur

Sambal Telur Puyuh

Wednesday, September 12, 2007

Err...kuih apa ni?


Boss baru balik dari negara matahari terbit dan bagi kuih ni..err leh makan ke nih.Tak leh makan pon takpe tapi nak tau nama kuih ni..bila beri pada member dia kata moon cake..hmmm bila dah snap baru terfikir..tulisan kat kuih tu betul ke terbalik ekk? buta huruf palang palang cenggini :P

Muffin Bluberry



Cara yang paling senang untuk buat muffin ialah...beli muffin premix!! Lama dah nak cuba muffin pracampur ni.Cuma pelu tambah air, butter cair dan telur. Tapi pagi tadi gantikan air dengan susu Anlene, gantikan butter dengan minyak masak dan tambah sedikit butter oil.Adakah sedap macam muffin kat bakery tu?

Hasilnya.Ya sedap.

Monday, September 10, 2007

Cucur Durian



Cucur durian..dah lama Ma bagi lempuk durian ni.Mengenangkan kepayahan dia mengacau lempuk ni meh kita pelbagaikan cara makan nya.Resipi belum boleh letak disini sebab tak sukat betul-betul pagi tadi.Nak cepat pegi keje punya hal.

Sizzling Yee Mee



Sizzling Yee MEe resipi dari Lilidvalley..Oleh sebab takde yee mee guna aje Mi Telur..hmmm sedap juga.

Kek Mama Carry



Lebihan dari adunan Kek Marble Shotbread buat Mama Carry versi kek pula.

Kek Coklat Marble



Orang lain buat Marble Shotbread kita pun nak wat juga. Tapi yang ini versi lain sikit..adunan kek ganti biskut.Walaupun tak berapa kemas tp ok la utk kali pertama buat ni.


Resipi:

150 gram putih telur (4biji putih telur)
100 gram tepung superfine
70 gram gula kastor
1/2 sudu besar ovelet
125 gram butter cair
25 ml susu segar

Cara:
Putar putih telur hingga kembang.Kemudian masukkan gula,ovelet,tepung dan susu segar. Pukul hingga serta. Kemudian tunagkan butter cair dan bakar dalam loyang.Setelah masak, keluarkan dan tuangkan coklat putih keatasnya.
Pipe kan coklat putih ke atasnya.Buat garisan melintang ke atas coklat tadi.Lebih halus garisan lebih cantik.Setelah itu ambil lidi dan lorek secara menegak .
Bila coklat sudah keras potong dengan pisau tajam .(Kalau guna pemotong biskut lebih kemas dan cantik).

Friday, September 7, 2007

White Rochers




Testing nak buat biskut raya ni. Terasa manis sikit. Resipi ini simple. 30 minit dah boleh siap.Sumber resipi dari blog Teratak Che Tam. Guna kepingan badam sebanyak 60 gram dan dapat 12 biji.


Cara:
Basahkan badam keping dengan air. Gaulkan sedikit gula aising dan bakar dalam oven. Balik-balikkan badam supaya masak serata. Keluarkan dari oven,sejukkan. Kemudian gaul dengan coklat putih yang telah dicairkan secara 'double boiler'. Sejukkan dalam peti ais kira-kira 5 minit. Keluarkan dan hias dengan sedikit coklat masakan yang telah dicairkan.

Nasi Ayam




Tengok nasi ayam kat 'rumah' Princess teringin pulak nak makan nasi ayam.. yummy yummy. Ini menu malam tadi.



Cara-cara

1) Untuk sup:
Didihkan air. Masukkan kiub ayam dan ayam.Letakkan sedikit lada sulah dan garam.Setelah mendidih keluarkan ayam.Masukkan bawang goreng.

2) Untuk ayam:
Tumbuk halia dan bawang putih.Lumurkan pada ayam tadi.Kukus ayam bersama dengan kicap pekat, minyak bijan dan air.Air letak banayk sikit supaya boleh buat sos kicap.

3) Untuk nasi:
Sementara itu masak nasi dengan sup tadi.Letakkan juga pewarna kuning,garam, daun pandan,butter dalam nasi.

4) Untuk sos:
Kisar lada merah dengan sedikit sup,halia,garam,cuka dan gula.

5) Untuk hiasan
Goreng bawang merah dengan sedikit bawang putih.Hiris daun sup,tomato,timun dan salad.

Thursday, September 6, 2007

Tat Gulung




Dah raya ker..err ni tat edisi sambut bulan ramadhan yang mulia.Teringin sangat nak makan.Jumpa nanas masa balik kerja smlm..hmm tunggu apa lagi jom buat tat.

Bahan-bahan

Inti Nanas
1 biji nenas
1/2 cawan gula
3 biji bunga cengkih

Kupas nenas dan bersihkan. Potong kecil2 dan blend dengan sedikit air sampai hancur.
Masukkan ke dalam periuk.Sentiasa kacau dan masak hingga kering.Setelah sejuk bulat-bulatkan inti nenas.

Nota: Berat inti yang siap ialah 140 gram.











Kulit
500 gram tepung gandum
250 gram butter
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur kuning
1 biji putih telur

cara
Masukkan semua bahan kecuali tepung gandum.Gaul rata. kemudian masukkan tepung gandum.Uli hingga licin. Boleh kurangkan sedikit tepung gandum untuk dapatkan adunan lembut.Kemudian canai rata.Canai lagi guna penggelek tat. Potong kepada saiz yang sesuai.Balut inti nenas tadi.Sapu sedikit telur pada permukaan tat.Sapukan marjerin pada tray dan letak tat tadi.Bakar hingga masak.

Nota: Buat 1/2 adunan tepung sahaja. Dan inti sebiji nenas tu cukup-cukup aje. Dapat lebih kurang 45 biji tat.

Vege Fusili with Tomato Sauce



Breakfast hari ini....menu macam biasa dan macam biasa juga lah selalu rushing sampai tak sempat nak makan atau buat bekal gi opis... :(

Wednesday, September 5, 2007

Ayam Masak Merah



Pukul 6.50 pagi tadi dengan gigihnya menyiapkan menu ini. Untuk my bigboss dan Faris sorry la ini jer yang sempat masak :(

Laksam



Laksam kegemaran Faris. Ini dia formula yang buat masa hari ahad lepas. (ehe he baru nak boh kat sini daaaa)

My formula

Laksam

400 gram tepung beras
1.2 liter air panas

Cara-cara
Gaul rata air dan tepung beras.
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan lebih kurang sesenduk dalam tudung periuk yang diletakkan dlm pengukus.Kemudian kukus hingga masak.Kemudian gulung perlahan-lahan.Bila sejuk bolehla dipotong.

Tips: Guna air panas tu supaya laksam yang terhasil licin dan cantik.

Kuah Laksam

700 gram ikan kembung
250 ml santan pekat (dari 1 biji kelapa)
500-700 ml air
160 gram bawang merah-kisar dengan sedikit halia
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam
gula
2 keping asam keping

cara-cara
Rebus ikan dengan garam dan asam keping.
Kemudian ambil isi ikan. Blend dengan 1 cawan air.
Dalam periuk masak bawang merah .Masukkan ikan ,air,santan,asam keping,garam,gula.
Kacau hingga masak. Masukkan air lagi jika kuah nampak terlalu pekat.

The Rosz



Buat fondant lagi.Sebenarnya habiskan baki yang buat hari tu. Hari ni nak tulis tips membuat fondant sebagai panduan di lain hari.

Monday, September 3, 2007

Birthday Faris

Happy birthday Faris

Kek birthday Faris ni..comot betul..bila dah siap Faris mintak nak main.. bagi je lah sebab dah tak larat sgt..selsema + demam..gagahkan jugak diri ni buat kek utk Faris.




Ini pula muffin.Oleh sebab buat hari merdeka semua muffin letak Jalur Gemilang. Merdeka! Merdeka!