Thursday, September 13, 2007

Bubur Lambuk




Menu untuk berbuka petang ni..bertungkus lumus menyiapkannya malam tadi.Walaupun kekurangan bahan buat juga dengan apa yang ada.kalau ada pucuk midin atau daun kaduk sedap bubur ni.

Bahan-bahan
2 pot beras
200 gram daging dipotong kecil-kecil
40 gram udang kering tumbuk halus
200 ml santan pekat
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kurma @ rempah sup
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
1 biji Lobak merah potong dadu
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pucuk midin / daun kaduk jika ada

Cara-cara
Tumis rempah ratus dan halia.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis hingga kekuningan.Masukkan udang kering.Kemudian, rempah sup.Kacau cepat-cepat dan masukkan sedikit air bila rempah sudah berbau.Masukkan daging dan sdikit air dan biar hingga daging empuk.

Tambahkan air dan masukkan beras yang telah dicuci bersih.Jika nasi nampak kering tambahkan air lagi.Semalam sebanyak 2.5 liter air dimasukkan secara berperingkat peringkat.Masukkan serbuk lada hitam dan garam dan juga santan.Biar hingga nasi lembik dan hancur. Akhir sekali masukkan lobak merah.

Hidangkan dengan bawang goreng dan sambal lada.

Terima kasih kepada bonda yang kirim sambal lada ni.Tanpanya tak 'kick' lah bumbur lambuk Kak Long ni Ma.....

1 comments:

sitiazma

Za, awak ni orgt Pantai Timur gak ke Za..makanan awak semua cam lebih kurang kesukaan saya jek. Bubur Lambuk ni..pun setaraf nasi air tu jaga dalam keluarga saya..kalau masak..memang tak ingat dunia makan. Buh pucuk midin tu byk2..dgn lada hitam tu..berpeluh2 makan. Mak saya masukkan juga pecahan ikan kering dalam ni Za.