Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Siput Goreng Ala Kampung


Salam ramadhan

Ada sesiapa lihat rancangan masakan di TV1 semalam? Dato' Siti Nurhaliza ada tunjukkan resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api . Kelainannya, dia masukkan sedikit kerisik. Dah buat dah siput sedut masak lemak cili api kelmarin, kali ni cuma nak habiskan lebihan siput yang tak habis sikit lagi tu.Ok,cuba pulak resipi Siput Goreng Ala Kampung, dari Majalah Rasa..Sedap juga masak cara ni.Daun kunyit tak ada pulak, tukar kepada daun kaduk..ok lah tu kan, sesuai dengan tema ala kampung. Tak banyak pun siput yang ada, lebih kurang 2 cawan aje., adjust aje lah.. Berikut resipi asal:

Bahan-bahan

1kg siput sedut
Bahan dikisar:
*10 batang cili kering
*4 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*2cm halia

2 batang serai-hiris halus
1 helai daun kunyit-hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh gula pasir
air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1.Potong hujung siput sedut dan cuci bersih.Tos dan ketepikan.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan dikisar sehingga garing.
3.Kemudian masukkan siput sedut, serbuk kunyit,garam,gula,air asam jawa,serai dan air.
4.Masak sehingga kuah menjadi pekat dan kemudian taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
5.Sedia untuk dihidang.

Thursday, September 3, 2009

Petua Membersihkan Siput Sedut



Mari menyental siput sedut. Sang siput ni, nak makan sekali sekala bolehlah, kolesterolnya tinggiiii!! Baru-baru ni terbaca satu petua untuk membersihkan siput sedut. Katanya, lepas dah dibersihkan siput ni, masukkan hampas kelapa dan biarkan semalaman supaya hilang bau lumpur. Selepas itu, basuh bersih sekali lagi. Cara ni dipercayai dapat melemakkan lagi rasa siput. Memandangkan memang akan guna kelapa, cuba lah petua ni.Ku sangka siput ni tak akan keluar berjalan-jalan dalam liputan hampas kelapa .. alahai..rupa-rupanya ia tetap juga nak keluar meninjau-ninjau . Siput ni tak dapat nak dibiarkan berhampas kelapa semalaman, lebih kurang 30 minit aje sebab dah terlambat masak jadi tak dapatlah nak tahu hasil sebenarnya.Mungkin lepas ni ada sesiapa boleh cuba petua ni?? Menu hari ini, siput sedut masak lemak cili api.

Friday, August 21, 2009

Sotong Masak Lemak Cili Api


Resipi Kak Nor ni....bau daun kunyit membangkitkan lagi selera makan. Bagi yang sukakan sotong dan masak lemak, bolehlah cuba. Sedap ni..tambahan pula sotong yang digunakan kali ni semuanya bertelur.Semak resipinya di rumah Kak Nor

Monday, June 8, 2009

Tumis Belachan Puteh Udang Hidup

Salam

Bila 'berhadapan' dengan udang ni semalam, rasa dah takde idea nak masak apa. Teringat pula nak cuba resipi ni, dari sebuah buku resipi lama, Medan Selera. Resipi oleh Allahyarham Hj Ahmad bin Yaakub, (semoga perkongsian ilmu masakan ini menjadi amal kebajikan yang berpanjangan). Lihat saja pada ejaan di atas, ejaan lama. Menurut buku ni,lauk ni masakan Johor, dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak. Sedap lauk ni, semua makan dengan berselera. Kita lihat resipinya:

Persedian dan rempah-rempahnya:

600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

Tuesday, June 2, 2009

Colek Ikan Tenggiri

Masih lagi teringat, kali pertama merasa masakan ini ialah pada hari kenduri menyambut menantu di rumah keluarga mertua. Walaupun berasal dari negeri yang sama, tak pernah makan lauk ni. Tambahan pula, jarang rasanya lauk ikan dengan air asam dan belacan dihidangkan pada hari kenduri kawin. Bila dah makan, rasa macam sedap pula. Hilang rasa muak dengan menu gulai daging seperti kebiasaannya. Memang boleh membuka selera, bak kata orang,mertua lalu pun boleh tak sedar. Err..bayangkan macammana pengantin menyingsing lengan baju makan lauk ni dalam majlis makan beradap! [tiada majlis makan beradap yang formal, saya makan dengan tangan, sambil bersimpuh,okeh] Eehehe ..yang lepas jangan dikenang.. Resipinya, pernah letak di myresipi sebelum ini. Tak boleh nak access pula laman myresipi tu sekarang.Nantilah lain kali 'copy & paste' kat sini. Dalam resipi disitu, saya gunakan daun ketumbar. Selalunya gantikan dengan daun limau purut,seperti di atas sebab lebih senang didapati dan sukakan baunya yang wangi, meredakan sedikit bau belacan tu .

Tuesday, May 26, 2009

Lala Tumis Tomyam

Friday, February 6, 2009

Sup Ketam Bonda Dan Nasi Goreng Warisan



Salam semua!!

Hari ni nak berkongsi menu semalam-sup ketam my mom’s style dengan nasi goreng. Cara bonda buat sup ketam ni lain sikit, ala-ala shark fin soup . Ia jadi antara menu favaorite keluarga. Semua isi ketam dah dikeluarkan jadi tak nampak dah rupa ketamnya. Bonda kalau masak sup ni dia match kan dengan nasi goreng cina. Cara makannya macam ni-letak sup dalam mangkuk dan nasi dalam pinggan (memanglah macam tu kan :D) Makan nasi sambil sekali sekala ambil lah sup tu. Tapi bonda tak kasi campur sup tu sekali ngan nasi, tak sedap katanya. Anak-anaknya ikut ajelah. Ok, jemput makan semua. Kepada 3 orang adik2ku,jika baca posting ni dan terliur nak makan ni, datang rumah dan kita masak sama-sama ya!!!!!

Sup Ketam Bonda
Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan
½ kg ketam-belah dua dan bersihkan
1.5 liter air
1 ulas bawnag besar
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
40 gram suhun
daun bawang untuk menghidang

Cara-cara
·Bersihkan ketam dan rebus dengan air sehingga masak.
·Keluarkan isi ketam dan simpan air rebusan tadi.
·Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi. Bila menggelegak, masukkan isi ketam . Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
·Masukkan suhun. Kemudian diikuti dengan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
·Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
·Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang.


Untuk buat nasi goreng cina, selalunya guna beras wangi + beras biasa. Tapi yang kali ni pakai beras basmathi.Baru2 ni masa balik kampung Bonda buat nasi goreng cina pakai beras basmathi, macam sedap pula. Letak nama Nasi Goreng Warisan, sempena nama kawasan perumahan kat sini. :D

Nasi Goreng Warisan
Saiz hidangan:4 orang

800 gram nasi
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
200 gram udang
300 gram isi ayam
1 cawan sayur campur
daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis
sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan isi ayam,kacau sekali sekala hingga masak.Kemudian masukkan pula udang.
3.Setelah udang masak, masukkan sayur campur dan nasi. Kacau .
4.Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam
5.Akhir sekali letakkan sedikit minyak bijan.
6.Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng ke atasnya.
7.Sedia dimakan dengan sup ketam tadi.


Yang ni bukan sessi cara-cara guna penimbang ya puan-puan..tapi nak tunjuk berat sebenar suhun ni berbanding yang tulis kat plastik tu. Terasa nak timbang sebab masa dok pegang-pegang rasa macam ringan dan tak logik pulak dengan yg ditulis tu.Kalau bukan sebab nak post resipi kat sini takdelah nak sukat dan timbang semua bahan.
Tengok tu.. bukannya 70 gram macam didakwa..40 gram je yg sebenarnya!!! Letaklah plastik suhun tu dalam apa-apa posisi sekalipun..bacaannya paling tinggi naik 42 gram, lepas tu maintain kat 40g.
oh yaa..1 lagi kesimpulan dari sessi menimbang tu menunjukkan suhu bilik masa tu 30.5 darjah celcius.. :D

Thursday, January 22, 2009

Masak Lemak Siput Sedut



Salam untuk semua..semoga hari ini dan hari mendatang menjadikan kita insan yang lebih disayangi dan dirahmati Allah :)

Hari ini, belajar memasak siput sedut secara maya di rumah Ana. Kata Ana, harga sebungkus RM 3..kat sini pula RM 5..memang tak sampai sekilo pun. Sebelum ini biasa makan siput sedut jenis lain, bentuknya agak bulat dan banyak ditemui dalam tali air atau sungai. Rasa dua jenis siput ni lebih kurang sama, bentuk saja berbeza.

Saat yang paling tak boleh lupa bila dah habis menyental lumpurnya tu.. siput2 tu mula crawling keluar dari bekas penyejat..huwa huwaa.....geli geleman tengok dia bergerak-gerak dan ada pulak tentakel dengan warna oren kemerahan!! .. Ada beberapa ekor yang dibiarkan aje merayap dan akhirnya ditemui mati beberapa jam kemudian dek digigit semut. Walaupun ada rasa geli sikit -sikit tapi tetap boleh bertahan sampai habis potong muncung dia. Terima kasih atas tunjuk ajar ya Ana, dah abis licin makan tadi. Rasa sedap dengan kuahnya yang lemak , dan tak sangka semua orang yang ada gigi dalam rumah ni makan dengan berselera sekali. Ooh ya, ada tambah daun limau purut sikit sebab suka pada baunya tu. Resipi ada disini ya http://waheedeana77.blogspot.com/2009/01/masak-lemak-siput-sedut.html.

Monday, May 19, 2008

50

Menu tengah hari semalam ialah Tomyam putih,telur bungkus,kailan ikan masin,ikan siakap masak stim dan juga udang mayonis. Secara berseloroh, saya 'claim' the big boss RM 50 untuk hidangan ini sebab pergi kedai dan memasak. Dan dia ingat saya betul-betul maksudkannya :P .. tapi kalau nak bagi pun boleh jugaaak.. :D






Dan siaran ulangan untuk menu ini ialah lebihan Kek Lapis Rubi Natasya yang masih ada , sebab tak sempat nak buat apa-apa pencuci mulut dah..

Sunday, May 11, 2008

Deep Fried Squid


Bila bertandang ke 'rumah' Along Roz tempoh hari, beliau jamu dengan sotong goreng yang nampak rangup dan sedap ni. Katanya sotong tu celupkan dalam tepung ubi,kemudian telur dan salut dengan oat. Sebagai tambahan saya letak lada hitam sikit. Dan inilah hasilnya..memang sedap dan rangup.Terima kasih ya Along Roz.

Thursday, April 17, 2008

Steamboat



Steamboat,sebagai makan malam tadi. Saya cuma masukkan 1 kiub ayam kedalam air dan campurkan kangkung,kueytiaw,aneka fishballs,telur puyuh,udang, brokoli dan sosej. Tak banyak bahan yang ada,apa yang ada kat rumah aje.Selain sos steamboat,saya sediakan juga sambal kicap untuk makan kuetiaw bersama rebusan steamboat. Atas pertanyaan Lin,saya letak resipi untuk sos steamboat disini. Tak tahulah menepati selera Lin atau tidak :D

Sos Steamboat

100 gm cili merah-ni pedas sikit, kalau kurangkan kepada 70 gm pun ok.
100 ml air masak
40 ml cuka
50 gm gula
3 sudu teh garam
1/2 kiub ayam (optional, tak letak pun tak apa)
1/2 cawan kacang tanah,dipanggang atau goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar2

Cara-cara
Kisar semua bahan kecuali kacang.Kemudian taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan bersama steamboat.
Boleh ubah suai /tambahkan garam /gula/cuka jika perlu untuk menepati selera masing-masing.

Wednesday, March 5, 2008

Kekapis Tumis Berserai



Ok ke nama resipi tu? ok lah kot.Asal ada bertajuk aje kan :p .

Bahan-bahan
1/2 kilo kekapis
1/2 biji bawang besar-mayang
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
4 sudu besar cili sos
Garam
4 biji cili api
Dill untuk garnih

Cara-cara
1.Bersihkan kekapis.Tumbuk halia,bawang putih,cili api..
2.Panaskan minyak,tumis bawang besar,halia,bawang putih dan cili api serta masukkan serai.Biar hingga garing.
3.Masukkan kekapis dan garam.Tambahkan sedikit air dan sos cili.
4.Bila kekapis masak,tutup api.

Wednesday, September 19, 2007

Udang Masak Tempoyak



Masakan Pahang.Ini lauk kegemaran keluarga.Selalunya letak petai.Tapi kat rumah ni takde yg makan petai..jadi petai diabaikan.Sebelum berkeluarga tak pernah masak sendiri lauk ni sebab adik-adik lebih 'terror' sediakan lauk ni.Jadi kakak ni tukang makan jer lah.He he.Versi asal tak letak bawang putih.Dah banyak kali buat baru tanya bonda.Pandai2 pulak menambah bawang putih. Hentam sajalah asal boleh makan kan :)

Dengan stok tempoyak yang banyak hasil pegi kebun ayah dulu sesedap rasa bubuh tempoyak..bila dah tinggal sikit nanti..kena pandai2la berjimat yer.Sukakan lauk ni sebab bau daun kunyit benar-benar membuka selera nak makan.Nampaknya bigboss pun suka.Best! bila ada menu favourite yang boleh dikongsi bersama dia.


Bahan-bahan-lebih kurang

20 ekor udang saiz sederhana
2 cawan tempoyak
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Kunyit- ketiga-tiga bahan diatas tumbuk bersama
Sedikit daun kunyit
Garam
Gula

Cara
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk.
Masukkan tempoyak.Tambahkan air dan kacau hingga mendidih.Air perlu bubuh banyak sikit sebab lauk ni mudah kering di atas dapur.
Kemudian masukkan garam dan gula.Imbangkan rasa.Mesti ada rasa masin dan manis.
Masukkan udang.Koyakkan daun kunyit dan masukkan dalam kuali.Setelah udang masak, boleh dihidangkan.