Sunday, August 30, 2009

Puding Susu



Antara menu berbuka semalam.Masak tiga lauk dan juga puding ini, dan seperti kelaziman rumah-rumah lain juga, meja turut dipenuhi dengan hasil belian rambang mata di pasar ramadhan. Tamu istimewa saya semalam ialah keluarga dari Pasir Mas, Kelantan.


Bahan-bahan

800 ml susu segar
200 ml air
1 peket serbuk agar-agar
1/2 cawan susu pekat
1 tin fruit coctail

Cara-cara
1.Masak susu segar,air,serbuk agar-agar dan susu pekat.Pastikan api tidak terlalu kuat dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Setelah mendidih, tuang ke dalam bekas dan biarkan hingga sejuk.Puding ini lembut.Ia sesuai disejukkan dalam bekas kecil.
3.Setelah sejuk,dinginkan dalam peti ais.Tuangkan fruit coctail (beserta airnya) ke atas puding tadi. Bolehlah dihidangkan.


Daging Blackpeper



Resipi daging blackpepper yang sedap dari Kak Nor. Tapi tak berapa hitam macam yang Kak Nor buat pulak. Tak sama brand kicapnya kot. Jemput singgah rumah Kak Nor untuk salin resipi ya! http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/08/daging-blackpeper.html Untuk Kak Nor, terima kasih!

Friday, August 28, 2009

Selamat Hari Lahir Anak-anak

Hari ini, 28 Ogos 2009..merupakan hari lahir Faris yang ke 5.Kebetulan, hari ini 7 Ramadhan..Aisha lahir pada 7 Ramadhan 1429H bersamaan 7 September 2008. Jadi,genaplah usia setahun Aisha dalam kalendar hijrah.
Mama syukur atas kurniaan kedua-dua permata hati ini. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, diberkati sepanjang kehidupan.Mama juga berdoa agar dapat memberikan pendidikan yang baik pada kalian berdua, dipanjangkan umur agar dapat melihat kalian membesar di depan mata mama.





Foto 27 Ogos 2009, Masjid Nilai.

Bubur Nasi Perisa Abalon


Sajian express untuk orang yang terlambat bangun sahur...nak masak pun tak sempat lagi..inilah penyelesaiannya..bubur nasi segera perisa abalon, siap dalam masa 10 minit. Slurrpp..laju je lalu ikut anak tekak...Ia juga jadi menu makan tengah hari untuk dua orang kanak-kanak riang di rumah ini.

Thursday, August 27, 2009

Tart Nenas Gebu



Tart Nenas Gebu, resipi dari Princessharyati. Resipi asalnya disini http://princessharyati.blogspot.com/2007/11/tart-nenas-gebu.html. khabarnya ni secret recipe bonda Yatt.Tat ni sangat sedap dan gebu.Rasanya tambah istimewa bila menggunakan butter SCS.

Tat ni edisi khas untuk adik tersayang,yang berangkat ke India pada 25 Ogos yang lepas untuk pengajian perubatan di sana.( Semoga berjaya mencapai cita-cita, kami doakan kejayaanmu, dik) . Kemungkinan besar dia tak kan jumpa tart begini di sana, jadi kuih ni buat sebagai bekal.

Saya mencuba resipi tat dari Princessharyati dan Jassdeep, dan mendapati kedua-dua resipi ni menghaslkan tat yang gebu dan sedap, dengan rasa yang hampir sama. Semua yang merasa kata sedap, dan

Tart Nenas



Mencuba resipi tart nenas Jassdeep di Myresipi. Pada kawan-kawan yang hendak mencuba resipi ini sila rujuk di sana ya. Tat ni sangat sedap dan lembut. Cair bila masuk mulut.Saya ikut semua sukatan ,cuma pada bahagian gula tu kurangkan banyak sikit.

Kad ramadhan

Salam ramadhan
Tuan rumah kutip kad virtual dan lap habuk rumah dulu ye..sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk rumah sendiri


Kad dari Kak Ita ni..sukaaaaaaaa sgt..terasa segar tengok titisan air tu..terima aksih ya!


Kad dari Kak Nor nun di ganu..lawa kad nih....

ehhh..sapa lagi pos kad tapi tuan rumah belum kutip ekk...kejap..kejap nak pegi carik!

Friday, August 21, 2009

Oreo Cheesecake

Mari makan Oreo Cheesecake. Memandangkan puasa bakal menjelang, apa kata habiskan stok cheese dan sour cream yang ada..bila dah puasa nanti, mood nak masak dan selera nak makan lebih kepada kuih muih tradisional. Resipi dari rumah Kak Ummi boleh lihat di sini ya! Berbanyak terima kasih pada Kak Umi. Walla! sedap betul kek ni..

Dikesempatan ini, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan. Semoga kitas emua dapat menjalani ibadah ini dengan penuh kesempurnaan dan diterima oleh Allah swt.Di bawah ni Oreo Cheesecake yang special untuk anda bersahur malam ni, dengan topping aiksrim milo di atasnya. Ambillah ya, dah nak cair aiskrimnya tu!!Selamat bersahur malam ni, jangan lupa niat ya!!!




Siew Pak Choy with Oyster Sauce

Justify Full

Siew Pak Choy ni..tengok Cik Puan Hana yang buat beberapa hari lepas. My turn pulak buat..macam biasalah..sayur ni kena ratah dulu baru makan dengan nasi :D. Sila semak resipi Cik Puan Hana. Cantik dan berselera tengok gambarnya,tambah dengan bunga pak choy tu *_*.

Sotong Masak Lemak Cili Api


Resipi Kak Nor ni....bau daun kunyit membangkitkan lagi selera makan. Bagi yang sukakan sotong dan masak lemak, bolehlah cuba. Sedap ni..tambahan pula sotong yang digunakan kali ni semuanya bertelur.Semak resipinya di rumah Kak Nor

Kad

Sessi mengangkut kad maya dari kawan-kawan.Terima kasih semua!!

Kad dari Ayu..terima kasih ya!


Kad dari Ana dengan semangkuk kurma..kira takyah beli kurma dah seminggu ni.

Wednesday, August 19, 2009

Kuih Lopes


Mari melopes :D


Bahan-bahan; dapat 50 biji lopes yang kecil-kecil

1/2 kilogram beras pulut
1 sudu besar kapur makan
Daun pisang
4-5 keping gula nisan
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara
1. Basuh beras pulut, rendamkan dengan air dan kapur selama sejam.
2.Sediakan daun pisang .Bersihkan daun, dan layur dengan api. Kemudian potong selebar kira-kira 3 ruas jari.
3. Bentukkan daun pisang seperti kon, masukkan beras sehingga penuh ke dalamnya dan bungkus. Untuk setiap 3 biji, ikat dengan tali. Pastikan lopes diikat dengan kemas supaya ia tidak terlerai semasa merebusnya.
4.Lakukan sehingga habis semua beras pulut. Kemudian didihkan air dalam periuk, dan rebus rebus lopes selama 2 jam.
5.Sementara itu masak gula nisan bersama kira-kira secawan air sehingga pekat, kemudian sejukkan. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.
6. Kuih lopes sedia dihidangkan..

Saturday, August 15, 2009

Yum Ma -khuea -yao



10 thumbs up untuk Kak Nor yang sudi berkongsi resipi Thai ni.. Terjemahannya Salad Terung Gril. Terung ni memang sedap..sampai makan ratah aje..kononnya tak nak nasi 'kacau' tumpuan pada rasa manis terung dan gabungan masin,masam,pedas yang datang dari pencicahnya tu. Tapi tu lah..tak da sos ikan.. ganti letak bonito flakes, tabur kat atasnya. Rasanya dried bonito boleh jadi pengganti yang baik juga untuk salad ni. Kiranya masakan siam ni dah ada sentuhan Jepun sikit...

Disyorkan kepada sesiapa yang berhajat nak ratah aje lauk ni.. boleh letak sikit kacang tanah yang telah disangai..kalau guna sayur lain seperti salad,mangga muda pun tentu sedap ni...Ada satu yang tak cukup pada hidangan ni...lupa sangat-sangat nak rebus telur..(tak tahulah kenapa terlupa sangat..bila datang nak copy resipi dari Kak Nor baru perasan ) Untuk versi asal yang cantik molek serba lengkap kena check blog Kak Nor. Terima kasih Kak Nor, resipi tampal sini ye..lenkali nak buat lagi ni!

Salad Terung Gril

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Gift dari Mizan

Kotak berisi rantai mutiara ni pemberian Mizan, yang mana asalnya beliau terima dari Dayang Jack (seperti yang tertulis di dalam gambar tu..jgn terkeliru pulak :D) Terima kasih ya Mizan, belum buka lagi kotak kat atas tu..kot2 dalam tu ada pulak lagi gelang, cincin,anting-anting 1 set lengkap aksesori mutiara... baru saja mengenali Mizan ni..dah dapat hadiah. Terima kasih banyak-banyak ye. Lain kali berilah lagi!Hehe..hadiah ni saya tak mo kongsi..nak pakai sorang aje..heheh

Nasi Biryani Sayur



Nasi beriani, hidangan semalam untuk kedua ibu bapa dan adik bongsu yang berkunjung ke rumah. Agak segan juga nak hidangkan nasi ni untuk bonda, yang mana dari A-Z disediakan sendiri..sebab nasi beriani yang beliau masak sedap,tambah pula dia rajin menyediakan sendiri rempah beriani. Tapi tak apalah, cuba ajelah yang terbaik kan :D. Bondaku kata sedap *_^..tapi lupo lah pulok nak tanya berapa markah dia nak kasik nih.. yang pasti takleh dapat markah penuh sebab hidangan ni tak lengkap. Sebenarnya rancang nak masak dalca dan juga ayam goreng berempah. Tapi atas sebab ada urusan yang perlu diselesaikan segera..kami terpaksa keluar dan makan ajelah nasi ni bersama yang dah siap masa tu- lauk beriani ayam, raita , papad.

Resipi ini, aplikasi dari yang ada tulis kat belakang kotak rempah beriani Mother's Recipe, yang telah diubah suai sikit.

Bahan-bahan:
1/4 cawan minyak masak
1/4 cawan minyak sapi
2 biji besar bawang besar dimayang
2 sudu besar pes halia
2 sudu besar pes bawang putih
1/4 cawan yogurt (50g)
1 biji besar tomato dipotong dadu
3-4 sudu besar rempah biryani
400 gm potongan sayuran (seperti kentang,kobis, lobak merah dan kacang pis)
500 gram beras basmati (saya pakai 5 pot)
350 ml air (saya pakai 5 pot air + 2 pot susu cair)
2 sudu teh koma koma (letak sikit aje..jimat :D)
Garam secukup rasa

Cara
1. Basuh bersih beras, masukkan ke dalam periuk nasi elektrik bersama air,minyak sapi, garam, serta sedikit minyak dari lauk beriani yang telah disediakan terlebih dahulu.Masukkan juga koma koma yang telah direndam dalam 3 sudu besar susu.Biarkan beras seketika selama 15-20 minit sebelum tekan suis. Biarkan nasi masak.
2.Sementara itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia dan tomato, biarakn seketika. Masukkan rempah biryani dan masak selama 2-3 minit.
3.Kemudian masukkan sayur-sayuran dan garam.Tambahkan sedikit air, tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
4.Kemudian masukkan yogurt, daun ketumbar dan daun pudina, biarkan seketika sebelum menutup api.
5. Setelah nasi masak, keluarkan 3/4 bahagian nasi. Di atas 1/4 bahagian nasi di dalam periuk tersebut,letakkan 1/4 bahagian bahan yang telah ditumis tadi. Ulang langkah ini untuk bahagian nasi yang selebihnya.Setelah itu, biarkan nasi ini dimasak dalam mode 'warm' selama 10-15 minit. Untuk menghidang, taburkan badam/gajus/kismis keatas nasi.Hiaskan dengan bawang goreng.

Daging Baryani Batu Pahat




Dapatkan resipi lauk beriani yang sedap ini di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4156 . Resipi dari Che Iza ni, ternyata sedap. Terima kasih kepada Che Iza, yang berkongsi resipi asal dari pakciknya. oh ya,untuk makluman lauk daging telah di'ayamkan' bagi menepati kehendak ramai.

Raita


Raita,lauk iringan untuk nasi beriani . Resipi asal dari majalah Rasa.

Bahan-bahan

Untuk didadu:
2 biji bawang merah
1 biji lobak merah
1 biji tomato
2 biji cili hijau

5 gm daun ketumbar dicincang
125 ml dadih
Garam secukup rasa

Cara:
1.Masukkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas.
2. Selepas itu masukkan dadih dan garam secukup rasa.Gaul sehingga sebati.
3.Sedia dihidang.

Monday, August 10, 2009

Kek Pisang Lembab





Gara-gara terliur kat Kek Pisang Lembab di rumah Hana ..hari ni, selepas tidurkan si kecik tu, cepat-cepat baca resipi dan bancuh tepung. Memandangkan dia tidur sekejap aje dalam 30 minit, bak robot lah ku godek2 tepung dan pisang. Si kecik bangun tepat pada masa adunan sedia dibakar. Selang 40 minit kemudian, semerbaklah bau kek pisang dari oven ku :D ..jemputlah semua ya.Janganlah malu-malu ^_*

Resipi asal dari Che Mat Gebu, (Terima kasih!).. sedap ni!!!Salinan resipi seperti berikut:

Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....


Edisi kek cawan pulak

Nota kaki: Satu adunan, dapat 2 loyang kecil + 6 biji muffin

Aiskrim Kacang Hijau



Ini dia...aiskrim kacang hijau. Ia adalah bubur kacang hijau yang telah dibekukan. Memang suka sangat jadikan bubur kacang hijau atau bubur kacang merah sebagai aiskrim. Memandangkan tiada yang minat dengan aiskrim kacang hijau kat rumah ni, maka aiskrim ni saya bolot sorang-sorang lah!! Ok, tips untuk pastikan lidi kekal tegap , selepas penuhkan ice tray, balut permukaan atasnya dengan plastic wrap.Kemudian cucukkan lidi ke atasnya, dan bekukan. Setelah beku, bolehlah dihidangkan.

Sunday, August 9, 2009

Nasi Lemak Kopi 'O'




Ceriakan hari minggu anda bersama keluarga dengan hidangan Nasi Lemak dan Kopi O.Inilah juadah kegemaran rakyat Malaysia yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi bahan-bahan, mahupun cara-cara membuatnya :D

Friday, August 7, 2009

Ribbon Embroidery: D01





Sarung kusyen dengan tema sulaman riben ros kering. Gabungan warna tanah ni..memang warna kesukaan. Entah kenapa hati selalu tertawan dengan warna-warna suram begini. Harapnya laluan hidupku tidaklah sesuram ini. Paten ini pernah dikongsi dengan rakan-rakan sulaman riben beberapa bulan dulu, tapi pada masa tu belum siap. (Tengoklah, betapa lamanya ambil masa nak siapkan!! ) Ini hasil yang telah siap sepenuhnya.Pasangannya pula hampir siap dijahit.

Karipap Inti Sedap



Karipap Inti Sedap, resipi dari Cik Puan Hana boleh didapati di sini http://www.myresipi.com/top/detail/8677. Rasanya sesedap namanya juga!TQ Hana ye!


Ni dia..gambar inti dalamnya..khas untuk Chah yang nak nengok bahagian dalamnya..inti daging dan kentang, rempah kari ditukar kepada rempah kurma sebab ada 2 kanak-kanak nak makan :D



Lama tak mengelim karipap...jadi lah ni kan...ada gak rupa karipap :D

Wednesday, August 5, 2009

Buttery Soft Pretzels


Buttery Soft Pretzels, resipinya dari Allrecipes, http://allrecipes.com/Recipe/Buttery-Soft-Pretzels/Detail.aspx . Kali ketiga buat pretzel..rupa bentuknya tetap kembang,chubby dan takde shape..sampai dah takde rupa pretzel lagi..apakah fizikal tuan empunya diri turut memberi kesan pada pretzel ini :P . Hehe yang pastinya teknik mneguli dan membentuknya tu yang silap. Nanti kalau lalu depan Aunt Annie's Pretzel,nak kena perhatikan bebetul macam mana mereka buat.


Mama saya buat pretzel ni..anda nak cuba? Ni saya beri sikit..rasalah ya!!


Faris mula dihantar mengaji dengan seorang Ustazah malam Isnin yang lepas. Jadi,pulut kuning dan rendang ayam ni untuk ustazahnya. Tinggi harapan mama agar Faris cepat pandai membaca Al-Quran.

Monday, August 3, 2009

Kole - kole Kacang


Resipi Kole-kole Kacang dari Che Iza @ Myresipi. Berbanyak terima kasih kepada Che Iza.Tak rugi mencubanya, memang sedap..hampir satu loyang ni hamba makan sorang... :D

Roti Pisang Campur Aprikot



Roti pisang dan aprikot..lama dah buat roti ni... sehinggakan sukatannya pun dah habis terlupa..sebab semuanya agak-agak dan lepas tu kononnya nak tulis..tapi tak tertulis-tulis..tak apalah.. jamu mata aja lah ya..nanti kalau buat edisi kedua adalah resipi penuhnya.

Edisi Menyapu Sawang :D










Salam untuk semua kawan-kawan.
Sapa-sapa yang ada penyapu dan mop extra.. pakat-pakatlah kasi pinjam kat makcik ni..lama tak buka pintu rumah sampai berhabuk paras buku lali :D....tuan rumah ni sihat-sihat saja..tak lah sesibuk mana pun.. angin M tu aje yang terlebih-lebih...diharap semua kawan-kawan sihatlah hendaknya yek..nampaknya lepas ni nak kena buat sessi blog hopping ziarah kawan-kawan lah pulak :D

Masa browse gambar dari kamera tadi...ternampak pulak gambar Squidward dan SpongeBob SquarePant ni..memang tergelak sorang-sorang dibuatnya... sapa pulak yang snap gambar dari tv nih...pagi esok depa dah bangun nanti nak tanya..sapa yang punya angkara...suspek utama tak lain dan tak bukan ialah Faris...sebab dia suka sangat kat kartun ni.

Agak-agaknya apalah dialog karaktor kartun ni yek?