Showing posts with label Sulaman Riben. Show all posts
Showing posts with label Sulaman Riben. Show all posts

Friday, February 26, 2010

roses..roses



salam maulidur rasul untuk semua..yang sedang becuti..selamat bercuti..dan luangkan masa dengan keluarga..masak apa yer hari ni..belum tahu lagi..yang pasti..sekejap lagi..campuran tepung, butter akan bersatu di dapur saya..saya nak buat cream puff jagung untuk majlis hari jadi anak buah saya petang nanti...tapi sebelum tu..saya upload dulu bunga ros reben ni...

bunga dan wanita..memang tak dapat nak dipisahkan...motif bunga mendominasi apa saja....dari baju, pinggan mangkuk, hiasan rumah...kek..semua lahh...wanita memang suka bunga..lebih2 lagi bunga ros segar, bukan?? seronok kan dapat bunga..bunga2 ros reben ni fokus saya untuk hari ni..dan beberapa hari lagi..walaupun masih bertatih dalam sulam ni..saya akan terus cuba..dan mencuba...dan pesanan penaja untuk geng RE saya..praktis..praktis..praktis!!

sekian
terima kasih kepada anda yang sudi singgah di sini *_*

Thursday, February 11, 2010

Cushion Cover : One for him and one for her




Salam semua..

Meh tengok sarung kusyen ni...Dari tulisan tu...dah pasti sarung kusyen ni milik AYU dan ZUL. Tempahan dari Kedah ni request gabungan bunga warna pink dan dark purple..semoga pasangan kusyen ni menceriakan lagi dekor anda *_* .

Monday, January 4, 2010

Ke Kelas Sulaman Reben


27 Dis lepas..saya ikuti kelas sulaman reben (advance) bersama Puan Ann di Bandar Mahkota. Selama ni kagum dengan hasil kerja tangannya..sangat cantik! bila lah boleh buat secantik tu? Sebelum ni ikut kelas secara online saje..baru ni ada kesempatan berguru secara berdepan dengannya.. ni dia hasilnya... 3 kuntum bunga ros yang disulam pada sarung kusyen.


Disebalik cantuman kelopak bunga-bunga ini..ada banyak tunjuk ajar dari cikgu..ada juga hilai tawa kawan-kawan yang menceriakan kelas...dan disebalik riben2 ni juga...ada pengorbanan suami yang sudi jagakan anak-anak sepeninggalanan saya ke kelas ..saya tak pernah tinggalkan si kecil tu sebelum ni jadi hati jadi risau dan kacau jugak. Tanyalah pada mana-mana mummy yang pertama kali tingalkan anaknya ( yang direct bf,ok.. dan 24 jam attach dgn maknya ) ..Risau yang berlebih2! Syukur si kecil tu agaknya faham minat mamanya ni, dia ok aje..walaupun terpaksa turun naik jenguk anak sekali sekala dapatlah jugak attend kelas ni...terima kasih semua!

Friday, December 25, 2009

Cushion Cover



Salam untuk semua! tuan rumah ni asyik tengelam timbul tenggelam timbul..tak tahulah apa yang sibuk sgtnya tu...ada aje benda nak dibuat sampai buat-buat lupa nak jenguk rumah ni.

Ok..ni dia hasil 'berkebun' atas fabrik..bunga-bungaan riben merah hati dan pink..satisfaction berkebun atas kain ni lain ngan berkebun cara real atas tanah (oooh yang ni pun saya suka jugak cuma peluang dan ruang yang tak de)..berkebun boleh jadi terapi jugak kan..sejak disiapkan semalam, inilah penyegar mata terbaru saya (macam eyemore lah pulak) .. hari ni biar ia dikongsi dengan semua di luar sana




Cushion cover di bawah pulak ni for sale..tak banyak yang ada... 4 unit (dua pasang) saja..jika berminat boleh email kat saya norzaliana@yahoo.com

SOLD
TQ

sekian

Wednesday, September 16, 2009

Kuih Raya 2009



Salam aidilfitri untuk semua rakan-rakan siber. Semoga syawal ini dapat diraikan dalam kesyukuran dan kemeriahan!Mohon maaf ya jika ada di antara entri sebelum ni ada yang tersilap kata. Jemputlah menjamu mata dengan kuih raya yang tak seberapa ni.(Sebenarnya belum habis baking lagi ni!) .

Cookies canister di bawah ni baru saja siap disulam riben malam tadi, untuk bonda tercinta. Pinjam buat posing kejap ya ma!!Rakan2 RE buat balang kuih yang cantik-cantik, tu yang teringin nak buat juge *_*.






ops..ops siaran tergendala.. :P
nanti senang update balik!

updated on 2/10/2009

nampak tak 3 balang paling hadapan tu? itulah 3 rupa biskut raya..3 sahaja ya puan-puan..selebihnya tu isi biskut raya orang lain..ehehehee

Friday, August 7, 2009

Ribbon Embroidery: D01





Sarung kusyen dengan tema sulaman riben ros kering. Gabungan warna tanah ni..memang warna kesukaan. Entah kenapa hati selalu tertawan dengan warna-warna suram begini. Harapnya laluan hidupku tidaklah sesuram ini. Paten ini pernah dikongsi dengan rakan-rakan sulaman riben beberapa bulan dulu, tapi pada masa tu belum siap. (Tengoklah, betapa lamanya ambil masa nak siapkan!! ) Ini hasil yang telah siap sepenuhnya.Pasangannya pula hampir siap dijahit.

Wednesday, April 29, 2009

Ribbon Embroidery : Part 3

Segmen cuci mata ke 3 untuk hari ini.




Ribbon Embroidery : Part 2

Salam...
Segmen cuci mata dengan sulaman riben lagi...


Ribbon Embroidery : Part 1

Salam..
Berikut merupakan segmen cuci mata..hasil kerja tangan sulaman riben, belajar dari Puan Ann.