Wednesday, August 5, 2009

Buttery Soft Pretzels


Buttery Soft Pretzels, resipinya dari Allrecipes, http://allrecipes.com/Recipe/Buttery-Soft-Pretzels/Detail.aspx . Kali ketiga buat pretzel..rupa bentuknya tetap kembang,chubby dan takde shape..sampai dah takde rupa pretzel lagi..apakah fizikal tuan empunya diri turut memberi kesan pada pretzel ini :P . Hehe yang pastinya teknik mneguli dan membentuknya tu yang silap. Nanti kalau lalu depan Aunt Annie's Pretzel,nak kena perhatikan bebetul macam mana mereka buat.


Mama saya buat pretzel ni..anda nak cuba? Ni saya beri sikit..rasalah ya!!


Faris mula dihantar mengaji dengan seorang Ustazah malam Isnin yang lepas. Jadi,pulut kuning dan rendang ayam ni untuk ustazahnya. Tinggi harapan mama agar Faris cepat pandai membaca Al-Quran.

4 comments:

MamaFaMi

Pakkal je tangan tak leh capai pretzel yang dihulur tu, kalau tak, mau melaung baby sebab aunty dah kebas pretzel dia... hehehe

Chah

pulut kuning rendang ayam..huhu...nostalgia sungguh..dr muqaddam naik Quran, mak buat pulut kuning, bila dh masuk juzuk15 pun ada pulut kuning n tamatpun pulut kuning juga...:)

zaliana

Mamfami:
hehe kalau si ekcik ni dah pegang, dia susah nak lepaskan dah!! kalau dpt pun..memang betul dia akan melaung dgn kuatnya :D

Chah:
Ya, selalunya gitulah kan..za buat ni pun saje , meneruskan tradisi :D

Lela Ibrahim

Kak Za,
dah besar anak dara sorang tu, cepatnya masa berlalu..