Monday, August 10, 2009

Kek Pisang Lembab





Gara-gara terliur kat Kek Pisang Lembab di rumah Hana ..hari ni, selepas tidurkan si kecik tu, cepat-cepat baca resipi dan bancuh tepung. Memandangkan dia tidur sekejap aje dalam 30 minit, bak robot lah ku godek2 tepung dan pisang. Si kecik bangun tepat pada masa adunan sedia dibakar. Selang 40 minit kemudian, semerbaklah bau kek pisang dari oven ku :D ..jemputlah semua ya.Janganlah malu-malu ^_*

Resipi asal dari Che Mat Gebu, (Terima kasih!).. sedap ni!!!Salinan resipi seperti berikut:

Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....


Edisi kek cawan pulak

Nota kaki: Satu adunan, dapat 2 loyang kecil + 6 biji muffin

2 comments:

Dal

kagum betul tgk awak...dah sibuk jaga anak sempat lagi masak memasakye..skrg keje mana?

Lela Ibrahim

mak ai, gebu betul kek pisang versi muffin tu kak..tabikkkk utk kak za.