Monday, February 18, 2008

Buryani Ayam



Berikut merupakan cara lebih remeh menyediakan nasi beriani-iaitu dengan menumbuk rempahnya sendiri...
Anda sedia?...inilah cabarannya...er sebenarnya, tidaklah sesukar mana :D.. (ayam boleh ditukar kepada daging).

Bahan Rempah

1 ½ sudu besar jintan putih
½ sudu teh sajira (yg ni tak letak,sebab susah nak dapat) *
½ sudu besar lada putih
5 biji bunga cengkih
7 biji buah pelaga(ambil bijinya sahaja)
1 inci kulit kayu manis
½ biji buah pala
1 biji bunga lawang

Basuh bersih rempah,kemudian goreng tanpa minyak hingga garing.Kisar dengan pengisar hingga halus.

* Info:Sajira ialah sejenis rempah,bentuknya seperti jintan dan berwarna hitam.Rasa seakan daun pudina.Kalau tak letak pun ok,sebab kita sudah masukkan daun pudina dalam buryani.

TIPS: Jika anda berhajat untuk menyediakan rempah ini, sila gandakan sukatannya.Separuh darinya boleh disimpan untuk dimasukkan ke dalam sup.Bubuh dalam rendang pon boleh juga.Nescaya sup anda yang memang sudah sedap akan bertambah sedap lagi!!!Untuk kesegaran,simpan rempah ini didalam peti ais.

Lauk Buryani Ayam
1 kilo ayam(potong besar)
120 ml minyak sapi
300 ml susu cair
1 inci halia
300 gram bawang merah-dimayang halus
5 biji bawang putih
30 gram kismis
½ cawan sos tomato
1 rumpun daun ketumbar
1 batang daun saderi
1 batang daun bawang
1 biji air limau nipis
1 camca besar gula/madu
sejemput saffron(koma-koma)
Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih yang telah dikisar.
2.Goreng bawang merah (seperti membuat bawang goreng) .
3.Tumbuk/ramas bawang goreng .Campurkan separuh bawang goreng dengan rempah yang telah disediakan sebelum ini.4.Panaskan minyak sapi.Masukkan ayam yang telah diperap,bersama sedikit garam dan gula/madu.Biarkan seketika.
5.Masukkan bawang goreng dan rempah tadi.Sambil mengacau,masukkan pula separuh dari susu cair dan juga 1 cawan air.
6.Masukkan sos tomato,air limau nipis dan juga daun bawang,daun pudina dan saderi. Rendma saffron dalam sedikit air panas.Kemudian masukkan airnya ke dalam periuk.
7.Perlahankan api dan biarkan sehingga terbit minyak.
8.Setelah terbit minyak,sengetkan periuk dan kaup sebanyak mungkin minyak sapi yang ada.Simpan dalam mangkuk untuk kegunaan nasi buryani.
9.Tuangkan lebihan susu cair dan tambahkan air secukupnya.Masukkan kismis.Masukkan lebihan bawang goreng tadi. Rasa masinnya.Tambahkan garam secukupnya.
10.Bila mendidih,tutupkan api.Sedia dimakan.

Nasi Beriani

3 cawan beras basmathi(saya gunakan beras basmathi faiza)
3 cawan air atau bergantung kepada jenis beras /kebiasaan anda
1 cawan susu cair
minyak sapi dari lauk buryani
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
½ inci kulit kayu manis
½ sudu besar garam @ ikut suka
sejemput saffron rendam dalam 2 sudu besar air panas
1 sudu teh air mawar(saya pakai yang chap 2000 )

Cara-cara
1.Basuh bersih beras.
2.Masukkan ke dalam periuk nasi bersama susu cair dan air.
3.Campurkan garam.
4.Masak nasi.Bila nasi hampir masak,masukkan minyak dari lauk beriani.
5.Kacau rata minyak sapi tersebut.
6.Campurkan air rendaman saffron dan air mawar.
7.Buatkan beberapa lubang pada nasi dan masukkan campuran saffron dan air mawar.Boleh juga tambahkan warna lain jika suka pada nasi.
8.Tutup kembali periuk nasi dan biarkan seketika.
9.Kemudian buka tutup dan kacau nasi dengan sudip perlahan-lahan.
9.Buangkan buah pelaga,cengkih dan kulit kayu manis.Sedia untuk dihidangkan.