Tuesday, March 25, 2008

Nasi Kerabu



Saya ubati rindu nak makan masakan kelate dengan Nasi Kerabu ni…meskipun terubat rindu,tapi kemeriahan menjamu selera tak sama seperti makan beramai-ramai kat kampung bersama keluarga :((

Nasi
3 cawan nasi
1 batabg serai-ketuk
Beberapa titik pewarna biru (Kalau ada bunga telang lagi bagus ni)
-basuh beras.Masukkan air secukupnya,serai dan pewarna biru.Masak nasi seperti biasa.

Untuk Tumis Budu
-1 biji bawang besar
-1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
-10 biji cili kering-gunting,basuh dan rendma dlm air panas sekejap
-1/2 cawan santan pekat
- sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
-1/4 cawan budu
-1 keping asam keping
-gula
cara-cara
-kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,kunyit dan serai dengan sedikit air.
-Panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing.Kemudian masukkan santan pekat,asam keping dan budu.
-tambahkan sedikit air dan gula sekadar perlu.Bila mendidih,bolehla dipadamkan api.

Untuk Sambal Ikan
-2 ekor ikan kembung-saiz sederhana
-1 cawan kelapa parut
-7 ulas bawang merah
-2 batang serai-mayang halus
-1/2 inci halia
-garam
-gula


cara-cara
-Bersihkan ikan, dan bakar sehingga masak.Ambil isinya dan tumbuk dalam lesung.
-Kelapa parut digoreng tanpa minyak,tak perlu terlalu garing.Tumbuk masa masih panas-panas.
-Tumbuk bawang merah,halia dan serai.
-Campurkan semua bahan-ikan,kelapa parut goreng dan campuran bawang ,halia dan serai.Gaul rata.Imbangkan rasa masin dan manisnya dengan garam dan gula.

Untuk ulam-ulam
-daun kesum
-timun
-kobis
-serai
-bunga kantan
-taugeh
-mayang halus kesemua ulam,kecuali taugeh.

Lauk iringan Nasi Kerabu
Saya senaraikan semua yang menjadi lauk nasi kerabu,tapi dalam kes diatas di atas saya Cuma makan dengan puyuh goreng,keropok dan ayam bakar sahaja :D

-Telur masin
-Ikan goreng celup tepung
-lada jeruk
-keropok
-ayam goreng
-daging bakar
-solok lada

0 comments: