Tuesday, December 4, 2007

Nasi Daging Bonda Claypot


Resipi ini dipetik dari Sajian Resipi Warisan Ibu Pilihan Bernas, sebuah sisipan percuma majalah Nona, keluaran Disember 2007. Teringin nak cuba sebab resipi ini mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Memasak Warisan Ibu Pilihan Bernas.Ia adalah hasil garapan Syed Hussain Syed Mohamed dan Pn Endon Maulod.Saya telah tukar serbuk kari kepada rempah beriani dan rasanya seakan nasi beriani. Makan macam tu pun sedap.

Bahan-bahan
600 gm beras basmathi
200 ml susu sejat
Air secukupnya untuk memasak nasi
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah kari (saya guna rempah beriani)
2 helai daun pandan
Garam dan serbuk lada sulah
200 gm daging (potong kecil)
1/2 sudu kecil air mawar
100 gm kismis
80 gm kacang gajus (goreng sebentar) saya guna badam
Sedikit bawang goreng
Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sm halia
2 sm lengkuas

Bahan pewangi
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bunga cengkih
3sm kulit kayu manis

Cara
1.Panaskan minyak sapi dan tumis bahan pewangi dan masukkan bahan kisar dan biar harum.
2.Masukkan daging, rempah kari,daun pandan,garam dan serbuk lada sulah.Gaul rata.
3.Masukkan beras,air mawar,kismis,gajus dan bawang goreng serta susu dan kacau rata.
4.Masukkan beras dan air secukupnya dan masak nasi hingga lembut.
5.Setelah masak,hias dan hidang.

0 comments: