Arroz Con Pollo
Menu tengahari ni, Arroz Con Pollo. Sejenis masakan Sepanyol yang bermaksud nasi dengan ayam. Kita boleh samakan dengan nasi beriani tempatan.Nasi ini dimakan begitu sahaja ,tapi bagi saya, nasi ini tentu lebih sedap jika dimakan dengan lauk tambahan seperti dalca atau kari. Hidangan ini sesuai untuk makan tengahari / malam. . Untuk resipi asal,sila lihat di http://www.elise.com/recipes/archives/004302arroz_con_pollo.php
.
Bahan-bahan
Untuk ayam
5 ketul ayam ( dari ayam yang dipotong 8)
1 sudu besar ciling giling
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam,ditumbuk
½ cawan tepung gandum.
Cara-cara
1.Ayam yang telah dibersihkan, dilap kering.Kemudian gaulkan cili giling ke dalam ayam.
2.Dalam mangkuk berlainan, satukan tepung gandum,garam dan lada hitam.Salutkan ayam dengan campura tepung ini.
3.Panaskan minyak.(tida perlu terlalu banyak,sikit sahaja).Goreng ayam seketika. Goreng hanya untuk memastikan tepung bersalut dan melekat pada isi ayam, tak perlu lama, lebih kurang 3-4 minit sahaja.Ketepikan.
Nasi
4 sudu besar butter
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cawan beras basmathi
secubit saffron
4 ½ cawan air
1 kiub ayam
½ sudu the oregano / mixed herbs
1 ½ sudu besar garam
Optional: sayur-sayuran-boleh leta apa2 sayur yang digemari
¼ bii capsicum,potong dadu
Snow peas
Cara-cara
1.Basuh bersih beras, kemudian toskan.
2.Panaskan butter didalam periuk.Seeloknya periuk ‘non stick’.Tumiskan bawan gputih dan bawang merah.
3.Kemudian masukkan beras tadi, kacau bersama dengan garam. Rendam saffron dalam sedikit air panas,masukkan kedalam beras dan gaul rata.
4.Susun kan ayam yang telah digoreng tadi ke atas beras.
6. Dalam sebuah mangkuk, campurkan garam,air .kiub ayam dan oregano.Masukkan campuran air kedalam periuk berisi beras dan ayam.
7.Perlahankan api, dan tutup periuk.Biarkan nasi masak selama lebih kurang 20-25 minit.
8.Setelah nasi masak,masukkan snow peas dan capsicum.Biarkan seketika.Kemudian bolehlah dihidangkan.
1 comments:
arroz CON pollo leee..
CON = with
Post a Comment