Friday, October 2, 2009

Nasi Goreng Serunding


Salam syawal

Sajian express bila terasa lapar dan kurang mood nak memasak :D

Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
4 ulas bawang putih-ketuk
2 biji cili padi-ketuk
segenggam ikan bilis /udang kering /isi ayam
serunding daging/ayam/ikan secukupnya
4 batang kacang panjang-dihiris
minyak untuk menumis
bahan untuk menghidang
-keropok goreng
-bawang goreng

Cara-cara
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi.
-masukkan ikan bilis atau lauk pilihan anda, kacau sehingga masak.
-masukkan nasi putih dan kacau rata.
-kemudian masukkan serunding dan perasakan dengan garam.
-masukkan kacang panjang
-sedia dihidangkan panas-panas dengan keropok goreng dan bawang goreng.

2 comments:

Chah

bagusla idea inovatif ni za..biasanya dok guna baki ikan goreng semalam, or any lauk left over 'semalam' untuk dinasi gorengkan..ermmm leh cuba..

zaliana

cahah..idea kreatif apa..ni idea orang malehh ..hehe