Saturday, May 16, 2009

Nasi Dengan Ayam Lada Hitam



Sajian ringkas untuk hari ini. Jika selalunya hidangan barat menyajikan Black Pepper Chicken Chop, dimakan dengan kentang goreng,coleslow dan lain-lain tu, hari ni ubah selera makan dengan nasi pula.

Nasi dengan Ayam Lada Hitam ,versi Jurnal Rasa.

Saiz hidangan : 3 orang

Bahan-bahan

Bahan perap ayam
500 gram ayam-dipotong
3 ulas bawang putih-ditumbuk
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
1 cawan tepung jagung

Gaulkan semua bahan-bawang putih, garam dan lada sulah pada ayam, dan perap kira-kira sejam.
Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata pada ayam. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.


Sos Lada Hitam
4 batang sosej
3 ulas bawang putih-diketuk
4 ulas bawang merah-dimayang halus
2 sudu besar serbuk lada hitam-yang ditumbuk sendiri
Serbuk lada hitam berperisa-pakai brand ajinomoto
1 sudu besar rosemary kering
Sedikit kiub ayam
Beberapa titik seasoning
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1/4 biji lobak merah-dihiris
Minyak untuk menumis

Tomato dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara
1.Panaskan minyak,kemudian goreng sosej.Keluarkan sosej.Sosej tu bolehla diberi pada anak :D.
2.Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga harum.
3.Masukkan rosemary, serbuk lada hitam,seasoning, kiub ayam,garam dan juga air.Masukkan juga lobak merah.Bila ia mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung.Seimbangkan rasa dan tambahla apa yang perlu.Biarkan seketika sehingga bancuhan tepung jagung masak, kemudian tutup api.
4.Hidangkan sos dengan ayam yang telah digoreng tadi.Sedia dinikmati dengan nasi.

2 comments:

fizan *sew addict!*

sedapnye....

sonata anak kancil

sos lada hitam sarawak boleh guna tak??? tak yah buat ...nak cepat makan - sedapnya!