Tuesday, January 29, 2008

Chili Pesto Chicken Pasta



Resipi ini diubahsuai dari resipi asal dalam buku Fast Workday Dinners, Family Circle Mini Cookbooks.Saya suka kumpul buku resipi dari Family Circle Cookbooks ini, yang banyak membantu menyediakan hidangan simple dan cepat. Pasta kat atas, sudah saya lenyapkan dari pinggan sebelum pukul 7 pagi tadi!

Bahan-bahan

  • 375 gram bow tie pasta
  • 3 batang sosej, potong 1.5 cm.
  • 200 gram isi ayam,potong memanjang.
  • 2 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus.
  • 6 helai daun bawang,potong
  • 3 ulas bawang merah-mayang
  • 1 ulas bawang putih-mayang
  • 2 biji tomato (200 gram)
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 300 ml susu segar
  • sedikit keju parmesan

cara-cara

  1. Didihkan air dan masak pasta.Sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan sosej dan isi ayam,biar hingga masak.
  4. Masukkan separuh dari cili merah dan daun bawang
  5. Tambahkan tomato dan tomato puree.Kemudian masukkan sedikit garam dan susu segar.
  6. Tutup api dan masukkan keju parmesan.
  7. Hidangkan dengan pasta.Taburkan lebihan cili merah dan daun bawang.

Brownies Nougat



Resipi ini ambil dari buku resipi Brownies Kukus.Setelah berbulan beli buku ni , baru sampai seru nak mencuba satu resipi daripadanya.Resipi ini menggunakan telur putih sahaja, jadi kurang la kolesterolnya.Tapi rupa brownies ni lain sikit dari resipi asal. :D. Sepatutnya topping nya keras sikit dan letak kat atas brownies ni sahaja. Tapi sebab saya tak sukat dan main bubuh ajer campuran butter dan susu pekat, jadilah ia berkuah macam dalam gambar tu. Tapi sedap juga macam ni, sbb adunan ni kurang manis dan sesuai juga makan cair sebegitu :p
Saya buat separuh sahaja dari resipi asal, cukup untuk letak dalam tin loaf yang kecil.Adunan sebenar perlulah digandakan 2 ya.

Bahan-bahan
150 ml putih telur (lebih kurang 4 1/2 biji putih telur)
100 gram gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanilla
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh ovallate
100 ml butter(dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko
Topping
50 gram butter
25 ml susu pekat manis
nib almond(panggang)
-pukul butter dengan susu hingga kembang.
Cara-cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan gula halus, cream of tartar ,esen vanilla.
  2. Masukkan pula ovallette dan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul hinggaadunan menjadi sebati dan lembut. Kemudian amsukkan mentega cair,kacau perlahan hinhha sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 2,1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  4. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat secara berselang seli.
  5. Didihkan air dalam periuk kukus.Dan kukus kek hingga masak.angkat dan sejukkan
  6. Setelah diangkat dan sejuk, sapu permukaan atas brownies dengan topping. Jika mahu toppingnya meleleh macam saya buat, lebihkan susu pekat tu.Taburkan badam ke atasnya.
Nota kepada Maklang: resipi telah dikemaskini.Terima kasih :D

Kari Ikan


Ini kali pertama saya sediakan kari ikan dengan rempah sendiri.Terima kasih kepada Ien yang sudi beri tunjuk ajar. Sedap dan puas hati boleh buat sendiri kari ikan ni.

Bahan-bahan

Rempah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 tangkai cili kering siam
-semua bahan dibasuh,rendam dalam air panas.
-kemudian kisar dengan sedikit air hingga lumat.
Bahan lain
8 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar asam jawa
5 keping ikan tenggiri
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4
4 biji bendi
2 tangkai daun kari
air secukupnya
Cara-cara
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan daun kari hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kisar diatas, kacau sekali sekala hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan halba campur.Masukkan ikan dan tutup periuk, biar hingga ikan masak.
Kemudian masukkan santan ,tomato dan bendi.Masukkan juga air.
Biarkan hingga masak.

Tuesday, January 22, 2008

Cucur Udang



Ini cucur udang, tapi dalam bentuk yang lain sikit.Saya masak cucur ni dalam acuan takoyaki, untuk memanfaatkan sepenuhnya acuan yang order dari Aisha.Pada sesiapa yang nak oder acuan ni dan macam-macam lagi toys yang menarik,silalah ke http://aishaheer.fotopages.com.Banyak betul toys yang menarik disitu!!

Setelah banyak kali buat takoyaki, kita cuba buat benda lain pulak.Tapi saya memang sukakan acuan ni, sebab dapat buat cucur udang yang sempurna bentuk bulat dan kurang menggunakan minyak. Ini sebenarnya bekal Faris untuk ke tadika semalam. Malangnya dia tak mo gi tadika lah pulak :(( .Untuk menjadikan hidangan ini ada gizi yang lengkap, saya masukkan daun bawang dan hirisan carrot yang dipotong halus.


Bahan-bahan( untuk 16 biji cucur)
160 gram tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
400 ml air
1 biji telur
sedikit garam
8 ekor udang, buang kulit dan potong 2
hirisan daun bawang
lobak merah, disagat halus
-sos untuk menghidang

cara-cara
Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum,air,telur, garam,baking powder.Pukul dengan pemutar belon hingga adunan sebati.Biarkan seketika.
Panaskan acuan takoyaki, kemudian masukkan adunan ,sebanyak separuh acuan.
Masukkan udang, daun bawang dan lobak merah.
Tuangkan lebihan adunan keatasnya, biar sampai melimpah ruah.
Balikkan dengan lidi, hingga masak rata dan berbentuk bulat.
Hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Nasi Air Siam



Saya cuba resipi Nasi Air Siam dari Siti Azma. Hmm..memang sedap! saya tambahkan rempah 4 beradik dan serbuk lada hitam ke dalam sup.Untuk air lada, saya berterima kasih pada Bonda yang selalu kirimkan air lada ni untuk anak-anaknya .Pendek kata, kami adik beradik tak putus bekalan air lada ni. :D

Vanilla Muffin


Vanilla Muffin, resipi dari deenos

Ayam Kampung Goreng Kunyit


Tiada apa yang istimewa pada ayam goreng ini.Ia cuma ayam kampung yang disapu dengan garam dan kunyit dan digoreng garing. Apa yang membuat ia special ialah ia diterbangkan dari kampung, hasil ternakan ayah. Untuk menikmati rasa sebenar ayam kampung, saya goreng letak kunyit dan garam sahaja.Isinya memangla kurang berbanding ayam biasa tapi tetap lembut dan sedap.

Thursday, January 17, 2008

Soft Bun


Ini merupakan resipi roti yang selalu buat.Ia menghasilkan roti yang lembut sekali. Sumber dari mana sudah lupa tapi beginilah bahan-bahannya:

290 ml air suam
600 gram tepung roti
5 sudu teh yis
30 gram shortening
30 gram butter
1 biji telur saiz A
2 sudu teh garam
80 gram gula halus
30 gram susu tepung
2 sudu teh bread softner

Cara-
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker.
Setelah siap, bahagikan adunan kepada bentuk bulat. Dan biarkan ia naik sekali ganda.
Taburkan bijan ke atasnya.
Bakar hingga masak.
Setelah masak, keluarkan dan sapu mentega ke atas permukaan roti.
-Boleh letak apa-apa inti yang disukai ke dalam roti ini.

Sticky Caramel Chicken Wing


Resipi yang simple tapi sedap dari Mutiarazura. Resipi ini saya 'paste' dari Myresipi.

Bahan-bahan ( 24 keping )
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Ikan Masam Manis


Friday, January 11, 2008

Brownies Gert


Brownies Gert yang sangat sedap. Brownies ni buat secara 'tak sengaja' smlm..saya tak ada plan untuk buat apa-apa minum petang semalam..ingat nak rileks aje tapi bila dah takde keje tu mulalah terpikir yang sedap-sedap..tiba-tiba terasa nak makan brownies dan tangan ni pulak macam laju ajer capai apa yang patut kat dapur tu.. :D

Thursday, January 10, 2008

Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Menu pembuka tahun 1429 Hijrah....Selamat menyambut kedatangan tahun baru, untuk semua muslimin dan muslimat.

Oleh kerana masak pulut dan rendang ni secara 'free style cooking', tak ada sukatan tepat untuknya..cuma ada senarai bahan-bahannya sahaja :P

Untuk Pulut Kuning

Beras pulut
Serbuk kunyit
2 keping asam keping
Santan

Basuh bersih beras pulut. Rendamkan lebih kurang sejam dalam air kunyit dan asam keping. (saya cuma ikut petua bonda, katanya asam keping ni mencantikkan lagi warna kuning pada pulut).

Kemudian kukus pukut kuning. Selepas pulut separuh masak ,buka pengukus dan masukkan santan pekat dan campuran garam.Kacau hingga rata dan kemudian kukus lagi hingga masak .

Untuk Rendang Ayam

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit
Lengkuas
Cili boh
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan
Kerisik
Garam Gula/gula melaka

cara-cara
Kisar bawang putih, bawang merah,halia,serai,lengkuas.
panaskan minyak,masukkan bahan kisar tadi.Masukkan cili boh, kacau.
Masukkan santan.Kacau. Bila kuah sudah terbit minyak,masukkan ayam.
Masukkan garam, gula dan kerisik.Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.
Tambahkan sedikit lagi santan pekat dan juga air.
Kacau sekali sekala, tutup api bila ayam sudah masak.

Wednesday, January 9, 2008

Pandan Muffin


Muffin yang sedap ini, resipi Yani. Resipi ada di http://www.myresipi.com/top/detail/3522

Udang Supreme



"Mama masak apa ni mama?"
"Udang Supreme.."
"Udang supim?" ...
"bukan, udang supreme"


Resipi kat sini

Thursday, January 3, 2008

Ayam Goreng NY


Ayam Goreng NY (NY singkatan untuk New Year)

Saya paling suka mencuba berbagai cara menggoreng ayam.Tiap2 kali goreng ayam bahan-bahan mesti berubah-ubah. Terbaru, saya goreng ayam pada 1 Jan lalu.Kali ni hasilnya nampak macam ayam goreng KFC tu.Caranya begini.

Mula-mula tumbuk lada hitam,lada putih dan ketumbar.Gaulkan bersama garam dan lumur pada ayam. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung beras dan tepung jagung. Kemudian teringat pula untuk gunakan putih telur. Dalam mangkuk berlainan, pecahkan 2 biji telur, ambil putihnya sahaja dan pukul dengan whisker ballon.Sebenarnya saya jarang sgt pukul telur putih pakai whisker, lebih suka guna mixer. Tetiba dapat satu idea, apa kata kita letak sikit cream of tartar supaya telur putih ni lebih foaming? Ni macam nak buat kek span pulak kan. :D

Saya celupkan ayam kedalam campuran tepung, kemudian celup pula dalam telur putih tadi.Ada juga ayam yang saya celup telur putih dahulu, baru celup dalam tepung.Dan terus goreng dalam minyak panas. Cara mana yang lebih baik, celup tepung atau telur dahulu? Hmm entahla, lebih kurang sama je kot!Mungkin kalau nak dapatkan salutan lebih tebal kita boleh ulang proses mencelup tepung dan telur ni. Hasilnya macam mana? Memang yummy yummy & crispy!!!

Breakfast


Rupa breakfast semalam..mula-mula goreng nugget.Pastu alang-alang dah goreng nugget goreng wedges sekali. Dan goreng mee. Dah abis goreng mee tengok jam pukul 6.50 pagi.Ni sempat lagi nak buat muffin. Bila muffin tengah bakar baru kelam kabut bersiap nak ke office.Agaknya sebab semalam hari pertama kerja dalam tahun ni jadi semangat pun lain sikit kot .

Tuesday, January 1, 2008

Takoyaki



Makanan jepun ni feveret Faris. Cara yang senang dan cepat untuk dapatkan takoyaki mcm yang jual tu dengan menggunakan tepung takoyaki. Bagi yg takde tepung takoyaki, boleh buat batter sendiri.Seperti yang banyak dicadangkan di internet, nak buat campuran tepung nya ialah 100 gram tepung, 350 ml air dan sebiji telur .Namun bila saya cuba , sungguh mengecewakan.Rasanya tak selembut takoyaki di kedai. Apa sebenarnya yang buat ia lembut ya? Saya temui jawapannya pada satu laman web. Mereka gunakan yamaimo ( Japanese Mountain Yam) yang melembutkan tekstur dan rasa takoyaki.


Memikirkan kita di Malaysia tak jumpa jenis keladi begitu, saya cuba memikirkan alternatif lain. Jalan-jalan di supermarket memberikan saya idea untuk cuba guna potato starch.. Untuk lebih creamy, saya tukarkan penggunaan air kepada fresh milk.Untuk sos, saya buat campuran kicap ,sedikit air dan seasoning .Alhamdulillah, adunan ini lembut dan ada gaya takoyaki. :D Nampaknya Faris makan dengan begitu berselera sekali!!Dan En Suami pun kata dah jadi. Namun begitu takoyaki ni tak berapa bulat, sebab dimasak atas acuan kuih cara.


Batter
50 gram tepung gandum
30 gram potato starch
200 ml susu segar
sedikit baking powder (agak-agak 1/2 sudu teh kot)
1 biji telur
sedikit pati serbuk ikan bilis
Inti
Kubis-potong halus-halus
Potongan sotong/udang/frankfurter
Sos
campuran kicap+seasoning + air
Topping
Fish flake (dried bonito)
Mayonis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan untuk batter,ketepikan sekejap.
2.Panaskan acuan takoyaki (saya guna acuan kuih cara)
3.masukkan sedikit minyak,tuang batter.Masukkan kubis dan inti yang disukai.
4.Tambahkan lagi batter, biar sampai melimpah ruah. Biarkan seketika,kemudian menggunakan lidi tolak/kikis adunan yang terkeluar ke dlm acuan. Bila adunan belah bawah hampir masak,terbalikkan takoyaki tadi.Biar hingga masak.Terbalikkan selalu supaya semua bahagian masak,warna golden brown.
5.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.Letakkan sos, tabur fish flake, mayonis dan sedikit daun sup ke atasnya. Sedap makan panas-panas.

Daging Masak Lada Hitam




yang ni tiru Daging Black Pepper yang makan masa dinner kat Pan Pacific Hotel.Ada byk lagi menu yang nak cuba tiru tapi kita test yang simple-simple dulu.

Dumpling



Simple and quick for breakfast.Inti dalamnya tumisan bawang,pepper dan potongan isi ayam.Ikat dengan daun bawang (blanched) dan kukus. Cicah ngan sos aje.Yang ni buat sebab feveret Faris tp hari ni dia tak layan pulak dumpling ni.Hmmm..tak sedap kot ekk.