Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Pulut Pagi


Pulut Pagi ni sarapan kami hari ini..Memang suka sangat makan pulut ni, ayah bonda juga dah sedia maklum akan apa yang anaknya yang sorang ni akan cari pagi-pagi jika balik kampung. Pulut pagi ni senang didapati di gerai makan dan kebiasaannya dibungkus dengan daun pisang.Kadang kala jika beli, kita akan dapati ada yang letak kacang di dalamnya( tak tau pula apa nama kacang tu ) . Bila pagi-pagi lagi dah makan pulut, tahu sajalah ya penangannya bisa buat mata layu dan mengantuk .Ringkas saja cara penyediaannya, tiada sukatan standard,kita letak cara penyediaannya saja .

Cara

-Basuh bersih beras pulut, letakkan sedikit air dan kukus sehingga masak.
-Apabila pulut telah masak, masukkan beberapa keping gula melaka yang telah dipatah-patahkan. Jika letak banyak, pulut akan rasa lebih manis dan warnanya juga lebih gelap.Kacau sedikit dan kukus lagi sehingga gula melaka tadi cair.
-Kemudian kacau sehingga gula sekata dengan pulut, dan kukus lagi seketika sehingga pulut 'mesra'
-Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
-

Sunday, July 13, 2008

Pulut Durian


Jemput makan pulut durian semua ....bahan-bahannya mudah aje kan..pulut yang ditanak,santan pekat beserta sedikit garam,gula dan yang penting sekali buah durian *_*

Khas untuk Inaz, cara utk masak pulut.
(Sebenarnya Za pun bukan lah pandai sangat tapi lebih kurang macam ni lah ya)

-basuh beras pulut hingga bersih.Masukkan air. Air ni letak sikit sahaja. Orang tua selalu agak-agak aje kan. Untuk Pulut durian di atas za masak 3 pot beras pulut bersama 2 1/2 cawan air.(ni sebab za memang suka pulut /nasi yang lembik sikit) mungkin kalau letak 2 pot air pun dah ok. Guna pot/cawan yang sama utk pulut dan air
-masak pulut dengan api yang kecil.kalau api besar nanti berkerak -kerak pula pulut kita. Tutup periuk dan biarkan ia masak.Selalunya kalau dah berbau wangi pulut tu masaklah.
-kalau rasa tak yakin lebih senang masak pulut dalam periuk nasi.Memang gerenti takde kerak :D.

Thursday, January 10, 2008

Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Menu pembuka tahun 1429 Hijrah....Selamat menyambut kedatangan tahun baru, untuk semua muslimin dan muslimat.

Oleh kerana masak pulut dan rendang ni secara 'free style cooking', tak ada sukatan tepat untuknya..cuma ada senarai bahan-bahannya sahaja :P

Untuk Pulut Kuning

Beras pulut
Serbuk kunyit
2 keping asam keping
Santan

Basuh bersih beras pulut. Rendamkan lebih kurang sejam dalam air kunyit dan asam keping. (saya cuma ikut petua bonda, katanya asam keping ni mencantikkan lagi warna kuning pada pulut).

Kemudian kukus pukut kuning. Selepas pulut separuh masak ,buka pengukus dan masukkan santan pekat dan campuran garam.Kacau hingga rata dan kemudian kukus lagi hingga masak .

Untuk Rendang Ayam

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit
Lengkuas
Cili boh
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan
Kerisik
Garam Gula/gula melaka

cara-cara
Kisar bawang putih, bawang merah,halia,serai,lengkuas.
panaskan minyak,masukkan bahan kisar tadi.Masukkan cili boh, kacau.
Masukkan santan.Kacau. Bila kuah sudah terbit minyak,masukkan ayam.
Masukkan garam, gula dan kerisik.Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit.
Tambahkan sedikit lagi santan pekat dan juga air.
Kacau sekali sekala, tutup api bila ayam sudah masak.

Monday, August 20, 2007

Lemang Jepun




Lemang Jepun...
Eksperimen terbaru dari dapur. Dinamakan lemang sebab ada unsur lemang sikit. Terselit nama Jepun sebab menggunakan seaweed dan beras jepun. Adunan rasa dua budaya . Kalau Jepun tengok ni mesti geleng kepala. Ha ha..dalamnya berintikan serunding ayam dan serunding ikan. Yang takde inti pun buat juga.Untuk melengkapkan hidangan ini disertakan dengan rendang.

Lemang Jepun

Bahan-bahan
2 pot beras jepun
1 pot santan pekat
1.5 pot air
1 sudu teh garam
Sedikit daun pandan

Cara-cara
1)Basuh beras dan masak bersama santan,air dan garam.
2)Bila masak, sejukkan dahulu. Kemudian letak diatas seaweed. Ratakan. Boleh letakkan serunding jika suka.
3)Kemudian gulung kemas-kemas.
4)Sedia dihidang.

Untuk resipi rendang sila lihat di Chicken Rendang , karya Checkie.