Tuesday, January 29, 2008

Kari Ikan


Ini kali pertama saya sediakan kari ikan dengan rempah sendiri.Terima kasih kepada Ien yang sudi beri tunjuk ajar. Sedap dan puas hati boleh buat sendiri kari ikan ni.

Bahan-bahan

Rempah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 tangkai cili kering siam
-semua bahan dibasuh,rendam dalam air panas.
-kemudian kisar dengan sedikit air hingga lumat.
Bahan lain
8 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 sudu teh halba campur
1 sudu besar asam jawa
5 keping ikan tenggiri
2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4
4 biji bendi
2 tangkai daun kari
air secukupnya
Cara-cara
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan daun kari hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kisar diatas, kacau sekali sekala hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan halba campur.Masukkan ikan dan tutup periuk, biar hingga ikan masak.
Kemudian masukkan santan ,tomato dan bendi.Masukkan juga air.
Biarkan hingga masak.

1 comments:

sitiazma

cantiknya rupanya Kari Ikan Za, ni...kecur mulut kut..
tapi kat sini mahal le bendi tu Za, dah tu..kecik2 lak tu..