Kek Mentega Keju
1 adunan kek ini dibakar dalam mangkuk cupcake dan dapatlah 23 biji. Ada lebihan dari cream cheese,jadi habsikan untuk buat frosting nya pula. Dah lepas letak frosting nampak 'sayu' aje cupcake tu. Hmm..ok, letak parutan coklat masakan sikit supaya nampak meriah.
Kek Mentega Keju
Sumber:Kuali bersama Norzailina Nordin (Akhbar KOSMO, Jumaat 4 Jan 2008)
170 gm mentega
125 gm krimkeju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna ]
1 1/2 camca teh serbuk penaik]di ayak
2 camca teh vanila
5 biji telur putih
1/8 camca teh krim tartar
Cara
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur. Putar hingga sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan krim tartar, pukul lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan yang mula-mula tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunanke dalam tin empat segi 22 sm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170C selama 1 jam atau hingga masak.
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.
Untuk cream cheese frostingnya pula:
125 gram cream cheese
100 ml whip cream
gula aising- letak sikit sahaja,jangan manis sangat
-cara: pukul cream cheese dan whipping cream hingga sebati. Masukkan gula aising ikut kemanisan disukai dan pukul lagi sehingga sekata. Bolehlah disudukan ke atas cupcake tadi.Hiaskan ikut suka.