Saturday, February 14, 2009

Popiah Bermadu



Salam untuk semua

Plan hari ni nak buat Popiah macam yang Ien buat tu..tapi lain pulak jadinya.Kulit popiah bakar ni sesuai untuk dijadikan snek. Sesuai sebagai alternatif kepada makanan ringan yang penuh dengan MSG tu. Ia cepat disediakan, cepat juga habis. Sebelum ni pernah buat begini, tapi lipat macam kipas. Memang nampak cantik tapi bahagian yang berlipat tu jadi kurang rangup. Versi yang tak lipat ni lebih senang dan sekata masaknya.

Bahan-bahan
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan butter
  • kulit popiah secukupnya
  • bijan hitam dan bijan putih
Cara-cara
  • Gunting kulit popiah kepada 4 bahagian.Boleh pelbagaikan cara menggunting ikut kreativiti.
  • Sapukan dulang pembakar dengan butter.
  • Kemudian sapukan butter ke atas permukaan kulit popiah tadi.
  • Sapukan pula madu ke atasnya
  • Taburkan bijan hitam dan bijan putih.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, pada suhu 160 darjah selama 5 minit. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.Perhatikan supaya jangan lama-lama sangat, nanti hangit.
  • Setelah kekuningan,keluarkan dan sejukkan.Ia akan nampak nampak macam lemau pada mulanya dan akan rangup bila sudah sejuk.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
-warna kulit popiah mungkin berbeza-beza tonanya berdasarkan kadar sapuan madu, dan tempoh membakar.

3 comments:

zurin

Cantik foto-foto semua! beautiful! resipe pun nampak sedap..i will make ur sup ketam n post on my blog n credit to u ye!

zaliana

hai zurin! terima kaish ya sudi ke mari..nanti saya lin kan blog u ya :D

anese

suka sgt dgn idea ni sbb ada bekalan madu yang byk dlm peti ais, juga kulit popia dua paket, butter pun setin besar yang lom sentuh (beli dah lame...hai ni la keja org malas..), bijan pun aderrrr....cuma tak de yang kaler hitam tu je...apapun nnt projek boleh dijalankan!!!!!! I love simple resepi nih!!