Monday, February 9, 2009

Kek Pandan Marble


Salam sejahtera ..

Princessharyati ada bertanya di kotak Cbox, masak apa hari ni.. ehee..jawapannya masak nasi goreng untuk sarapan.. Tengah hari tadi dapat satu 'undangan kasih sayang' dari bonda saudara yang jemput makan nasi dagang di rumahnya. Masakannya sedap,mesti pegi ni!!! Terus cancel masak tengah hari, terfikir nak buat Kek Pandan Marble untuk bawa sebagai buah tangan. Resipi dari R-Lin di Myresipi.com, ada disini http://www.myresipi.com/top/detail/3709 . Terima kasih ya R Lin untuk resipi ini.

Kek ni sedap dan lembut, macam sponge cake dan kurang manis. Bonda saudara, yang lebih mesra dipanggil Che Dah oleh kami anak-anak saudara ada bertanya, guna tepung apa? Katanya rasa tak macam tepung gandum biasa. Saya guna tepung pau, sebab tepung gandum habis. Tapi saya tambahkan extra 20 gram tepung pau untuk 2 adunan kek ni. Rasanya kalau guna tepung gandum biasa pun kek ni tetap lembut.Di lain kali nak cuba guna tepung gandum dan lihat apa perbezaannya dengan guna tepung pau.



2 comments:

Azie

sedap kan kak za
kita pon dh buat sedappp...gebuss jer

hamba allah

salam

saya nk add on-memang pakai tepung pau akan buat kek marble ni gebu berban ding tepung biasa.saya dh cuba byk kali da