Wednesday, February 4, 2009

Pau Chef Li



Salam semua!!

Jemput makan pau ya. Minggu lepas, cuba resipi pau oleh Che Mat Gebu.Memang lembut dan gebu (tiada gambar). Ada banyak lebihan inti kacang merah jadi cuba pula resipi Pau Chef Li. Resipi ni guna ovalette, tu yang nak cuba. Buat separuh adunan sahaja dan dapatlah pau yang lembut seperti dalam gambar tu. Kita tengok resipinya:
Sumber : Dari Resipi.net, resipi asal oleh Chef Li

Bahan-bahan

1 kg tepung Pau (Hong Kong flour)
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalet
500 gm air

Cara Membuatnya

1.Masuk semua bahan kering dan gaul rata dalam mixer.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.Masukkan yis dan gula.
4.Masukkan shortening. Uli lembut.
5.Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti.

Peram 20 - 25 minit.
Kukus 8 - 10 minit.
* saya penaik doh macam biasa, 1 1/2 jam dan kukus 8 minit.

0 comments: