Thursday, September 3, 2009

Petua Membersihkan Siput Sedut

Mari menyental siput sedut. Sang siput ni, nak makan sekali sekala bolehlah, kolesterolnya tinggiiii!! Baru-baru ni terbaca satu petua untuk membersihkan siput sedut. Katanya, lepas dah dibersihkan siput ni, masukkan hampas kelapa dan biarkan semalaman supaya hilang bau lumpur. Selepas itu, basuh bersih sekali lagi. Cara ni dipercayai dapat melemakkan lagi rasa siput. Memandangkan memang akan guna kelapa, cuba lah petua ni.Ku sangka siput ni tak akan keluar berjalan-jalan dalam liputan hampas kelapa .. alahai..rupa-rupanya ia tetap juga nak keluar meninjau-ninjau . Siput ni tak dapat nak dibiarkan berhampas kelapa semalaman, lebih kurang 30 minit aje sebab dah terlambat masak jadi tak dapatlah nak tahu hasil sebenarnya.Mungkin lepas ni ada sesiapa boleh cuba petua ni?? Menu hari ini, siput sedut masak lemak cili api.

4 comments:

geraugebang

belum sempat masak ni lagi.Kalau boleh mintak sikit tak yah masak ek. he he he.

aza

Assalamualaikum,
Kalau tak nak siput tu merayau, dihujung besen yang digunakan letak segarisan calitan kapur makan disekeliling atas besen supaya siput tak boleh panjat keluar. Saya tengok di pasar orang yang menjual siput sedut ini buat, insyaAllah siput begitu bersopan tak keluar dari tong tersebut.

zaliana

geraugebang: hehe kalu dekat boleh main tukar pinggan, kan!!

aza: terima kasih banyak ya atas tips tu!saya dah cuba semalam, sebab ada sikt lebihan siput.memang betullah, dia tak langgar border kapur tu!! heheee