Monday, June 8, 2009

Tumis Belachan Puteh Udang Hidup

Salam

Bila 'berhadapan' dengan udang ni semalam, rasa dah takde idea nak masak apa. Teringat pula nak cuba resipi ni, dari sebuah buku resipi lama, Medan Selera. Resipi oleh Allahyarham Hj Ahmad bin Yaakub, (semoga perkongsian ilmu masakan ini menjadi amal kebajikan yang berpanjangan). Lihat saja pada ejaan di atas, ejaan lama. Menurut buku ni,lauk ni masakan Johor, dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak. Sedap lauk ni, semua makan dengan berselera. Kita lihat resipinya:

Persedian dan rempah-rempahnya:

600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

4 comments:

blogresipi

Nampak sedap betul udang ni... cara masak dia pun lain sikit ek... ada pulak belimbing buluh tu..adusss

Ummi Wafa (UW)

nak try laa.. mcm best jer.. kalulah kat yanbu ni ada belimbing buluh.. mesti sodap. ket mano lah nak cari ni. kalu ganti ngan buah tomato ok tak?

Anak-Anak Nazri

zaaa!!!! yum..yum..huhu..acik chah dah la tengah diet ni...

zaliana

Blogresipi:
ha'ah..style lama ni :D cubalah ya!!

Wafa: kak za rasa bulih kot boh tamoto..rasa masam2 jugak kan :D

Anak-anak Nazri:
Acik! diet lah pulak..ni baper kilo dah turun ni??? hehehe