Wednesday, September 16, 2009

Kuih Raya 2009



Salam aidilfitri untuk semua rakan-rakan siber. Semoga syawal ini dapat diraikan dalam kesyukuran dan kemeriahan!Mohon maaf ya jika ada di antara entri sebelum ni ada yang tersilap kata. Jemputlah menjamu mata dengan kuih raya yang tak seberapa ni.(Sebenarnya belum habis baking lagi ni!) .

Cookies canister di bawah ni baru saja siap disulam riben malam tadi, untuk bonda tercinta. Pinjam buat posing kejap ya ma!!Rakan2 RE buat balang kuih yang cantik-cantik, tu yang teringin nak buat juge *_*.






ops..ops siaran tergendala.. :P
nanti senang update balik!

updated on 2/10/2009

nampak tak 3 balang paling hadapan tu? itulah 3 rupa biskut raya..3 sahaja ya puan-puan..selebihnya tu isi biskut raya orang lain..ehehehee

Kad Raya

Kad raya dari Kak Zai
Kad raya dari Aisha
Kad raya dari Cikwan

Kad dari kak Inahar






Kemeriahan sambutan raya di alam maya dirasakan dengan kad-kad virtual dari kawan-kawan. Terima aksih semua ya, tak sempat nak 'cetak' kad sendiri sebab banyak betul kerja kena siapkan, sebelum balik kampung pagi esok. Sekarang ni pun masih mem'baking' lagi..
kita ambil dari rumah ke rumah ya...

Friday, September 11, 2009

Ketam Bersos Lada Hitam



Lauk semalam ni, resipi dari Majalah Rasa, edisi Enaknya Makanan Laut...Waktu snap gambar..sungguhla mengelodak tali perut! Memang dendam terlerailah bila masa berbuka tu!! hehe ...Takyah renung lama-lamalah time posa ni..tengok resipinya je, ya!!!

Bahan-bahan

2 ekor ketam
20 gram lada hitam-ditumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
2 cm halia-dikisar
2 sudu makan sos tiram
20 gm batang daun ketumbar-dicincang
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:
1.Rebus ketam seketika (tak rebus pun-masak terus)
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan
3.Masukkan lada hitam dan sedikit air.Biarkan mendidih.
4.Tuangkan sedikit sos tiram.Gaulkan rata.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6.Masukkan ketam dan gaul rata.
7.ANgkat dan taburkan dengan batang daun ketumbar.

Kad raya Mizan



Kad raya dari Mizan..baru je dia mai hantar tadi..terimakasih! terima kasih!! kad aje ke Mizan..kuih raya ngan duit rayanyer mane??


Ohh..kalau nak kuih raya..kena datang rumah Mizan! ok lah..oklah!! hehehe

Puding Karamel


Puding karamel-pencucui mulut bila entah ni..lupo dahh..ringkas saja ni. Rasa kurang manis sikit..(ye ke tak manis..ok dah tu...maklumler ore kelate...kuihnya nak kena maniiis :D ) tak berapa nak ingat resipinya..agak-agak ajelah..sebab masa tu..lagi 25 minit nak buka puasa..segan dah nak minta talian hayat bondaku..atau rescue dari alam siber..tapi tak apolah...kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyumannn, kan!!

Bahan-bahan
-untuk saiz loyang kecil

Gula hangus
2 sudu besar gula- masukkan ke dalam loyang dan panaskan di atas api perlahan hingga cair.

Puding
5 biji telur
5 sudu teh gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
-kacau semua bahan, tapis dan tuang ke dlaam loyang berisi gula hangus
-kukus selama 15 minit
-sedia dihidang

Saturday, September 5, 2009

Kacang Kuda Rebus



Tak tahulah kenapa tetiba aje nak makan kacang kuda rebus. Tak buat kuih lain lah semalam, cuma goreng karipap frozen dan rebus kacang kuda. Mula-mula rendam kacang tu sampai kembang, lepas tu rebus dalam api perlahan.Bila dah empuk,tambah garam dan sedikit gula. Tiba waktu berbuka..dah boleh makan....

Siput Goreng Ala Kampung


Salam ramadhan

Ada sesiapa lihat rancangan masakan di TV1 semalam? Dato' Siti Nurhaliza ada tunjukkan resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api . Kelainannya, dia masukkan sedikit kerisik. Dah buat dah siput sedut masak lemak cili api kelmarin, kali ni cuma nak habiskan lebihan siput yang tak habis sikit lagi tu.Ok,cuba pulak resipi Siput Goreng Ala Kampung, dari Majalah Rasa..Sedap juga masak cara ni.Daun kunyit tak ada pulak, tukar kepada daun kaduk..ok lah tu kan, sesuai dengan tema ala kampung. Tak banyak pun siput yang ada, lebih kurang 2 cawan aje., adjust aje lah.. Berikut resipi asal:

Bahan-bahan

1kg siput sedut
Bahan dikisar:
*10 batang cili kering
*4 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*2cm halia

2 batang serai-hiris halus
1 helai daun kunyit-hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh gula pasir
air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1.Potong hujung siput sedut dan cuci bersih.Tos dan ketepikan.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan dikisar sehingga garing.
3.Kemudian masukkan siput sedut, serbuk kunyit,garam,gula,air asam jawa,serai dan air.
4.Masak sehingga kuah menjadi pekat dan kemudian taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
5.Sedia untuk dihidang.

Friday, September 4, 2009

Pulut Kacang Hijau


Sekali pandang, kuih ni macam buah oren, kan? Resipi dari Negara Thai ni nampak menarik untuk dicuba. Dah lama teringin nak buat,cuma baru hari ni sampai seru. Rupa menarik,macam mana pula rasanya? Rasanya macam makan kuih koci dengan tambahan kuah santan. Resipi asal dari Majalah Rasa, Edisi Serba Serbi Masakan Siam, April 2008. Sukatannya telah diubah suai mengikut kadar keperluan isi rumah.


Bahan-bahan : Untuk 11 biji

Adunan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
1/2 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan Inti
1 tin kacang pis(saiz 425 gram) -buangkan airnya dan kisar
4 sudu besar gula
25 gram tepung gandum
-Kesemua bahan ini dicampur,masak sekali sehingga kering dan menjadi satu adunan.

Bahan kuah
250 ml santan
3 sudu makan tepung beras
secubit garam
-kesemua bahan ini dimasak sehingga pekat


Cara memasak
1.Campurkan tepung pulut,air dan pewarna kuning.Uli sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
2.Ambil sedikit adunan tadi,letakkan inti ke atasnya dan balut menjadi bulat .
3.Masukkan ke dalam acuan lompang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.Kukus selama 7 minit.
4.Angkat dan hidangkan bersama kuah.

Thursday, September 3, 2009

Classic Lasagne


Classic Essential Pasta..itulah buku resipi mengenai pasta yang saya beli, kira-kira 3 tahun lalu. Dari situ, saya belajar menyediakan lasagna. Setelah mencuba, tentu kita tidak lagi terlalu bergantung kepada resipi asal dan telah dapat mengagak bahan dan kuantiti yang digunakan, bukan? Resipi lasagna, ada disini sebelum ini. Resipi asal Classic Lasagne ada menggunakan 150 gram hati ayam dan pastinya mereka letak wine (gantikan dengan air+ 1 kiub ayam). Sedap agaknya kalau letak hati ayam? Mungkin satu hari nanti boleh cuba. Lasagna ini, disediakan untuk sahur kelmarin, sebagai memenuhi permintaan warga rumah.(ada ke perkataan 'warga rumah'?)

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak
30 gram mentega
1 biji bawang besar-cincang halus
1 biji lobak merah- disagat
1 batang daun seleri-dicincang
500 gram daging cincang
1 cawan tomato puree
4 biji tomato-dipotong dadu
1 cawan air+ 1 kiub ayam
10 kepingan lasagna segera (instant)
1 cawan keju mozarella

Be'chamel Sauce
60 g mentega
1/3 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu
garam dan serbuk lada hitam
1/2 sudu teh mixed herbs
1/3 cawan keju mozarella

Cara-cara

Panaskan minyak dan mentega.Masukkan bawang,lobak merah,daun seleri, kacau sekali sekala sehingga lembut.Kemudianmasukkan daging,biarsehingga daging masak Masukkan tomato puri,tomato,air,garam,mixed herbs dan serbuk lada hitam.Tutup periuk dan biarkan merenih,kemudian ketepikan.

Bechamel sauce
Panaskan mentega,masukkan susu ,tepung gandum,garam dan serbuk lada hitam.Kacau dalam api sederhana,sehingga pekat.kemudian amsukkan keju mozarella,biar sehingga cair.

Menggunakan sebuah bekas tahan panas, sapu mentega pada permukaan bekas. Kemudian ratakan sos tomato, kemudian susun 2 baris kepingan lasagna.Sapukan sos tomato,diikuti bechamel sos ke atasnya.Ulang sehingga lapis yang kelima. Kemudian diakhiri dengan sos tomato,sos bechamel dan keju mozarella. Sekiranya sos bechamel menjadi terlalu pekat, panaskan semula,campurkan sedikit air ke dalamnya, dan kacau .Ini supaya ia mudah disapu .Pastikan setiap lapis lasagna dilitupi sos supaya masak sempurna.Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan,bakar selama 45 minit atau sehingga lapisan lasagna masak. Biarkan seketika sebelum dipotong.

Petua Membersihkan Siput Sedut



Mari menyental siput sedut. Sang siput ni, nak makan sekali sekala bolehlah, kolesterolnya tinggiiii!! Baru-baru ni terbaca satu petua untuk membersihkan siput sedut. Katanya, lepas dah dibersihkan siput ni, masukkan hampas kelapa dan biarkan semalaman supaya hilang bau lumpur. Selepas itu, basuh bersih sekali lagi. Cara ni dipercayai dapat melemakkan lagi rasa siput. Memandangkan memang akan guna kelapa, cuba lah petua ni.Ku sangka siput ni tak akan keluar berjalan-jalan dalam liputan hampas kelapa .. alahai..rupa-rupanya ia tetap juga nak keluar meninjau-ninjau . Siput ni tak dapat nak dibiarkan berhampas kelapa semalaman, lebih kurang 30 minit aje sebab dah terlambat masak jadi tak dapatlah nak tahu hasil sebenarnya.Mungkin lepas ni ada sesiapa boleh cuba petua ni?? Menu hari ini, siput sedut masak lemak cili api.

Wednesday, September 2, 2009

Kuih Tepung Bungkus




Kuih tepung bungkus ni..terhasil selepas dapat talian hayat dari ibunda :D. Berbanyak-banyak terima kasih atas tunjuk ajar! Sememangnya, bulan puasa adalah masa terbaik untuk belajar masak kuih tradisi ( kenyataan ni terpakai untuk saya) sebab pada masa ni lah teringat nak makan macam-macam kuih lama. Mari membungkus tepung...

Bahan-bahan
Untuk 12 biji tepung bungkus

Kepala santan
Daun pisang secukupnya-dibersihkan dan layur di atas api seketika
1 biji kelapa parut
1 cawan tepung beras
sedikit garam

-perah kelapa parut, dapatkan 3 cawan santan. Jika menggunakan santan segar, campurkan 2 cawan santan segar + 1 cawan air
-campurkan santan dengan tepung beras dan garam,kacau sebati dan masak sehingga pekat di atas api.

Doh tepung pulut
-1 cawan tepung pulut
-air secukupnya
-Uli tepung pulut dengan air.Tambahkan air sedikit demi seidkit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada bekas.

Inti
2 cawan kelapa parut -putih
1 keping gula melaka
1 sudu besar tepung pulut
sedikit air
-Masak gula melaka dengan air sehingga gula melaka hancur
-Kemudian masukkan kelapa parut, kacau hingga ia masak dan boleh dijemput.Masukkan tepung pulut dan kacau seketika.Setelah ia mesra, bolehlah ditutup api.Pastikan intinya sejuk dahulu sebelum dibalut dengan bahagian doh tepung pulut agar tidak mudah terburai.
-Bulat-bulatkan inti,kemudian balut inti dengan doh tepung pulut seperti cara membuat buah melaka.



Cara-cara membungkus

1.Potong daun pisang, letakkan 2 sudu besar kepala santan
2.Letakkan 2 biji inti inti, kemudian letakkan sedikit lagi kepala santan ke atasnya.
3.Kemudian bungkus daun pisang dengan rapi,lipatkan pada kedua-dua hujungnya.
Ulang sehingga habis adunan.
4.Didihkan air dalam pengukus sehingga mendidih,kemudian kukus kuih selama kira-kira 15 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

Tuesday, September 1, 2009

Pecal Jawa Asli


Walaupun bukan berdarah jawa, suka sangat makan pecal. Sedapnya makan sayur-sayur begini! Sebelum ada yang bertanya resipi kuahnya, baik saya beritahu awal-awal lagi..yang ni kuahnya pakai yang ready made! Tapi yang ni perencah yang paling sedap pernah saya beli. Mari lihat bahan-bahan pada pek nya: Kacang tanah, cili api, bawang putih, asam jawa,cekur,garam,gula melaka dan daun limau purut. Lepas ni nak letak daun limau purut jugaklah bila buat sendiri kuahnya.

Conney Dog dan Sup Makaroni


Menu anak-anak di bulan puasa.. yang memasaknya telan air liur jugak..heheeee. Semalam, mencuba resipi coney dog, dari Fida. Untuk Fida, terima kasih untuk resipi ni! Sebelum ni kan, tak pernah makan conney dog..kesian, kannn!! Komen dari pelanggan tetap .."mama...sedap!!"

Sup makaroni ni pula untuk si adik.