Friday, September 4, 2009

Pulut Kacang Hijau


Sekali pandang, kuih ni macam buah oren, kan? Resipi dari Negara Thai ni nampak menarik untuk dicuba. Dah lama teringin nak buat,cuma baru hari ni sampai seru. Rupa menarik,macam mana pula rasanya? Rasanya macam makan kuih koci dengan tambahan kuah santan. Resipi asal dari Majalah Rasa, Edisi Serba Serbi Masakan Siam, April 2008. Sukatannya telah diubah suai mengikut kadar keperluan isi rumah.


Bahan-bahan : Untuk 11 biji

Adunan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
1/2 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan Inti
1 tin kacang pis(saiz 425 gram) -buangkan airnya dan kisar
4 sudu besar gula
25 gram tepung gandum
-Kesemua bahan ini dicampur,masak sekali sehingga kering dan menjadi satu adunan.

Bahan kuah
250 ml santan
3 sudu makan tepung beras
secubit garam
-kesemua bahan ini dimasak sehingga pekat


Cara memasak
1.Campurkan tepung pulut,air dan pewarna kuning.Uli sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
2.Ambil sedikit adunan tadi,letakkan inti ke atasnya dan balut menjadi bulat .
3.Masukkan ke dalam acuan lompang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.Kukus selama 7 minit.
4.Angkat dan hidangkan bersama kuah.

4 comments:

geraugebang

cantiknya. Cantik sangat dan nampak cute. Tapi kalau ganti inti dalam tu ngan lain ok tak gaknya. tak suka kacang peas la pulak. macam mana ni.

Madam Lilly

sebiji cam dlm buku tu...baru smlm membelek buku2 resepi koleksi, pikir nak masak apa , cari2 resepi kuih raya ......

CatlinaFly

dtg bwk palstik nak tapau kuih nih! hehehehe..

zaliana

geraugebang: saya rasa kan..kalu guna inti kacang merah lagi sedap lah..inti kelapa pon ok, sebab saya dah cuba jugak dengan inti kelapa..kebetulan ada lebih inti kelapa buat tepung bungkus..gerau gebang boleh cuba ya!!

madam lily: hehe memang saya tiru kat buku tu,menjadik,kan!!!