Showing posts with label Masakan Thai. Show all posts
Showing posts with label Masakan Thai. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Sangkaya Fakthong -Thai Custard Pumpkin



Salam!

Hari ini, saya tiada kek untuk dikongsi dengan anda semua..cuma ada sebiji labu yang boleh dikongsi rasa sikit sorang. Ini dia, Labu Berkastad atau nama siamnya Sangkaya Fakthong. Resipinya ambil dari sawadee.com.

Kisahnya..mak saya minta carikan resipi ni di internet sebab dia nak buat. Katanya sekarang ni harga labu murah-murah..seringgit dapat satu plastik. Resipinya dia ingat-ingat lupa dan tak rajin nak selongkar balik buku2 resipinya tu. Dengan sikit panduan dari dia, saya jumpalah resipi ni. Mak saya bagi feedback yang baik, buat saya pun nak cuba jugak.Kita tengok hasilnya...



Rasanya betul2 sedap!Macam makan puding karamel..dengan gabungan labu tu rasanya lebih istimewa, tambah2 lagi dimakan sejuk.. siapa nak cuba boleh google resipinya cari kat mana2 pun resipinya sama aje..di recipezaar dan kebanyaan website letak resipi yang sama..cuma saya lebihkan gula supaya seimbang dengan labu yang tawar tu, dan letak sedikit pewarna kuning.

berikut resipinya yang telah diolah

Bahan-bahan:

Sebiji labu saiz kecil
5 biji telur (saya pakai 4 biji saiz A)
75 gram gula (saya letak 170 gram)
secubit garam
250 ml santan pekat
sedikit pewarna kuning ( ni saya tambah sebagai penyeri)

cara-cara

1.Tebuk bahagian atas labu dengan pisau secara membulat. Bersihkan, buangkan biji dan sabutnya .(tolong! tak tahu apa ganti perkataan 'pulp')


2. Dalam sebuah mangkuk,masukkan telur,santan,gula,garam dan pewarna kuning.Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan ke dalam labu tadi dan kukus dalam pengukus sehingga masak. Masa mengukus bergantung kepada saiz labu dan saiz pengukus. Cucuk bahagian dalam kastad untuk pastikan ia telah masak sepenuhnya sebelum api ditutup. Tangkainya tadi juga boleh dikukus sekali, jangan tutup bahagian atas labu, letak saja dalam pengukus)
4.Sejukkan dahulu.Jika labu besar, biarkan ia sejuk dahulu dan jangan diangkat, kemungkinan ia boleh pecah. Kemudian bolehlah didinginkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Nota kaki
-saya kukus lama...dua jam lebih sebab labu agak besar (sebesar pinggan kuih 10")..labunya masak cepat aje, cuma kastad dalamnya tu lambat betul nak keras .Jika guna labu kecil, pakai kurang dari separuh adunan telur dan masa mengukusnya sekejap saja. Resipi asal sarankan kukus selama 20 minit.
-masa nak beli labu pastikan ia muat dengan saiz pengukus anda..kalau tak muat nanti kenalah pikir alternatif lain mcm yang saya terpaksa buat! hehehe
-kalau anda perasan, labu saya berikat reben hijau..hehe jangan pelik,sebenarnya labu tu ada sikit retak lepas kukus..mungkin sebab saya kukus lama sangat, sampai kering airnya.Jadi mak suruh saya ikat reben supaya bentuknya maintain comel sebelum dipotong..kalau nak tahu..untuk pastikan saya dilandasan yang betul..dia pantau sepanjang saya kukus cik labu ni!!kejap2 dia call nak tanya jadi ke dak..akhirnya dah menjadi wahai ibundakuuu!! hihi


langkah demi langkah..macam mana saya habiskan sepotong kuih labu ni sekejap aje!!!!
enjoyyy

Friday, September 11, 2009

Ketam Bersos Lada Hitam



Lauk semalam ni, resipi dari Majalah Rasa, edisi Enaknya Makanan Laut...Waktu snap gambar..sungguhla mengelodak tali perut! Memang dendam terlerailah bila masa berbuka tu!! hehe ...Takyah renung lama-lamalah time posa ni..tengok resipinya je, ya!!!

Bahan-bahan

2 ekor ketam
20 gram lada hitam-ditumbuk hingga lumat
3 ulas bawang putih-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
2 cm halia-dikisar
2 sudu makan sos tiram
20 gm batang daun ketumbar-dicincang
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:
1.Rebus ketam seketika (tak rebus pun-masak terus)
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan
3.Masukkan lada hitam dan sedikit air.Biarkan mendidih.
4.Tuangkan sedikit sos tiram.Gaulkan rata.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6.Masukkan ketam dan gaul rata.
7.ANgkat dan taburkan dengan batang daun ketumbar.

Sunday, June 1, 2008

Sireh Kaduk

Sireh Kaduk merupakan kudapan masyarakat Thai. Di Thailand, ia kenali sebagai Miaeng Kam . Miaeng Kam dimakan sebagai pembuka selera dan kudapan ketika santai. Daun kaduk segar,iaitu bahan utama dimakan bersama cili padi,udang kering,bawang putih,halia,kelapa,kacang tanah,manisan dan beberapa ramuan lain. Cara memakannya ialah dengan melipatkan daun kaduk menjadi kelonsong dan memasukkan bahan-bahan inti kedalamnya, dan terus dikunyah. Campuran bahan-bahan yang pedas,manis,lemak,masam dan masin ini bergabung di dalam mulut dan rasanya sedap bagi yang menggemari ulam.



Bagi keluarga saya, makanan ini sangat popular semasa bulan ramadhan. Ia dimakan beramai-ramai selepas menunaikan solat tarawih.Lebih ramai, lebih seronok kerana masing-masing akan melipat dan mencampurkan sendiri bahan-bahan sampingan, mengikut citarasa sendiri.Kalau terlebih letak cili padi,pedaslah!!

Di negara kita, hidangan ini boleh di dapati di restoran makanan Thai. Jika anda menunjungi negeri Kelantan, ia ada di jual di Pasar Siti Khatijah, ia dibungkus didalam bekas polisterin dan harganya lebih murah. Saya sangat sukakan kudapan ini dan pasti beli kalau terjumpa.


Masyarakat Thai menggunakan isi kelapa yang dihiris halus, panjang dan di bakar sebagai ramuan sireh. Disini saya tukarkan dengan kelapa parut yang telah disangai. (Sebab susah juga nak menghiris isi kelapa ).

Bahan-bahan
(Seperti didalam gambar, bermula dengan yang paling atas, dari kiri)

1. 1 cawan Kelapa parut yang telah di sangai
2. 1 cawan Kacang tanah (dipanggang)
3. 1 cawan Udang kering- basuh bersih dan goreng tanpa minyak seketika
4. Sos- campuran gula melaka, air, garam dan sedikit sos ikan
5. 3 biji Limau nipis-buangkan kulit dan isinya di potong dadu
6. 5 biji Bawang putih-dihiris dan potong dadu
7. 5 biji Cili padi-dihiris
8. 2 inci Halis-dihiris halus
9. 30 helai Daun kaduk -basuh bersih dan dilap kering

cara penyediaan:
Sediakan semua bahan-bahan di atas dan letakkan de dalam bekas.
Untuk penyediaan air gula, masak 2 keping gula melaka bersama air.Masukkan garam secukup rasa dan sos ikan (jika suka) Boleh juga masukkan sedikit udang geragau.Kacau hingga masak.
#Orang Thai meletakkan memasukkan sedikit kelapa parut yang telah disangai ke dalam sos.Saya abaikan sebab kelapa parut goreng sudah termasuk dalam ramuan di atas.



Cara makan:
1. Ambil sehelai daun kaduk,lipat daun menjadi kelongsong.
2. Masukkan semua bahan-bahan- letakkan serba sedikit
3. Akhir sekali tuangkan sos dan bolehlah dimakan segera.
4. Kunyah perlahan-lahan supaya semua bahan bergabung di dalam mulut dan disitulah rasa sedapnya akan terhasil!

- saya jumpa daun kaduk semasa pergi ke pasar pagi tadi. Bimbang tersalah beli, saya tanyakan dulu penjual disitu samada ini daun kaduk atau daun sireh. Sebab pernah sebelum ini, saya tersilap beli daun sireh!!