Friday, June 26, 2009

Bun

Bun dalam gaya muffin


Bahan-bahan

125 ml susu segar
275 gram tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera
25 gram telur
30 gram mentega
40 gram gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan campuran kismis,kurma dan kekacang
-tambahan campuran kismis,kurma dan kekacang sebagai topping
-lebihan dari telur sebagai glaze

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam bread maker.
2. Setelah adunan menjadi licin dan tidak melekat-lebih kurang selepas 15 minit, masukkan campuran kurma, kismis dan kekacang ke dalam breadmaker.
3.Biarkan sehingga doh siap. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150-180 darjah.Bentukkandoh menjadi bulat, masukkan ke dalam muffin cup-separuh dari bahagian cup.Tambah sedikit lagi campuran buah kismis dan kekacang diatasnya.Rehatkan doh sehingga ia naik. Sapukan sedikit telur ke atasnya.
4. Kemudian, bolehlah dibakar sehingga masak. Sapukan mentega ke atasnya, dan bolehlah dihidangkan.

Resipi yang sama, tanpa kehadiran campuran kismis dan kekacang

Wednesday, June 24, 2009

Dan pemenangnya ialah


Bekas Pensil Warna!!!

Terima kasih ya kepada kawan-kawan yang sudi memberi jawapan kepada soalan di posting sebelum ini. Dari segi fungsi, rasanya hampir semua dapat menjawabnya dengan betul.Jawapannya ialah BEKAS PENSIL WARNA. Kak Nor, Ciktie, Kak Masz, Kak E telah menjawab dengan tepat.Tapi ikut syarat uatama: yang pertama menjawab dengan tepat kan.Maka pemenangnya ialah KAK NOR. TAHNIAH !!!(pandainyer dia, cepat dan tangkas...nanti tinggalkan alamat di email @ private message ye :D )

Memandangkan Kak Nor takde anak2 kecil yang masih menggunakan pensil warna, (kalu nak tunggu cucu kena tunggu yang dok oversea tu balik kawin dulu..lambatla boleh guna, kan!!). Kak Nor bolehla pelbagaikan kegunaannya seperti yang dicadangkan oleh Ana, Esca, Kak Umie E dan Kuazue-letak pisau, flower tools, chopstick dan lain-lain. Takpa, nanti za panjangkan sikit kainnya tu agar dapat menutup kepala sudu tu, untuk memudahkan Kak Nor isi sudu, senang nak bawa pergi picnic kat Batu Buruk nanti!! :D

Kepada semua kawan yang telah meneka, terima kasih, nanti lain kali Za buat give away lain pulak ye!!

Apakah ini?


Cuba teka, apakah benda dalam gambar ini? Yang pertama meneka dengan betul akan menerima 1 unit 'benda' ini. Cepat cepat teka!! Sapa teka betul dia dapat!! Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan comment ya! Semua boleh joint, tak kira blogger atau bukan blogger. Uih seronok rupanya buat orang tertanya-tanya ni.. :D

Tuesday, June 16, 2009

Kek Lobak Merah Bermadu


Kek Lobak Merah Bermadu...sedap!


Sumber resipi: Majalah Jelita, April 1991

Resipi dibawah adalah separuh dari resipi asal

Bahan-bahan
4 biji telur
3/4 cawan minyak sayur
350 gm gula (saya kurangkan kepada 300 gm)
50 gm madu lebah
1.5 gm garam
256 gm tepung roti (pakai tepung gandum biasa saja)
7.5 gm serbuk kayu manis (tak letak)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
455 gm parutan lobak merah
70 gm kacang walnat cincang (pakai biji aprikot)

Bahan bahan krim keju

50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising
1 camca teh esen vanilla

Hiasan (yang ni tak buat, letak biji aprikot saja )
200 gm marzipan
200 gm kacang hazel bakar, dicincang halus
sedikir pewarna merah dan kuning


Cara membuatnya:
1. Telur dipukul hingga kembang.Perlahan lahan campurkan minyak sayur, kacau rata.
2. Masukkan gula dan garam, pukul.
3. Ayak semua bahan kering.Gau rata dahulu baru dimasukkan ke dalam adunan telur.
4. Masukkan lobak merah,madu lebah dan walnat, kacau.
5.Tuangkan ke dalam tin pembakar,bakar menggunakan kepnasan 180 darjah.

Cara menhiasnya:
1.Potong kek lobak merah tiga lapis
2.Sapukan krim keju pada setiap lapis.Susun kek menjadi 3 tingkat.
3.Kemudian sapu lebihan krim apda keseluruhan kek.
4.Tabur kacang hazel disekeliling kek.
5.Campur pewarna merah dan kuning ke dalam marzipan dan bentukkan sebatang lobak kecil.Kemudian hias lobak kecil tadi pada kek.

Friday, June 12, 2009

Pulut Pagi


Pulut Pagi ni sarapan kami hari ini..Memang suka sangat makan pulut ni, ayah bonda juga dah sedia maklum akan apa yang anaknya yang sorang ni akan cari pagi-pagi jika balik kampung. Pulut pagi ni senang didapati di gerai makan dan kebiasaannya dibungkus dengan daun pisang.Kadang kala jika beli, kita akan dapati ada yang letak kacang di dalamnya( tak tau pula apa nama kacang tu ) . Bila pagi-pagi lagi dah makan pulut, tahu sajalah ya penangannya bisa buat mata layu dan mengantuk .Ringkas saja cara penyediaannya, tiada sukatan standard,kita letak cara penyediaannya saja .

Cara

-Basuh bersih beras pulut, letakkan sedikit air dan kukus sehingga masak.
-Apabila pulut telah masak, masukkan beberapa keping gula melaka yang telah dipatah-patahkan. Jika letak banyak, pulut akan rasa lebih manis dan warnanya juga lebih gelap.Kacau sedikit dan kukus lagi sehingga gula melaka tadi cair.
-Kemudian kacau sehingga gula sekata dengan pulut, dan kukus lagi seketika sehingga pulut 'mesra'
-Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
-

Wednesday, June 10, 2009

Mufin Mangga Sedap



Salam! Hidangan minum petang ini, Muffin Mangga Sedap, resipi dari Nestle. Sepatutnya muffin ni jadi seperti gambar background tu, naik membukit. Tapi bila dah disejukkan ia menurun pula.Mungkin adunan ni jadi agak berat sebab gantikan mangga kering dengan mangga segar.Mungkin juga ada silap teknikal kat mana-mana.Ia jadi muffin yang lembap.Tapi rasanya ok, sesedap namanya juga . Buat 1/2 dari adunan, adapatlah 10 biji muffin.Resipi ada di background tu, tapi tak berapa jelas. Salinannya seperti di bawah.

Bahan-bahan: untuk 20 biji muffin

1 cawan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle
150 g mangga kering, cincang halus
250 g tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
150 g mentega atau marjerin
100 g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 ml susu rendah lemak Nestle
-2 sudu besar kordial minuman buah markisa-ni tambah sendiri

Cara

1. Campurkan Yogurt Mangga Tanpa Lemak Nestle dan mangga kering di dalam mangkuk.Tutup mangkuk dan biarkan selama 30 minit-(langkah ni skip sebab pakai mangga segar, masukkan mangga pada langkah ke 5)
2. Ayak tepung naik sendiri,soda bikarbonat dan garam dan ketepikan.
3.Putar mentega dan gula sehingga gebu.
4.Masukkan telur satu demi satu.Pukul rata setiap kali.
5.Masukkan esen vanilla dan campuran yogurt.Sudukan tepung berselang seli dengan susu. Gal rata.
6. Ceduk sama rata campuran ke dalam tin pembakar bergris sehingga 3/4 penuh.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 15-20 minit atau sehingga kuning keperangan.Keluarkan dari ketuhar.Sejukkan di atas rak dawai.

Monday, June 8, 2009

Tumis Belachan Puteh Udang Hidup

Salam

Bila 'berhadapan' dengan udang ni semalam, rasa dah takde idea nak masak apa. Teringat pula nak cuba resipi ni, dari sebuah buku resipi lama, Medan Selera. Resipi oleh Allahyarham Hj Ahmad bin Yaakub, (semoga perkongsian ilmu masakan ini menjadi amal kebajikan yang berpanjangan). Lihat saja pada ejaan di atas, ejaan lama. Menurut buku ni,lauk ni masakan Johor, dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak. Sedap lauk ni, semua makan dengan berselera. Kita lihat resipinya:

Persedian dan rempah-rempahnya:

600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

Puding Soya




Sudah dua kali beli soya dalam kotak untuk cuba buat puding soya Bean, resipi Kak Fida di Myresipi . Resipi Puding Soya Bean, ada disini . Dua kali beli, dua kali air soya tu habis diminum begitu saja, tak sempat nak buat puding :D. Jadi,berbekalkan sedikit kerajinan, buat sendiri air soya tu untuk dijadikan puding. Betullah, rasa macam makan taufu fa, cuma yang ni bila makan tak ada bau gypsum powder seperti tau fuu faa.

Tag dari Aida










Terma-terma :


1 - Copy 2 badge AWARD di atas dan letakkan di blog anda.

DONE !!!


2 - Link / ceritakan kembali siapa yang anugerahkan award ini kepada anda.


Award ni diberi oleh Adianiez, seorang classmate kat Art of Needlework. Terima kaish kerana sudi panjangkan award ni, beserta tagnya ya!


3 - Perlu nyatakan 10 fakta / hobi berkaitan diri sendiri.

Saya cuba tulis sampai sepuluh ya Aida..sebab tak de idea nak tulis apa..sebelum ni dah pernah jawab tag tentang diri ni..


1. Sangat suka memasak, tapi tak bermakna 24-7 dok pikir nak memasak aje..saya memasak apa yang saya suka, pada masa yang saya suka.Sekarang ni tak dapat nak lama2 sgt kat dapur, sebab si kecil tu selalu nakkan perhatian,kalau tak didukung, nak kena tengok selalu sbb suka meneroka rumah dan makan apa2 saja yang ditemuinya.

2. Suka juga berblog, baca kisah rakan-rakan blogger dan dapat pelbagai info dari mereka. Eh,rasanya lebih banyak tahu tentang rakan di alam siber ni berbanding jiran sebelah rumah ni lah :P

3. Watak kartun yang paling disukai-Winnie the Pooh.sekarang ni tengok macam2 kartun dah..sebab joint anak tengok tv .

4. sangat suka makan coklat, mesti yang ada badam..suka suka sukaaaa sangat

5. Berkahwin pada umur 25 tahun.

6. pendidikan- Bac Degree in Accountancy,UUM & Masters Degree in Bus Admin, UiTM

7. Dah signed kontrak seumur hidup sbg Exec Chef-kat rumah ni..heheee saya fulltime housewife skrg ni

8.Sekarang suka buat sulaman riben, tiap2 hari mesti nak buat..dpt buat sekuntum bunga pun jadilah.Juga belajar buat projek jahitan yang kecil2 dan simple.

9.Sangat berharap agar dpt didik anak2 menjadi insan yang baik dan cemerlang

10. Seorang yang sangat simple, ataupun masuk kategori selebet lah kot.Sebab tepek bedak Johnson aje, dah boleh jalan merata...saya pun tak tahulah, kat mana lisptick 'terbaru' yang saya beli 3 tahun lepas saya letak kat mana :P
nanti kalau nak kerja balik dan nak pergi interview, saya carik balik!!!
(anda dah boleh bayangkan saya jenis org macam mana kan..comot )

4.
Perlu pilih 6 penerima award dan nyatakan nama mereka di blog.
nanti saya tuliskan kemudian ya

5 - Lawati la blog mereka dan tinggalkan komen / mesej yang bertulis - "Anda telah di tag - sila layari blog saya untuk terima award anda..."
yang ni nanti ya!!

Tuesday, June 2, 2009

Colek Ikan Tenggiri

Masih lagi teringat, kali pertama merasa masakan ini ialah pada hari kenduri menyambut menantu di rumah keluarga mertua. Walaupun berasal dari negeri yang sama, tak pernah makan lauk ni. Tambahan pula, jarang rasanya lauk ikan dengan air asam dan belacan dihidangkan pada hari kenduri kawin. Bila dah makan, rasa macam sedap pula. Hilang rasa muak dengan menu gulai daging seperti kebiasaannya. Memang boleh membuka selera, bak kata orang,mertua lalu pun boleh tak sedar. Err..bayangkan macammana pengantin menyingsing lengan baju makan lauk ni dalam majlis makan beradap! [tiada majlis makan beradap yang formal, saya makan dengan tangan, sambil bersimpuh,okeh] Eehehe ..yang lepas jangan dikenang.. Resipinya, pernah letak di myresipi sebelum ini. Tak boleh nak access pula laman myresipi tu sekarang.Nantilah lain kali 'copy & paste' kat sini. Dalam resipi disitu, saya gunakan daun ketumbar. Selalunya gantikan dengan daun limau purut,seperti di atas sebab lebih senang didapati dan sukakan baunya yang wangi, meredakan sedikit bau belacan tu .