Tag dari Aida
Terma-terma :
1 - Copy 2 badge AWARD di atas dan letakkan di blog anda.
DONE !!!
2 - Link / ceritakan kembali siapa yang anugerahkan award ini kepada anda.
Award ni diberi oleh Adianiez, seorang classmate kat Art of Needlework. Terima kaish kerana sudi panjangkan award ni, beserta tagnya ya!
3 - Perlu nyatakan 10 fakta / hobi berkaitan diri sendiri.
Saya cuba tulis sampai sepuluh ya Aida..sebab tak de idea nak tulis apa..sebelum ni dah pernah jawab tag tentang diri ni..
1. Sangat suka memasak, tapi tak bermakna 24-7 dok pikir nak memasak aje..saya memasak apa yang saya suka, pada masa yang saya suka.Sekarang ni tak dapat nak lama2 sgt kat dapur, sebab si kecil tu selalu nakkan perhatian,kalau tak didukung, nak kena tengok selalu sbb suka meneroka rumah dan makan apa2 saja yang ditemuinya.
2. Suka juga berblog, baca kisah rakan-rakan blogger dan dapat pelbagai info dari mereka. Eh,rasanya lebih banyak tahu tentang rakan di alam siber ni berbanding jiran sebelah rumah ni lah :P
3. Watak kartun yang paling disukai-Winnie the Pooh.sekarang ni tengok macam2 kartun dah..sebab joint anak tengok tv .
4. sangat suka makan coklat, mesti yang ada badam..suka suka sukaaaa sangat
5. Berkahwin pada umur 25 tahun.
6. pendidikan- Bac Degree in Accountancy,UUM & Masters Degree in Bus Admin, UiTM
7. Dah signed kontrak seumur hidup sbg Exec Chef-kat rumah ni..heheee saya fulltime housewife skrg ni
8.Sekarang suka buat sulaman riben, tiap2 hari mesti nak buat..dpt buat sekuntum bunga pun jadilah.Juga belajar buat projek jahitan yang kecil2 dan simple.
9.Sangat berharap agar dpt didik anak2 menjadi insan yang baik dan cemerlang
10. Seorang yang sangat simple, ataupun masuk kategori selebet lah kot.Sebab tepek bedak Johnson aje, dah boleh jalan merata...saya pun tak tahulah, kat mana lisptick 'terbaru' yang saya beli 3 tahun lepas saya letak kat mana :P nanti kalau nak kerja balik dan nak pergi interview, saya carik balik!!!
(anda dah boleh bayangkan saya jenis org macam mana kan..comot )
4. Perlu pilih 6 penerima award dan nyatakan nama mereka di blog.
nanti saya tuliskan kemudian ya
5 - Lawati la blog mereka dan tinggalkan komen / mesej yang bertulis - "Anda telah di tag - sila layari blog saya untuk terima award anda..."
yang ni nanti ya!!
2 comments:
tq sebab sudi amik tag...
get to know u better...
soalan... naper decide jadik h/wife eventhough ada degree & masters ? sajer nak tau...
Aida:
maaf lambat nak reply. hari tu za berenti sebab dah tak tahan dengan bebanan kerja yang tak setimpal dengan gaji..lepas seminggu berenti, terus bersalinkan aisha :D ni leka jaga anak, ingat dia besar sikit za kerja lah balik :D
Post a Comment