Friday, June 12, 2009

Pulut Pagi


Pulut Pagi ni sarapan kami hari ini..Memang suka sangat makan pulut ni, ayah bonda juga dah sedia maklum akan apa yang anaknya yang sorang ni akan cari pagi-pagi jika balik kampung. Pulut pagi ni senang didapati di gerai makan dan kebiasaannya dibungkus dengan daun pisang.Kadang kala jika beli, kita akan dapati ada yang letak kacang di dalamnya( tak tau pula apa nama kacang tu ) . Bila pagi-pagi lagi dah makan pulut, tahu sajalah ya penangannya bisa buat mata layu dan mengantuk .Ringkas saja cara penyediaannya, tiada sukatan standard,kita letak cara penyediaannya saja .

Cara

-Basuh bersih beras pulut, letakkan sedikit air dan kukus sehingga masak.
-Apabila pulut telah masak, masukkan beberapa keping gula melaka yang telah dipatah-patahkan. Jika letak banyak, pulut akan rasa lebih manis dan warnanya juga lebih gelap.Kacau sedikit dan kukus lagi sehingga gula melaka tadi cair.
-Kemudian kacau sehingga gula sekata dengan pulut, dan kukus lagi seketika sehingga pulut 'mesra'
-Bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
-

8 comments:

WAN

mmmm sedapnya pulut pagi ni..dah lama teringin nak buat, tapi malas nak parut kelapa..kat sini kelapa dah siap parut tak de jual...anak2 pun suka makan ni

Rafizah Nordin

emp x penah makan...1st time tgk & dengar pun...sedap eh...?

Nik Mahzar

saya pn dah lama tak makan pulut ni..
Kat kedai hanya ada kat Restoran ezral jalan betik ( kelantan )

blogresipi

Makan pagi2 lepas tu boleh lena balik je..hehhe...tp pulut pagi ni memang sedap :)

noor

salam,

Nie lah pertama kali saya dengar nama Pulut pagi dengan warnanya yang perang. Asal makanan nie dari Kelantan ke. Kalau di Kedah ada juga disediakan pulut tapi rasanya dengan ikan masin saya pernah cuba makan sedap juga. Nanti nak cuba jugak cara nie mana tau lebih sedap lagi ye. Lihat warna pun dah terliur.

jay

sedap.sedap..sy slalu gak mkn sbb husband pon org klantan..hihi..da bole terima makanan sane..paling tak leh tinggal kalo blk sane mkn laksam

zaliana

wan:
Kak wan pun suka ni ye? za sukaaa sgt :) tapi kat sana memang tak de jual kelapa yek..abih tu susahla nak buat kuih muih tradisional :(

fiza:
Tak penah makan ye..ni makanan ore kelate..sedap bagi yang suka makan pulut, dan makanan yang manis :D

Nik Mahzar:
Rasanya byk jual kat gerai2 yang jual nasi ebrlauk di sekitar kelantan..

Blogresipi:
ya, da makan ngantuk aje laaaa

Noor:
ya, makanan kelantan..warna perang sebab boh manisan tu...manis sikit ni. kalau pulut ikan masin tu pun sedap juga..

Jay;
sekapal lah kita yek!! Laksam..saya suka jugak :D

Nur,Nura, Nurad, Yani

salam,
Ambo lamo doh tok make pulut ni. Sejok dok di New Zealand ni meme dok teringat mknan2 Msia. Nanti nok try watlah. Lakse ambo wt doh.