Tuesday, June 16, 2009

Kek Lobak Merah Bermadu


Kek Lobak Merah Bermadu...sedap!


Sumber resipi: Majalah Jelita, April 1991

Resipi dibawah adalah separuh dari resipi asal

Bahan-bahan
4 biji telur
3/4 cawan minyak sayur
350 gm gula (saya kurangkan kepada 300 gm)
50 gm madu lebah
1.5 gm garam
256 gm tepung roti (pakai tepung gandum biasa saja)
7.5 gm serbuk kayu manis (tak letak)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
455 gm parutan lobak merah
70 gm kacang walnat cincang (pakai biji aprikot)

Bahan bahan krim keju

50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising
1 camca teh esen vanilla

Hiasan (yang ni tak buat, letak biji aprikot saja )
200 gm marzipan
200 gm kacang hazel bakar, dicincang halus
sedikir pewarna merah dan kuning


Cara membuatnya:
1. Telur dipukul hingga kembang.Perlahan lahan campurkan minyak sayur, kacau rata.
2. Masukkan gula dan garam, pukul.
3. Ayak semua bahan kering.Gau rata dahulu baru dimasukkan ke dalam adunan telur.
4. Masukkan lobak merah,madu lebah dan walnat, kacau.
5.Tuangkan ke dalam tin pembakar,bakar menggunakan kepnasan 180 darjah.

Cara menhiasnya:
1.Potong kek lobak merah tiga lapis
2.Sapukan krim keju pada setiap lapis.Susun kek menjadi 3 tingkat.
3.Kemudian sapu lebihan krim apda keseluruhan kek.
4.Tabur kacang hazel disekeliling kek.
5.Campur pewarna merah dan kuning ke dalam marzipan dan bentukkan sebatang lobak kecil.Kemudian hias lobak kecil tadi pada kek.

6 comments:

Ummi

Za, rajinnya buat kek lobak...cantik la pulak..sedap eh? Nanti nak try gak la..bila ntah laa... :D

blogresipi

Cantek nye decoration kek nie... almond tue rasa nak ngap jer.heheh

zaliana

kak ummi
kak ummi kan rajin2...bila2 masa je boleh buat kan!!!

blogresipi
itu kan..apricot kernel,bukan almond..rasa dia kdg2 ada pahit sikit..saje je pakai tu, sbb katanya byk khasiat apricot kernel ni

MamaFaMi

Cantiknya kek

Sue

Salam..

Awat la baru skrg berjumpa blog ni...nak join boleh??Cantik sngt gmbr2..smua nampak sedap.....

zaliana

mamafami: TQ! baisa2 je kak! tak pandai nak decor lawa2 macam orang lain :D

Sue
salam! marilah joint memasak sama-sama..kita berkongsi cerita di dapur ya!!!