Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Nombor berapa???

Mari kita lihat Sarung Kusyen Sulaman Reben ni diberi kepada ibu anggun lagi penyayang yang mana??

Terlebih dahulu terima kasih banyak2 yer kepada yang sudi joint giveaway ni...minta maaf banyak2 sebab lambat nak publish..sebabnya talian internet kat sini down sejak dari petang sabtu lagi...masa tu hujan ribut petir yang kuat sangat. Sudah banyak kali report kat tm net dan macam2 cara dah cuba ikut macam yang staff tu suruh tetap tak boleh accesss jugak. Sehinggalah pada petang ni, selepas hujan ribut yang kuat jugak  barulah  line ni ok...

kita lihat pesertanya dulu..aaaa...rakan2 memasak..rakan decor ...dan rakan2 sulaman reben yang semuanya terror2 menyulam pun ada..
ok..ada 15 yang telah tulis nama di bahagian komen, dan ada 2 nama ambil di chat box:

  1. Homekreation
  2. Kak Nor
  3. Azie
  4. Hasni
  5. Nor64
  6. Ummi
  7. Chempaqa
  8. Diesha
  9. Dilla@Aween
  10. Indahhouse
  11. Maizatulhusni
  12. Kak Ina
  13. Ros
  14. Ciktie
  15. Maz
  16. Intan
  17. Kak Zai
Ok..meh kita tengok nombor berapa yang keluar....


Nombornya ialah... NO  11!!!
Mari kita ucap Tahniah untuk Maizatulhusni
Nanti beri alamat kat email norzaliana@yahoo.com ye!!

Ok..kita bertemu lagi di giveaway akan datang , insya allah .

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu Untuk Semua..ada hadiah untuk anda


Sempena hari ibu ni..ada satu hadiah untuk pengunjung Jurnal Rasa. Dah lama teringin nak beri free gift pada pembaca blog ni ..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni...saya hargai semua komen anda!

Khas kepada semua ibu ..sesiapa yang berminat untuk dapatkan hadiah ni sila 'daftar' nama anda di bahagian COMMENT.. saya akan buat cabutan secara rawak menggunakan random.org untuk tentukan pemenang. Tarikh tutup pada hari ISNIN depan, jam 9.00 pagi..kita nantikan hadiah ni menjadi rezeki sapa yer. Cuma ada 1 unit saja. Seboleh-bolehnya saya nak beri lebih banyak tapi itu saja yang termampu buat setakat ini.

Nak tahu apakah sebenarnya hadiah ni..boleh lihat gambar penuhnya di blog saya yang satu lagi- http://ribbonpetals.blogspot.com Ia produk handmade yang saya sulam sendiri dengan penuh kasih sayang untuk anda-seorang ibu penyayang lagi anggun!


Saya tujukan ucapan hari ibu untuk ibu saya..yang saya panggil Ma..terima aksih atas segala-galanya-semua pengorbanan, kasih sayang dan perhatian yang diberikan sejak dari dalam kandungan sehingga hari ini. Smeoga allah memberikan kebahagian,kesihatan dan rahmat yang berpanjangan untuk Ma.Amin

Di bawah ni pula-saya nak kongsikan ucapan hari ibu yang saya dapat dari sms.Ia datang dari adik saya, Faza. Kini ucapan ini ditujukan khas buat anda, ibu-ibu diluar sana

Ya Allah, wanita yang membaca ucapan ini adalah seorang ibu yang cantik, kuat,sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat,kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya.Kau bersihkanlah hatinya...kau kuatkanlah imannya..kau peliharakanlah dia dari fitnah. Amin Ya Rabbal A'lamin

Ini pula..kad dari Aziemas

Terima kasih Azie

Yang ni pula dari Alongroz..TQ!


Wednesday, June 24, 2009

Dan pemenangnya ialah


Bekas Pensil Warna!!!

Terima kasih ya kepada kawan-kawan yang sudi memberi jawapan kepada soalan di posting sebelum ini. Dari segi fungsi, rasanya hampir semua dapat menjawabnya dengan betul.Jawapannya ialah BEKAS PENSIL WARNA. Kak Nor, Ciktie, Kak Masz, Kak E telah menjawab dengan tepat.Tapi ikut syarat uatama: yang pertama menjawab dengan tepat kan.Maka pemenangnya ialah KAK NOR. TAHNIAH !!!(pandainyer dia, cepat dan tangkas...nanti tinggalkan alamat di email @ private message ye :D )

Memandangkan Kak Nor takde anak2 kecil yang masih menggunakan pensil warna, (kalu nak tunggu cucu kena tunggu yang dok oversea tu balik kawin dulu..lambatla boleh guna, kan!!). Kak Nor bolehla pelbagaikan kegunaannya seperti yang dicadangkan oleh Ana, Esca, Kak Umie E dan Kuazue-letak pisau, flower tools, chopstick dan lain-lain. Takpa, nanti za panjangkan sikit kainnya tu agar dapat menutup kepala sudu tu, untuk memudahkan Kak Nor isi sudu, senang nak bawa pergi picnic kat Batu Buruk nanti!! :D

Kepada semua kawan yang telah meneka, terima kasih, nanti lain kali Za buat give away lain pulak ye!!

Apakah ini?


Cuba teka, apakah benda dalam gambar ini? Yang pertama meneka dengan betul akan menerima 1 unit 'benda' ini. Cepat cepat teka!! Sapa teka betul dia dapat!! Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan comment ya! Semua boleh joint, tak kira blogger atau bukan blogger. Uih seronok rupanya buat orang tertanya-tanya ni.. :D