Friday, May 29, 2009

Onde-onde




Hari ini...kita biarkan gambar ini saja yang berbicara..ececece :D
Bicara tentang tepung pulut,gula manisan, daun pandan dan kelapa parut segar.Gabungan bahan-bahan yang akhirnya menjadikan ia kuih tradisional yang dipanggil Buah Melaka atau Onde-onde. selamat menjamu mata.
Sekian

Tuesday, May 26, 2009

Lala Tumis Tomyam

Jagung Rebus Berkeju



Masih ada sedikit lebihan sos keju mustard semalam.Supaya tidak terbuang begitu sahaja, hari ni makan dengan jagung rebus pula. Sepatutnya jagung rebus ni menjadi sajian yang sihat..tambah keju pulak :D.. Sekali sekala tak pe kan,ubah selera sikit *_* . Cara yang mudah, rebus jagung bersama sedikit garam. Tuang sos keju ke atas jagung yang telah direbus. Sedia dimakan.

Resipi Sos Keju Mustard, di sini.

Monday, May 25, 2009

Cheesy Wedges


Salam!

Resipi ni asal dari gabungan 2 resipi dalam Soal Jawap Masakan Chef Norzailina Nordin- resipi Wedges dan Sos Keju Mustard. Rasa kentang goreng tu dah macam yang kat KFC tu. Tang sos kejunya tu lain sikit,sebab guna keju lain agaknya. Apa-apa pun, ok dah.Terima kasih kepada Chef Norzailina, untuk resipi ini.

WEDGES

4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

Sos Keju Mustard

Bahan-bahan:
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni

Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.

Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

Saturday, May 23, 2009

Ayam Percik




Grilled chicken in coconut gravy with steamed broccoli..

Friday, May 22, 2009

Portugese Egg Tart

Portuge egg tart..edisi terlebih bakar LOL


Bahan-bahan

10 keping puff pastry

Intinya
100 gm whipping cream
50 gm gula halus
125 ml susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1.Keluarkan puff pastry,biarkan ia lembut supaya senang dibentuk.
2.Pukul susu segar,telur,whipping cream,gula dan esen vanilla sehingga kembang.
3.Sapu acuan dengan sedikit mentega.Kemudian masukkan puff pastry dan tekankan.Gunting lebihan tepinya.Masukkan inti dan bakar 25 minit,suhu 220 darjah atau hingga keemasan.

Tuesday, May 19, 2009

Bunga Ros Coklat


Masih lagi dalam mood membentuk bunga coklat :D Gara-gara kurang puas hati dengan rupa cupcake semalam, hari ni buat edisi penambah-baikan.Berbekalkan baki coklat, dan muffin yang tak habis tu..inilah hasilnya.Elok sikit aje dari yang semalam tu.Kalau dapat hadiahkan yang ni pada cikgu Faris semalam..bukankah lebih elok??



Kemaskini: Cara menyediakan coklat, menggunakan resipi PLASTIC CHOCOLATE, resipi asal oleh Emily B. di allrecipes.com. Sila rujuk disini untuk versi asal http://allrecipes.com/Recipe/Plastic-Chocolate/Detail.aspx
Penting untuk lihat sumber asal ,dapat baca 'reviews' dari mereka yang pernah mencubanya.

RESIPI 'PLASTIC CHOCOLATE'

Bahan-bahan

· 1 paun coklat (semisweet chocolate)-dipotong
· 3/4 cawan sirap jagung (light corn syrup)

Cara-cara
Masukkan coklat ke dalam mangkuk, masak secara 'double boiler' sehingga cair.
Kemudian alihkan mangkuk tadi.
Masukkan sirap jagung , kacau sehingga rata.
Tuangkan adunan coklat tadi ke atas 'plastic wrap' kemudian bungkus.Biarkan ia semalaman, pada suhu bilik.Kemudian,bolehlah dibentuk ikut kesukaan.

ULASAN:

Ketika menyediakan coklat ni, tak ada bekalan corn syrup,mahupun golden syrup kat rumah ni. Ada dua benda dalam stok yang ada ciri yang sama-likat dan manis iaitu madu dan juga liquid glucose. Saya gunakan 2 bahan ni-tawakal sajalah :D. Adunannya pun sebahagian saja dari resipi diatas-saya guna 350 gram coklat masakan, 90 gram madu dan 20 gram liquid glucose. Setelah coklat mencair, dan dipindahkan dari api, saya mula masukkan madu dan liquid glucose. Selepas beberapa ketika mengacau, ia jadi semakin pekat, tak lama kemudian sudah menjadi doh yang boleh dibentuk.Tapi ia mengeluarkan minyak yang banyak.Mungkin sebab saya ubah bahan ia jadi begitu.Mungkin ia adalah kandungan air-dari liquid glucose. Masa ni..hati dah berdebar dah..takut tak jadi, sayangnya !! Sebelum dimasukkan ke dalam plastic wrap, saya buangkan sedikit minyaknya.

Keesokan hari, doh tu sudah boleh digunakan. Cuma kena biasakan dengan doh ni. Rasanya sebab tangan ni jenis yang 'tangan panas', menyebabkan coklat ni senang nak melekit di tangan. Saya sediakan 1 mangkuk serbuk koko, bila perlu celupkan sikit jari dalam serbuk coklat, dan adun sedikit pada doh .Keluarkan doh sikit-sikit, uli ikut keperluan. Kadang kala, ,bila sapukan serbuk koko, doh tu tetap tak menjadi juga. Cara lain nak 'pujuk' doh tu-saya basuh balik tangan-lap kering, baru pegang doh. Dan kedua-dua cara ni menjadi, doh tu mengikut kata :D Alhamdulillah

Cara membentuk bunga ros-yang ini buat ikut kreativiti lah ya. Nak guna flower cutter tu pun boleh.Yang ni, free style, pakai jari saja.Gentel bulat, lepas tu leperkan dengan jari. Kalau boleh leperkan sehingga nipis-nipis.Untuk bahagian dalamnya, gulung doh tu.Buat ebberapa kali, lepas tu bentukkan pula bahagian kelopaknya, satu demi satu.Semakin lama,buat kelopak yang lebih besar. Selepas siap, elok masukkan ke dalam peti ais, dinginkan. Ok,bagi yang minat nak cuba, selamat mencuba.


Tuan rumah dalam 'silent mode' lepas ni..gara-gara flu, deria bau hilang terus, masak pun tak tahu rasa apa..semuanya tawar-tawar aje .. I'll be back soon, Insya Allah :D

Cupcake Untuk Cikgu




Cupcake yang ringkas, untuk Faris beri pada 4 orang Teacher dia. Walaupun malu-malu dia tetap gembira nak beri pada Teacher.Cupcake ni hasil make-up Muffin Mocha--entri sebelum ini. Atasnya whipping cream, dengan dekorasi bunga dan daun dari coklat. Kali pertama membentuk bunga dari coklat..pengalaman yang menyeronokkan.Sebab coklat kan sedap.Sambil mendeko tu sempat kunyah coklat.Mana-mana yang tak jadi tu..masuk mulut aje!! Kalau guna flower paste..sikit pun tak lalu nak makan..sebab rasanya yang manis semata-mata!.

Monday, May 18, 2009

Mocha Muffin


Muffin mocha, resipi asal dari Joy of Baking.Muffin ni sedap..cuma semalam terlebih kisar biji kopi. Udah resipi asalnya tulis 'strong black coffee"..apa lagi..kububuh 2 sudu besar biji kopi dalam air panas. Ada yang complain muffin ni rasa tertawar sikit ^_*
Resipi asal disini http://www.joyofbaking.com/muffins/MochaMuffins.html

Bahan-bahan

3 biji telur saiz besar
240 ml buttermilk( susu segar + 1/2 sudu teh cuka-biarkan 5 minit)
1 sudu teh esen vanilla
180 ml minyak sayur
385 gram tepung gandum
120 ml air kopi, pada suhu bilik
30 gram serbuk koko
210 gram gula perang
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
100 gram kacang pecan @ walnut, dicincang kasar
170 gm chocolate chips


Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 190 darjah
Dalam sebuah bekas, pukul telur, buttermilk, minyak,air kopi dan esen vanilla.
Dalam bekas lain pula campurkan tepung,serbuk koko, serbuk penaik, baking soda dan garam.Masukkan kacamg yang dicincnag dan cip coklat.Dengan menggunakan senduk,masukkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering yang telah disatukan.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin.Letakkan ke dalam oven ,bakar hingga masak, uji dengan lidi penguji.Ia mengambil masa antara 20-25 minit.Alihkan ke atas rak dan sejukkan selama 5 minit.

Saturday, May 16, 2009

Nasi Dengan Ayam Lada Hitam



Sajian ringkas untuk hari ini. Jika selalunya hidangan barat menyajikan Black Pepper Chicken Chop, dimakan dengan kentang goreng,coleslow dan lain-lain tu, hari ni ubah selera makan dengan nasi pula.

Nasi dengan Ayam Lada Hitam ,versi Jurnal Rasa.

Saiz hidangan : 3 orang

Bahan-bahan

Bahan perap ayam
500 gram ayam-dipotong
3 ulas bawang putih-ditumbuk
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
1 cawan tepung jagung

Gaulkan semua bahan-bawang putih, garam dan lada sulah pada ayam, dan perap kira-kira sejam.
Kemudian masukkan tepung jagung dan gaul rata pada ayam. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.


Sos Lada Hitam
4 batang sosej
3 ulas bawang putih-diketuk
4 ulas bawang merah-dimayang halus
2 sudu besar serbuk lada hitam-yang ditumbuk sendiri
Serbuk lada hitam berperisa-pakai brand ajinomoto
1 sudu besar rosemary kering
Sedikit kiub ayam
Beberapa titik seasoning
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1/4 biji lobak merah-dihiris
Minyak untuk menumis

Tomato dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara
1.Panaskan minyak,kemudian goreng sosej.Keluarkan sosej.Sosej tu bolehla diberi pada anak :D.
2.Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga harum.
3.Masukkan rosemary, serbuk lada hitam,seasoning, kiub ayam,garam dan juga air.Masukkan juga lobak merah.Bila ia mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung.Seimbangkan rasa dan tambahla apa yang perlu.Biarkan seketika sehingga bancuhan tepung jagung masak, kemudian tutup api.
4.Hidangkan sos dengan ayam yang telah digoreng tadi.Sedia dinikmati dengan nasi.

Thursday, May 14, 2009

Nasi Sizzling Udang




Saiz Hidangan: 4 orang
Resipi sesedap rasa. Boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing

Bahan-bahan

300 gram udang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih-kisar bersama bawang merah
1 biji bawang besar-potong 4
3 cendawan shitake-cendawan jenis lain pun boleh
4 tangkai cili kering
1 biji tomato
Sedikit sayur sawi
sedikit daun bawang
kicap manis
seasoning @ sos tiram
Minyak bijan
serbuk lada hitam
3-4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan air
garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak.Kemudian goreng cili kering tadi seketika.Keluarkan .
2.Kemudian masukkan pula udang dan goreng.Kemudian angkat dan toskan udang.
3. Keluarkan minyak sehingga cukup untuk menumis.Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kicap, cili kering ,sos tiram,serbuk lada hitam dan minyak bijan.Masukkan air dan cendawan , biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan pula bawang besar dan daun sawi. Seimbangkan rasa, tambahkan kicap,sos tiram , garam jika perlu.
5.Kemudian masukkan pula udang tadi, serta bancuhan tepung jagung. Bila ia mendidih, sedia untuk dimasukkan ke dalam hot plate yang telah dipanaskan. Letakkan juga nasi dan tomato. Tabur sedikit daun bawang ke atasnya.Sedia dihidangkan.

Marble Vanilla Muffin


Muffin yang sedap ini, merupakan resipi yang diangkut dari Dapur Tanpa Sempadan . Tengok resipinya disana ya!!! Terima kasih.

Kentucky Butter Cake


Resipinya disini http://www.myresipi.com/top/detail/3072

Monday, May 11, 2009

Golden Vanilla Muffin

Golden Vanilla Muffin

Golden Vanilla Muffin ni sesuai untuk hidangan pada kanak-kanak yang alah pada telur. Rasanya tetap sedap, dan lembut walaupun tanpa kandungan telur di dalamnya. Terima kasih kepada Ummi Hakim , empunya resipi ni di Myresipi. Lepas lihat Nanee buat muffin ni,terus teringat - ingat nak cuba juge.

Silalah jengah ke http://www.myresipi.com/top/detail/4923 untuk resipi penuh.

pstttttttt..red cherry tu..cucuk pada muffin bila dia dah hampir masak ya. kalau letak dalam adunan yang cair tu..memang sah ceri tu akan karam..nampak tangkai aje nanti bila dah masak :D



Interframe kat sini..ebiyaki..staple food Faris. Dia ni toleh pun tidak kat muffin tu. Jadi, ebiyaki ni untuk dia sebagai ganti.

Sunday, May 10, 2009

Let's Spell The Words On Bread

Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk galakkan anak belajar mengeja-dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.Tapi pastikan anak tidak berada dalam suasana tertekan atau terlalu lapar. Kesian pula nanti..kalau lapar sangat tentu tak boleh tumpu perhatian kan..



Eja jangan tak eja..lambat eja lambatlah boleh makan roti tu..hai bukan main dekat lagi tenung tu... :D

Kad Hari Ibu








Selamat Hari Ibu kepada semua rakan-rakan yang bergelar ibu. :D

Hari ini nak kongsi kegembiraan menerima 2 keping kad ucapan. Kad pertama dari Faris..atau lebih tepatnya dari cikgu yang tolong Faris buatkan untuk mamanya. Terima kasih!! Saban tahun terima kad hari ibu dari syarikat pengeluar susu. Tahun ni Faris mula ke tadika barulah rasa dapat kad dari anak sendiri :D

Kad kedua dari Kak Ina KL..Cantik dan comel betul kad maya ni! Terima kasih ya kak..Semoga kita semua dapat menjadi ibu yang baik dalam mendidik dna membentuk anak-anak menjadi insan yang sempurna. :D

Thursday, May 7, 2009

Pulla


Mari bersarapan dengan roti Pulla. Terima kasih kepada Yatt, untuk resipi roti dari bumi Finland. Resipinya ada disini http://princessharyati.blogspot.com/2009/04/purla.html . Sedap roti ni, lebih-lebih lagi makan dengan mentega yang cair ditengahnya tu.
( Yatt, resipinya letak disini ya, terima kasih)

3 cawan tepung roti
1 cawan susu suam (kalu lembik tambah tepung)
11gm yis (1 pack kecil)
1 telur
1 sudu butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

inti;

magerin or butter
gula

masukkan tepung dalam mangkuk besar buat lubang di tengah , masukkan yis dan susu separuh , gaul hingga sebati, kemudian masukkan telur, butter, garam , gula dan susu yang lebihan tadi. gaul sehingga manjadi doh seperti roti. Setelah tu, buat bulat bulat susun di atas dulang pembakar . Panaskan oven 120'C, masukkan dulang yang berisi air panas di bawah oven dan setelah doh naik 2 kali ganda masukkan doh di dalam oven di tray yang lain . tray mestilah yang jarang-jarang. Bakar selama 10-15 minit dan angkat.

Purla ini boleh di simpan di dalam peti ais dalam tempoh yang lama bila nak makan kuarkan purla , buatkan lubang di tengah-tengahnya tapi jangan sampai berlubang macam donut just sekadar lubang untuk mengisi butter dan gula, panaskan oven suhu 180'c bakar purla selama 10-15 minit siap untuk di makan.

Wednesday, May 6, 2009

Roti Telur Mayonis


Roti telur ini kegemaran Faris. Dia boleh skip makan nasi kalau makan roti ni. Rekod paling banyak dia pernah makan-8 keping.

Bahan
4-5 keping roti
1 biji telur
Mayonis
Mentega

Cara
Panaskan kuali leper.
Pecahkan telur dan kacau rata, celup sebelah permukaan roti ke dalam telur
Bakar hingga masak dalam kuali yang disapukan dengan sedikit mentega.Balikkan bila telah masak.
Sapukan mayonis ke atas roti-bahagian yang dicelup telur.
Siap untuk dihidangkan.

Puding Tauhu




Puding tauhu resipi dari Kak Nor.Memang sedap puding ni, rugi kalau tak cuba.Resipi ada di sini http://www.myresipi.com/top/detail/4261 . Ada satu bahan yang diubah -santan. Akibat tak baca bahan betul-betul, bila dah nak didihkan air baru terperasan tak ada santan. Alternatifnya-tukar kepada susu segar + fresh cream. Kalau ada santan tentu rasanya lebih lemak. Tapi tak apa,rasanya tetap sedap-lain kali nak ikut resipi ni betul-betul. Rasa macam makan dadih pun ada. Terima kasih kepada Kak Nor untuk resipi ini.

Sunday, May 3, 2009

Ayam Bakar Bercili



Resipi pilihan hari ini ialah Ayam Bakar Bercili, dari blog Cik Wan.Menurutnya, resipi asal oleh ibu mertuanya. Lauk ini memang sedap, boleh masak lagi di lain kali. Ada sebiji tomato dan sebiji kentang ditumpangkan dalam ayam ini, untuk hidangan Aisha hari ini. Terima kasih Cik Wan, resipinya salin disini ya :D

Bahan
1/2 ekor ayam
Bahan kisar dengan sedikit air
5 biji cili hidup(dibuang biji)
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1cm halia
1cm kunyit hidup(serbuk pon ok)
1sudukecil garam
2 sudubesar gula
* 2 sudu besar tomato puri ( yang ni kak za tambah sikit ya Cik Wan..sebab tak cukup cili besar )

1 biji lemon
sedikit daun ketumbar(hiris)
sedikit daun bawang(hiris)

Cara

  1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
  2. Panaskan oven pada 175'c.
  3. Perah lemon dan tuangkan diatas ayam,kemudian taburkan dengan daun ketumbar dan daun bawang.
  4. Bakar selama 40minit @ sehingga ayam garing dan mengeluarkan minyak.
note: jika mahu pedas tambahkan 1 sudubesar cili kering yg telah dikisar semasa mengisar.
jika mahu kurang pedas tambahkan 1 sudubesar santan serbuk semasa mengisar.

Saturday, May 2, 2009

Foto Aisha lagi


Foto Aisha..khas untuk tatapan Ayu dari http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/.
Baru saja snap gambar ni..tadi.. :D Dia baru bangun tidur aje ni..kebetulan dia pakai baju yang sama lah :P

Klik to enlarge,ok

Kuih Tepung Boko



Salam

Kuih Tepung Boko, atau nama penuhnya Tepung Boko Ubi Kayu-nama yang dikenali oleh masyarakat Kelantan. Mungkin di negeri lain...namanya kuih talam. Berikut adalah sukatan dan resipinya, seperti mana yang saya buat semalam.

Bahan-bahan

700 gram isi ubi kayu yang telah dibersihkan
500 ml air
8 sudu makan gula pasir-atau ikut kemanisan yang disukai.
beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara
1) Hiris ubi kayu, kemudian kisarkan dengan air.
2) Letakkan ubi kayu yang telah dikisar didalam tapis santan.Letakkan sebiji bekas dibawahnya.Biarkan air ubi kayu mengalir ke dalam bekas.Bila airnya sudah hening, buangkan air yang berwarna kuning. Saya buang kira-kira 220 ml air ubi tersebut.
3) Pati ubi kayu akan termendap di bahagian bawah bekas, ambil bahagian ini dan campurkan semula dengan ubi kayu yang berada di dalam tapis tadi.
3) Masukkan ke dalam bekas, letakkan pewarna kuning dan gula.
4) Di dalam loyang, letakkan sedikit minyak, dan masukkan ubi kayu parut tadi.Kukus sehingga masak di dalam pengukus yang telah dididihkan airnya. Ia akan ambil masa antara 30-40 minit.
Sejukkan dahulu, kemudian bolehlah dimakan dengan kepala santan.

Untuk kepala santan
2 cawan santan pekat
sedikit air
sedikit garam
2-3 sudu ebsar tepung beras

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.

Kelas Sulaman Riben



Untuk sesiapa yang berminat untuk mempelajari seni sulaman riben, boleh pelajari dari dua adiguru ini, Puan Suzana dan Puan Umikalsum . Kedua-dua mereka adalah guru sulaman riben saya .Lawati blog mereka untuk dapatkan maklumat lanjut. Saya amat berterima kasih di atas ilmu yang diberikan oleh kedua-dua guru ini.Saya bermula dengan 0, dari tak pernah melihat jarum menyulam sebesar itu :D Mari sama-sama menyulam kawan-kawan!

1) Puan Suzana- Diari Ann di http://www.diariann.blogspot.com/
2) Puan Umikalsum -Embroided Gift with Love- http://embroideredgift.blogspot.com/

Kedua-dua gambar ini..lagi hasil sulaman riben, tutorial dan design Puan Suzana.