Monday, May 25, 2009

Cheesy Wedges


Salam!

Resipi ni asal dari gabungan 2 resipi dalam Soal Jawap Masakan Chef Norzailina Nordin- resipi Wedges dan Sos Keju Mustard. Rasa kentang goreng tu dah macam yang kat KFC tu. Tang sos kejunya tu lain sikit,sebab guna keju lain agaknya. Apa-apa pun, ok dah.Terima kasih kepada Chef Norzailina, untuk resipi ini.

WEDGES

4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

Sos Keju Mustard

Bahan-bahan:
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni

Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.

Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

4 comments:

keklapiscoklat

sedapnyaaaaa....hmmm nak kena buat nieh

sonata anak kancil

salam....datang bertandang kali pertama ni....sanmpaknya nak kena buat ni - sedap...takyah beli kat KFC...lagi best buat sendiri...tk

chek pewr

salam..sblum salut ubi kentang ngan gandum tu x payah salut dengn telur dulu ke??

nur farihah

salam..mcm mane nk buat tepung 2??x phm...minyak x penuh?tepung berperisa 2 tepung ape?kat mane nk dptkan mustard??ade jename x?serbuk bawang putih plak beli kat mane??sorry bnyk tny sbb sye bru f2:D