Bunga Ros Coklat
Masih lagi dalam mood membentuk bunga coklat :D Gara-gara kurang puas hati dengan rupa cupcake semalam, hari ni buat edisi penambah-baikan.Berbekalkan baki coklat, dan muffin yang tak habis tu..inilah hasilnya.Elok sikit aje dari yang semalam tu.Kalau dapat hadiahkan yang ni pada cikgu Faris semalam..bukankah lebih elok??
Kemaskini: Cara menyediakan coklat, menggunakan resipi PLASTIC CHOCOLATE, resipi asal oleh Emily B. di allrecipes.com. Sila rujuk disini untuk versi asal http://allrecipes.com/Recipe/Plastic-Chocolate/Detail.aspx
Penting untuk lihat sumber asal ,dapat baca 'reviews' dari mereka yang pernah mencubanya.
RESIPI 'PLASTIC CHOCOLATE'
Bahan-bahan
· 1 paun coklat (semisweet chocolate)-dipotong
· 3/4 cawan sirap jagung (light corn syrup)
Cara-cara
Masukkan coklat ke dalam mangkuk, masak secara 'double boiler' sehingga cair.
Kemudian alihkan mangkuk tadi.
Masukkan sirap jagung , kacau sehingga rata.
Tuangkan adunan coklat tadi ke atas 'plastic wrap' kemudian bungkus.Biarkan ia semalaman, pada suhu bilik.Kemudian,bolehlah dibentuk ikut kesukaan.
ULASAN:
Keesokan hari, doh tu sudah boleh digunakan. Cuma kena biasakan dengan doh ni. Rasanya sebab tangan ni jenis yang 'tangan panas', menyebabkan coklat ni senang nak melekit di tangan. Saya sediakan 1 mangkuk serbuk koko, bila perlu celupkan sikit jari dalam serbuk coklat, dan adun sedikit pada doh .Keluarkan doh sikit-sikit, uli ikut keperluan. Kadang kala, ,bila sapukan serbuk koko, doh tu tetap tak menjadi juga. Cara lain nak 'pujuk' doh tu-saya basuh balik tangan-lap kering, baru pegang doh. Dan kedua-dua cara ni menjadi, doh tu mengikut kata :D Alhamdulillah
Cara membentuk bunga ros-yang ini buat ikut kreativiti lah ya. Nak guna flower cutter tu pun boleh.Yang ni, free style, pakai jari saja.Gentel bulat, lepas tu leperkan dengan jari. Kalau boleh leperkan sehingga nipis-nipis.Untuk bahagian dalamnya, gulung doh tu.Buat ebberapa kali, lepas tu bentukkan pula bahagian kelopaknya, satu demi satu.Semakin lama,buat kelopak yang lebih besar. Selepas siap, elok masukkan ke dalam peti ais, dinginkan. Ok,bagi yang minat nak cuba, selamat mencuba.
Tuan rumah dalam 'silent mode' lepas ni..gara-gara flu, deria bau hilang terus, masak pun tak tahu rasa apa..semuanya tawar-tawar aje .. I'll be back soon, Insya Allah :D
5 comments:
za... cantiklah...
ZALIANA...cantik dan kreatif lah...
tumpang tanya... daun tu pula buat macamana?
- Kak Sabrina
sweet nyeeee
kak e, terima kasih :)
kak sabrina:
saya dah letak cara-cara buat daun beserta gambarnya di yahoogroup ye ..nanti lihat kat sana..kalau ada tak jelas habaq no :D
fazilzura: thanks..cubalah ya!!!
kalo kiter guna golden syrup boleh ker..susahla nak cari corn syrup tu...
Post a Comment