Saturday, January 31, 2009

Soft Crust Pizza

Soft Crust Pizza With Beef, Sausage and Capsicum

Resipi doh pizza dari Joayee . Hasilnya sangat memuskan, roti yang lembut! TQ Joayee.

Bahan Pizza Doh:
450gm tepung gandum
280 ml air suam
7-11gm yeast atau 2 sb rata
1 sb gula
1 sb rata garam
1 ulas bawang putih tumbuk
1 sb olive oil atau minyak masak
Cara:
  • bancuh air, yeast, gula biarkan 5min hingga berbuih. masukkan bahan2 lain dalam breadmaker. switch on machine pilih "doh only" program. sambil tuang bancuhan air yeast, dan minyak. tunggu process siap, doh akan naik 2 kali ganda.
  • panaskan oven to max.220degC. panaskan pizza pan juga.
  • taburkan meja dengan 3 sudu besar tepung, ratakan. tuangkan doh yg dah siap. bentuk 3 biji bulat sama size. tambah lagi tepung jika perlu. (doh ni lembik, melekat kat tangan).
  • bila pizza pan dah panas, kluarkan. taburkan 1 sb tepung atas pizza pan. ambil satu biji doh. tekan nipis dgn tangan , angkat atas pizza pan di tabur gandum tadi. nipiskan dan ratakan lagi. cucuk dengan fork. letak tomato sos, pizza topping cheese etc.
  • bakar api 220deg 10-15min.
tips:
  • masa menipiskan doh avoid using rolling pin .tekan2 dengan jari
  • for softer crust, doubling your pans (stacking one on top of another).
  • the other secret of success is using a pizza stone. put this in the oven when it is cold and then turn your oven onto its hottest temperature. when you are ready to assemble your pizza, roll out the dough and carefully place it on the hot stone. quickly assemble your toppings . place it back in the oven for about 10 minutes and that’s it. i let the stone reheat for the second pizza while we are eating the first
  • do not overcook!

1/2 adunan doh untuk 1 dulang pembakar

Seperti kata Joayee, dohnya agak melekit dan melekat kat tangan. Untuk memudahkan doh diratakan atas pan, saya sapu tangan dengan sedikit minyak. Satu tips dari Chef Noraini Adnan,untuk base pizza yang sedap, masukkan sedikit oregano atau italian mixed herbs dalam doh pizza semasa menguli. Ataupun boleh juga tabur oregano ke atas doh,sebelum letak sos pizza dan topping.

Parmesan Cheese Scone

Parmesan cheese ditukar kepada mozarella ..tak cantiklah permukaannya,ia jadi rangup macam tu

Parmesan Cheese Scone, resipi disini http://www.myresipi.com/top/detail/6586 . Abaikan bentuknya yang tak secantik Yani buat tu ya :D . Yang penting sekali rasanya yang memang SEDAP! TQ Yani

Friday, January 30, 2009

Apam Indon


Salam untuk semua! Rasa macam lama tak berblogging :D. Ada banyak alasan,yg paling utamanya angin M bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuat tuan rumah ni lebih selesa masak, hidang dan makan cepat-cepat.. heeee takde sessi fotografi. Ok kita mulakan 'perasap' balik blog ni dengan Apam Indon, resipi asal dari Sis Blackmore, di ResipiDiana. Terima kasih ya Sis Blackmore dan Diana. Apam ni sedap sebab ada letak santan, rasa lemak-lemak. Saranan resipi menggunakan santan kotak, tapi diganti dengan santan segar. Cuba tengok gambar diatas elok-elok.Itu gambar belum kukus..dah lepas kukus lupalah pulak nak snap. Aci tak? hihi....Ni kes kalut ribut bila buat kerja cepat-cepat, macam biasa lah :D

APAM INDON
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahannya
5 biji telor
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh essen vanilla
300gm tepong gandum
300gm gula castor
250ml santan (daripada 1 kotak santan)
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara-caranya
· sediakan kukusan.Tutup kukusan kalau boleh dilapik dengan kain agar air kukusan tak menitik di atas apam.
· sediakan loyang...alaskan loyang ngan kertas kek...loyang tak perlu disapu ngan butter...just alas ngan kertas kek sudah...
· masukkan telur dan ovalette ke dalam mixer dan pukul ngan kelajuan tinggi sehingga ianya kembang...
· masukkan gula sedikit demi sedikit...kemudian masukkan essen vanilla...
· tepong dan baking powder disatukan dan diayak...
· di dalam measuring jug...masukkan santan 1 kotak nie dan add a little bit of water to make it 250ml...kemudian masukkan garam dan kacau rata...
· perlahankan sedikit kelajuan mixer dan masukkan tepong sedikit demi sedikit di selang selikan dengan santan...
· Teruskan mengadun sehingga adunan sebati.Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak.Ratakan adunan pertama dalam loyang dan kukus 10 minits.Selepas 10 minit buka dan tengok samaada dah masak atau belum.Kalau permukaan apam tak melekit maknanya dah masak. Curahkan adunan kedua...ratakan dan kukus selama 10 minit. Ulang langkah sama untuk adunan ketiga. Untuk adunan ketiga kukus selama 25-30 minit, dan perlahankan sedikit api.
· Hidangkan dengan kelapa parut.


Friday, January 23, 2009

Kek Pisang Ala English

Rasa sedap betul kek pisang ni. Bakar pagi tadi, dah tinggal 2 slices aje lagi ni. Terima kasih ye Yatt!! Resipi ada disini http://www.myresipi.com/top/detail/6835

Thursday, January 22, 2009

Tag : Dari Princessharyati

TAG dari yatt @ http://pricessharyati.blogspot.com

Do not copy answer*
The tag question must be 100% the same*

Tag people after doing tag
--hehe tak nak tag sapa2 dah... :P
  1. Dalilawati
  2. Haiza Harith
  3. Zubye
  4. Ein
  5. Nanee
  6. Hajar
  7. Fiza Nordin
  8. Anese
  9. Del

1. How do u know 1?
Kenal sebab masa dulu satu sekolah

2. What would u do if u never meet 2?
Sukanya kalau dpt jumpa..nak peluk dia sebab lama sgt tak jumpa..dah 13 tahun tak jumpa nih!!

3. What would u do if 3 n 4 dated u?
kalau jumpa ngan zubye ni nak tengok hasil fotografi dia sgt cantik tu...
haa.. yg no 4 ni pun kalau jumpa nak ambik baby dia sbb baby dia tu cuteeeee sgt!! hehehe

4. Would 5 n 6 make a good couple?
err..tak tahu lah..tapi rasanya dua-dua ni okay je kalau jadi kawan baik

5. Do u think 7 is attractive?
no 7 ni memang attractive sbb dia ni novelis..mestilah novel2 dia tu termasuk dia sekali menarik perhatian umum

6. Do u know anything about 8's family?
hmm..anese ni ada 2 anak..banyak baca tentang dia kat blog dan pernah jumpa sekali je

7. Tell me something about 9?
No 9 ni bisness womn yg berjaya..manalah gambar baby baru dia ni..tak sabar nak nengok ni Del ooii

8. What language does 2 speak?
malay n english

9. Who is 3 going out with?
no3 keluar ngan hubby ngan anak dia lah kan..tak pun ngan member2

10. How old is number 4?
err. 27 ?? ein tolong lah respon hehe

11. 5?
hehe tak sure jugak ni...

13. 7?
adoii lah tak sempat lg nak interview..nantilah tanya dulu tuan dia yek

14. Is 8 single?
dak eih.. dah kawin pun

15. What's 9 last name?
Delila



16. Would u consider being in a relationship with 1?
Dah namanya kawan lama..

17. Which school does 2 go to?
No 2 ni satu sekolah jugak dulu-kat SHAH Pekan

18. What do like about 3?
suka kat dia sbb dia ni penyayang kat budak2...dan kita dpt lihat melalui hasil fotografinya yg mempunyai 'jiwa' dan emosi

Masak Lemak Siput Sedut



Salam untuk semua..semoga hari ini dan hari mendatang menjadikan kita insan yang lebih disayangi dan dirahmati Allah :)

Hari ini, belajar memasak siput sedut secara maya di rumah Ana. Kata Ana, harga sebungkus RM 3..kat sini pula RM 5..memang tak sampai sekilo pun. Sebelum ini biasa makan siput sedut jenis lain, bentuknya agak bulat dan banyak ditemui dalam tali air atau sungai. Rasa dua jenis siput ni lebih kurang sama, bentuk saja berbeza.

Saat yang paling tak boleh lupa bila dah habis menyental lumpurnya tu.. siput2 tu mula crawling keluar dari bekas penyejat..huwa huwaa.....geli geleman tengok dia bergerak-gerak dan ada pulak tentakel dengan warna oren kemerahan!! .. Ada beberapa ekor yang dibiarkan aje merayap dan akhirnya ditemui mati beberapa jam kemudian dek digigit semut. Walaupun ada rasa geli sikit -sikit tapi tetap boleh bertahan sampai habis potong muncung dia. Terima kasih atas tunjuk ajar ya Ana, dah abis licin makan tadi. Rasa sedap dengan kuahnya yang lemak , dan tak sangka semua orang yang ada gigi dalam rumah ni makan dengan berselera sekali. Ooh ya, ada tambah daun limau purut sikit sebab suka pada baunya tu. Resipi ada disini ya http://waheedeana77.blogspot.com/2009/01/masak-lemak-siput-sedut.html.

Wednesday, January 21, 2009

Ais Coklat Terapung & Kuih Kaswi


Float- jika diterjemah ke bahasa Melayu memanglah terapung kan? Tapi bila nak 'dimelayukan' nama minuman ni nampak macam pelik sikit :D . Dalam cuaca yang panas ni memang sedap minum air yang sejuk-sejuk macam ni. Senang nak sediakan, boleh letak bahan ikut suka dan tak perlu sukat beria-ia . Tapi seperti yang dalam gambar ni disediakan mengikut bahan dan cara dibawah:

Bahan-bahan- untuk 2 mug

1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air panas
3 sudu besar susu pekat
1 kotak kecil susu segar- saiz 250 ml
1 cawan ais
2 scoop aiskrim- ( scoop banyak-banyak baru best)
Daun pudina dan buah ceri untuk hiasan

Cara-cara
1. Campurkan air panas dan serbuk koko.Kacau hingga sebati.
2. Masukkan air koko tadi ke dalam pengisar bersama-sama susu segar,susu pekat dan ais. Kisar sehingga ais hancur.
3.Masukkan ke dalam mug. Letakkan aiskrim diatasnya. Hias dengan daun pudina dan buah ceri. Hidangkan segera.Slurrp!!!


KUIH KASWI

Yang ini pula kuih kaswi, resipi asal oleh Rozzan tetapi dikongsi semula oleh Mat Gebu @ Myresipi. Terima kasih ye! Nampak macam coklat pulak bila dikukus dalam acuan kecil macam tu. Adunan kuih ni ditambah kicap, untuk warna yang lebih gelap. Teragak-agak juga nak letak kicap ni, tapi sebab yang mengajarnya tu Puan Ana, kututupkan sebelah mata dan tuang aje kicap cepat-cepat. ^_^ Takde lah rasa masin pun, tapi mungkin juga kicap membantu kuih ni jadi bertambah lemak .

Sunday, January 18, 2009

Kek Cawan Seri Pandan




Kek Cawan Seri Pandan, resipi asal oleh Chef Noraini . Resipi ini diambil dari blog Leen . Seperti kata Leen, kek cawan ini memang sedap dan berbau wangi. Terima kasih kepada Chef Noraini untuk resipi ini, juga kepada Leen yang telah sama-sama berkongsi resipi.

Ada banyak bahan yang tiada semasa nak mengadun kek ni petang semalam jadi terpaksalah ditukarkan dengan pengganti terhampir. Telur ayam diganti dengan telur itik sebab telur ayam yang ada bersaiz AA. Gula castor diganti dengan gula perang. Khabarnya gula perang lebih baik untuk kesihatan berbanding gula putih kerana ia tidak melalui proses 'pelunturan' ,yang mana telah menghilangkan sepenuhnya nilai khasiat didalamnya. [ alasan sahaja, sebenarnya memang gula tinggal beberapa sudu sahaja semalam! :P ]

Tepung superfine dan santan pula diganti dengan tepung gandum biasa dan susu tepung. (kesian betul,semua benda takde ni). Gliserin ada dalam stok, tapi kat rumah ni penggunaannya dihadkan untuk buat fondant sahaja. Bersesuaian dengan sifat gliserin yang manis dan melekit tu, ia digantikan dengan madu.

Buat separuh sahaja adunan, dan dapatlah 13 biji kek cawan yang kulihat HIJAU ni. Memang bertepatan sangatlah warna kek ni dengan suara hati rakyat yang memberi mandat kepada pemimpin baru mereka nun di Kuala Terengganu malam tadi ^-^ .

Update: Gambar kedua disebelah ini buat pada 22 Jan 2009, khas untuk kirim pada bonda. Dia suka bijan hitam jadi letak bijan..tapi masih kurang bijanlah..lain kali kena letak byk2 lagi...

KEK CAWAN SERI PANDAN

Bahan2nya :-

250 gm butter/mentega
200 gm gula kastor (ganti dengan gula perang)
4 biji telur gred B (ganti dengan telur itik)
250 gm tepung kek/superfine (ganti dengan tepung gandum biasa)
100 gm santan segar (ganti dengan bancuhan susu tepung)
1 s/k serbuk penaik
1 s/k pes pandan
1 s/k pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 s/k gliserin (ganti dengan madu)

Cara2nya :-

1. Putarkan mentega + gula - kembang
2. Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
4. Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
5. Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

Saturday, January 17, 2009

Ambon


Kuih ini sejenis apam yang dikenali sebagai ambon oleh orang sebelah pantai timur. Selalunya diwarnakan merah dan putih sahaja. Sebenarnya jarang sangat makan kuih ni, seingat-ingatnya kuih ni berbau wangi dari esen ros yang digunakan. Sebagai memenuhi permintaan 'seseorang tu' yang teringin sangat nak makan, kuusahakan juga membuatnya.

Bahan-bahan
110 gram tepung gandum
80 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu besar ovallette
2 sudu teh esen ros
pewarna dan perasa : pandan emulco,chocolate emulco, esen ros dan pewarna merah

Cara-cara
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik
  • Pukul gula halus,telur dan ovallette sehingga kembang.
  • Masukkan tepung gandum dan esen ros, sambil terus memukul sehingga adunan rata.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian.Letakkan pewarna/ perasa untuk 3 bahagian dan tinggalkan satu bahagian untuk adunan asal.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak
  • Kukus sehingga masak
* Kuih ini masih belum capai kelembutan yang diingini, nanti nak kena ubahsuai lagi.

Dari Ana



Terima kasih untuk Puan Ana untuk kedua-dua award ini. Kedua-duanya sangat bermakna, terima kasih :D

Friday, January 16, 2009

Tag dan Award dari kak Ummi

Terima kasih kepada Kak Ummi yang memanjangkan award dan jugak tag ni.. dengan sukacitanya nak menggantungkan frame Cute's Blogger Award ni ya :D dan seterusnya menjawab tag yang disertakan.


Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, dah ambil pun. Terima kasih daun keladi, lain kali silalah bagi lagi :D

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari Kak Ummi

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

Fakta dan hobi...haaa apa nak tulis ni ya

  1. Lahir pada 1 April
  2. suka baca buku resipi (baca je banyak,buatnya belum tentu lagi .. hhihi )
  3. suka makan roti..muda2 dulu boleh hidup makan roti je tp sekarang ni dah tak boleh..mesti nak kena top up ngan nasi atau mi
  4. Suka makan biskut. Biskut yang paling world sekali ialah biskut IKO plastik kaler kuning- yang multigrain.. wah sedapnya
  5. sekarang ni suka blogging dan ziarah kawan-kawan di alam maya ni...mereka semua masak sedap2 sampai terliur dibuatnya
  6. perkara yg paling tak suka-lipat kain..lemah semangat betullah
  7. sangat fokus kalau buat sesuatu
  8. merupakan anak pertama, dari 4 orang adik beradik perempuan
  9. isteri kepada En Kamal
  10. dan akhir sekali ibu kepada Ahmad Faris, 5 tahun dan Amalia Nuraisha, 4 1/2 bulan

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

*silalaambil award dan tag ni..anggaplah tag ni sebagai satu cara utk kita lebih mengenali antara satu sama lain .. kalau ada yang dah jawab tag ni bolehla diabaikan ya..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.

Tuesday, January 13, 2009

French Bread



French bread senang disediakan, ia cuma menggunakan bahan asas seperti membuat 'plain bread', yang berbeza cuma cara membakarnya. Dari pembacaan di internet, terdapat beberapa cara untuk menjadikan crust pada roti perancis ini. Ada resipi menyarankan sapu sedikit air pada permukaan roti sebelum dibakar. Ada pula yang tulis bakar secara steam bath, dimana sebuah dulang berisi air diletakkan di dalam oven. Satu cara lagi yang 'lebih ekstrim' ialah dengan mencurah air ke bahagian bawah oven, menjadikan stim terbentuk dalam oven. Ia seperti yang ditulis oleh Jaden dalam Baking The Perfect Loaf of French Bread di webnya, Steamy Kitchen .[Risau nak ikut cara ni, dibuatnya nanti oven rosak tak ke naya. Tapi Jaden dah buat banyak kali, tak pula dia kata ovennya rosak disebabkan itu :) ] But to be on the safe side, saya ambil jalan tengah seperti yang tertulis dalam cara-cara di bawah.


Bahan-bahan - untuk 2 ketul French Bread
220 gram air suam
400 gram tepung roti
1 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu teh yis kering
1 sudu besar susu tepung
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
-susu segar atau telur putih untuk sapu


Cara-cara
1. Masukkan air diikuti semua bahan ke dalam bread maker. Tekan fungsi doh dan tunggu hingga doh siap. Jika menggunakan tangan, uli kesemua bahan-bahan hingga doh licin dan tidak melekat pada tangan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain.Biarkan sehingga ia naik dua kali ganda.
2. Setelah doh naik, keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
3. Bahagi doh kepada dua bahagian. Bentukkan menjadi bulat dan kemudian canai memanjang, lebih kurang 20-25 cm. Lipat doh dan kemaskan supaya tiada bahagian yang terbuka.
4.Sapukan sedikit minyak di atas dulang pembakar dan letakkan doh tadi. Dengan mnggunkan pisau,kelar menyerong sebanyak 4-5 bahagian di atas doh. Sapukan sedikit susu atau telur putih di atasnya. Biarkan doh naik.
5.Panaskan oven dengan suhu yang tinggi, 210 darjah.Letakkan sebuah tray di bahagian bawah,biarkan ia turut dipanaskan dalam oven.
6.Setelah doh naik, masukkan ke dalam oven. ( Jika oven besar boleh bakar 2 serentak, yang ini bakar berasingan sebab oven kecil) .Pada masa yang sama letakkan air panas yang baru mendidih di atas tray yg telah di panaskan tadi. Ia akan menghasilkan stim yg membantu membentuk 'crust' pada roti. Segera tutup pintu oven, dan turunkan suhu oven ke 180 darjah.
7.Selepas 10 minit,keluarkan dulang berisi air tadi. Teruskan membakar roti, sehingga ia berwarna kekuningan mengikut citarasa crust yang dikehendaki. Jika mahu permukaan lebih gelap, biarkan lebih lama.
8.Setelah masak,keluarkan dan tunggu hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.


Di bawah ini ialah french bread yang dibakar tanpa meletakkan dulang berisi air panas, tetapi cuma menyapukan air pada roti. Baru sahaja bakar petang tadi, untuk lihat perbezaan dengan percubaan pertama di atas. Rasa tetap sama,cuma kurang 'crusty'. Selalunya fresh french bread kulitnya lebih rangup dan hanya akan lembut pada keesokan harinya, tapi yang ini tak 'crusty' seperti yang di atas.

Monday, January 12, 2009

Ayam Madu


Saturday, January 10, 2009

Faris & Nuraisha


Click to enlarge the pic

Bagels

Bagels cicah jem blueberry. Terima kasih Kak E, akhirnya dapat juga buat bagel sendiri .Resipi dari http://www.myresipi.com/top/detail/2108


Yang ini pula-bagel yang tak dicelur dalam air terlebih dahulu sebelum dibakar.Rasanya kurang kenyal berbanding yang di atas .

Thursday, January 8, 2009

Goma Tantan Men

Hari ini terasa nak makan mi sup pula, tapi mahukan mi dalam variasi yang berbeza sikit dari yang biasa-biasa buat. Pilihan menu hari ini ialah Goma Tantan Men. Kali kedua masak mi ni, resipi dari pakar masakan jepun di Myresipi, Kak Hani . Terima kasih ya. Resipinya di http://www.myresipi.com/top/detail/1778 .



Bila masak makanan dari negara asing ni maklum sajalah byk bahan yang tak ada. Ikut aje pesan Kak Hani di bahagian 'Komen ' resipi untuk ganti mana-mana yang tak biasa tengok dan tak biasa dengar tu.

Tag dari Kak N

Assalamualaikum.. hari ni nak siapkan homework yg Kak N beri..lama dah ni tapi tak terbuat-buat jugak..Maaf ye Kak N ni anak murid dah siapkan :D

*Here are the rules*
-List these rules on your blog.-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours. -
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.-
-Link the person who tagged you.-
-Leave a comment for each blogger.-

7 facts about my self:-
  1. Status berkahwin, ada anak dua seorang lelaki dan seorang perempuan
  2. Berhenti kerja masa nak bersalinkan anak kedua hari tu-maknanya dah 4 bulan 8 hari tanam anggur kat rumah..dan sehingga sekarang sangat menghargai setiap detik yg dihabiskan dengan anak
  3. Niat masa berhenti dulu nak jaga baby dan berikan dia susu ibu sepenuhnya dan Alhamdulillah Allah dah tunaikan hasrat tu. Setakat hari ni masih belum ada kekuatan lagi untuk keluar bekerja dan tinggalkan anak sekecil itu di bawah jagaan orang lain- huhu mcm2 kes sekarang ni tu yg fobia sesangat.Nanti kena sambung keje jugak kalau tak hutang belajar PTPTN ngan MARA tu sapa yg nak bayar???
  4. Teringin nak buat edible garden dan tanam sayur banyak-banyak
  5. Sensitif dan cepat terasa
  6. Seorang yg simple dan memang tak reti nak bergaya-jadi memang takde koleksi handbag dan kasut yg cantik2 mcm org lain
  7. Dah tua dah-tahun ni masuk 31 jadi mulai tahun ni azam nak lebihkan healthy food

6 of my
unspectacular quirks:-

  1. Cepat marah tapi cepat sejuk..nak kasi sejuk senang aje- orang yg buat kita hangin tu kenalah minta maaf kalau tak mintak maaf lambat sikit nak reda marahnya tuh
  2. suka sngt masak dan cuba resipi baru-kadang kala sampai termimpi-mimpi nak buat sesuatu. Selagi tak dpt buat hati tak tenteram betullah... masuk kategori angau ( kalau sampai tahap ni memang kritikal betul kan )
  3. Alahan masa pregnant ada lagi-tak leh nak bau sabun TOP dan masuk 1 bilik air tu ..huhuhuhu tolonglah penyakit ni memang takde ubatnya
  4. Paling tak suka org yg hisap rokok .... hish tengok pun dah terus terasa kebencian yg melampau-lampau
  5. Suka sgt hirup kuah singgang daging dan ikan patin masak tempoyak..(kuahnya mesti panas-panas) suka letak kuahnya byk2, nasi boh ciput aje..boleh makan berulang-ulang walaupun dah terasa kenyang.
  6. Takut nak tengok citer hantu kat TV-sbb ketakutan lepas tengok cerita tu boleh terbawak-bawak sampai byk hari- huhu baru2 ni tertengok iklan citer yg hantu dok bawah katil -mlm2 asyik dok teringat aje

Nak tag:-
1. tasnim
2. Miss Taeyong
3. Leen

Tolong buat homework ni yaa

Yang hantar tag ni: KAK N
Komen: Harap Kak N puas hati ngan jawapan yg diberikan..

Wednesday, January 7, 2009

English Muffin


Ini lah sarapan merangkap makan tengah hari hari ini. Selalunya english muffin ni makan kat 'Mek D'.Tapi sejak dah buat mogok tak nak beli produk yang ada kaitan dengan si pengganas Israel tu kena lah buat sendiri kan. Terima kasih banyak-banyak kepada Mamafami yang berkongsi resipi ini, yang asalnya Mama ambil dari Alex Goh. Tak sangka ia memang sedap dan menjadi sebab ingatkan kena bakar dalam oven rupa-rupanya bakar dalam pan aje. Yang ini kononnya nak bakar dengan waffle maker menggunakan tray untuk grill. Masa panaskan waffle maker tadi tetiba 'black out' ...dah tak berani nak guna. Apalagi, terus keluarkan tray grill dari waffle maker tu terus letak atas dapur. Alhamdulillah boleh guna juga cara ni. Untuk resipi penuh boleh rujuk di Fotopages Mama Fami. Disini disertakan hanya bahan-bahannya sahaja, dan guna short cut pakai bread maker.


Bahan-bahan
1 1/2 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
300 gram tepung roti
15 gram susu tepung
180 ml air suam
1/2 sudu besar mentega

masukkan semua bahan ini ke dalam bread maker

*tepung suji untuk sapu permukaan roti

Bubur Pulut Hitam

Kita pekena bubur pulut hitam ni..psst dah 3 hari dok panaskan bubur ni masih tak habis-habis lagi. Untuk kesekian kalinya hari ni tukang masak panaskan lagi, snap gambar ni pastu ngap cepat-cepat..habis ceritaaaa :D

Kita buat 'post mortem' macam mana tukang masak buat: Mula-mula basuh bersih pulut hitam.Rendamkan sekejap dalam masa 15-30 minit. Kemudian masak di atas api yang perlahan. Masukkan juga 2 helai daun pandan ke dalam periuk. Jika nampak kering tambahkan air. Setelah pulut hampir masak, masukkan gula melaka, sehingga mencapai tahap kemanisan yang dikehendaki. Bila pulut hitam sudah masak sepenuhnya,tutupkan api. Sementara itu sediakan 'kepala santan'nya pula. Masak santan pekat bersama sedikit bancuhan tepung beras. Tambahkan sedikit garam.Kacau hingga kuah pekat mendidih. Untuk emnghidang, letakkan bubr pulut hitam kemudian sendukkan sedikit kepala santan ke atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Roti Bebola Bergula


Sumber resipi dari Choppy @ Myresipi.

Tuesday, January 6, 2009

BOIKOT BARANG ISRAEL

Kezaliman tentera Israel telah membunuh puluhan ribu nyawa kanak-kanak dan kaum muslimin yang tidak berdosa. Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat sepatutnya 'diajar'. Mari kita boikot barang keluaran mereka..semoga sumbangan kita yang kecil ini memberi kesan ke atas ekonomi mereka. Kenapa jenama di bawah ini perlu diboikot? Sila rujuk Boikot Israel Campaign atau klik setiap trade mark di bawah untuk lihat hubung kait syarikat-syarikat ini dengan Israel dan zionis.


BRANDS & LABELS TO BOYCOTT