Friday, December 26, 2008
Thursday, December 25, 2008
Ladybird n Pumpkin
Ladybird
Ini untuk Daniel..kepada ibu Daniel mai ambil (gambarnya je lah) kalau betul2 nak makan cupcake ni mai rumah :D.
Ladybird dalam taman ros
Bagi yang nak belajar sugarpaste dan fondant berikut link yang bagus.Buat masa ni tak mampu lagi nak attend class, banyak baca kat situ lah .Kalaulah dapat belajar kat ICCA tu alangkah seronoknyaaaa ^_*
1. Cake Jurnal: How To Make Beautiful Cakes,Sweet Cupcakes and Delicious Cookies
2. http://www.sugarcraft.com/catalog/misc/lessons/gumpaste.htm
3. http://members.nuvox.net/~zt.proicer/index.html
4. www.wilton.com
Untuk dapatkan warna hitam pada badan ladybird tu mula-mula cuba campurkan merah+ purple dan jadi warna dark maroon. Adunan sugarpaste menjadi lembik dan terpaksa tambah gula aising sedikit. Kemudian cuba campur warna hijau (kali ini guna pewarna serbuk pula) barulah jadi hitam.
Untuk bentukkan ladbird,mula-mula buat bentuk bulat.Leperkan sedikit denagn jari,buat garisan diatasnya menggunakan veining tool. Kemudian ambil sedikit doh hitam,bentukkan menjadi panjang dan letak di atas bahagian atas garisan yang dibuat tadi. Untuk kepalanya,buat bentuk bulat juga.Tiruskan sedikit bahagian depan dan letakkan mata. Buat lagi beberapa bola warna hitam dan leperkan untuk jadikan tompok hitam pada badannya. Tandakan tempat untuk meletak tompok hitam tadi,dan lubangkan sedikit.Letakkan doh hitam yang bulat dan leper ke atasnya. Lekatkannya dengan meletakkan sedikit air.(Sedikit sahaja). Kakinya tak buat laa..tengok gambar Ladybird yang sebenar ada 2 tangan dan 4 kaki, tiada antenna tapi ada misai.
Untuk papan tanda bertulis nama tu pula pinjam Faris punya set playdoh.Tekapkan sahaja pada doh dapatlah bentuk bulat yang ada ira kayu tu. Banyak juga alatan playdoh yang sesuai guna untuk buat macam-macam bentuk. Antara yang paling berguna ialah macam-macam penerap dan rolling pinnya yang kecil ,senang nak mencanai. Kalau nak beli complete set Wil*** tu alahai mahalnya. Yang ada cuma flower tool set jadi guna ajelah apa-apa yang ada kat rumah ni.
Posted by zaliana at 10:58 PM 2 comments
Labels: Sugar Craft
Tuesday, December 23, 2008
Sugarpaste: 7 Cuppies
Untuk Hana yang jauh di Jepun
Untuk makluman topping dari buttercream,semua daun,bunga dan 'name tag' dari sugar paste, dan tulisan nama dari royal aising.
Posted by zaliana at 10:35 AM 4 comments
Labels: Award, Sugar Craft
Monday, December 22, 2008
Carrot Muffin
Posted by zaliana at 4:58 PM 0 comments
Labels: Muffin
Sunday, December 21, 2008
Kuih Kembung Dendan
Posted by zaliana at 6:44 PM 0 comments
Labels: Kuih
Saturday, December 20, 2008
Okonomiyaki
OKONOMIYAKI @ JAPANESE PIZZA
Sumber: Dekfa dan Kak Lynn
Bahan A:
- kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji)..
- sayur kobis di cincang halus-halus
- dried bonito flakes
- dried shrimp
- red ginger
- okonomiyaki sos
- mayonis
- sedikit minyak
Bahan B:
- udang / squid / daging tipis
Bahan A:
- kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..
- 50g tepung naik sendiri
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil dashi powder
- 100ml air
- sedikit bawang putih (klu suka)
- 1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
- 4 sudu kecil minyak sayur
- sos okonomiyaki
- dried bonito flakes
- dried shrimp (ni tak letak)
- mayonis
Bahan B:
- boleh guna daging tipis, squid atau udang
caranya:
-cincang / potong kubis tu halus-halus.
- bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
- masukkan sayur kobihts dan kacau rata
- panaskan non stick pan dan bubuh minyak
- tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak, terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
Hiasan:
- letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki dan mayonis. taburkan dried bonito flakes, dried shrimp dan red ginger. siap.
Nota:
* sos okonomiyaki leh ganti ngan worcestershire sauce
* bonito flakes=katuobushi=kat gmbar takoyaki tuh yg nipis kat atas dia tuh
* dashi powder=leh ganti ngan serbuk ikan bilis
Posted by zaliana at 1:43 PM 1 comments
Labels: Kuih, Makanan Jepun
Tuesday, December 16, 2008
Kek Coklat Mayonis
Bahan-bahan-untuk kek
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil
1/2 cawan kepingan badam hiris
Cara-cara
- Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat dan ayak.Biarkan dahulu.
- Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati.
- Kemudian masukkan campuran tepung dan serbuk koko secara sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan minyak masak dan kacau. Akhir sekali masukkan kepingan badam ,kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan butter paper.Bakar didalam oven yang telah dipanaskan. Setkan suhu ikut oven masing-masing. Yang ini bakar selama 40 minit, suhu 150 darjah.
130 gram coklat masakan
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan campuran susu cair dan air
2 sudu besar mentega
-beberapa biji badam yang telah dibakar sebagai hiasan
Cara-cara
Cairkan coklat maskan dan butter didalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air.Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuangkan ke atas kek.
Posted by zaliana at 12:21 PM 2 comments
Labels: Kek
Monday, December 15, 2008
Roti Teh Hijau Jepun
Resipi Roti Teh Hijau Jepun, diambil dari Resipi.Net.Resipi asal oleh Alex Goh. Inti kacang merah digantikan dengan kaya aje :D
Bahan A
400 gm tepung roti + 100gm plain flour
75gm gula
8gm garam
8gm serbuk teh hijau
1 tbsp milk powder
4 tsp instant yeast
Bahan B
2 bj telur
200 ml cold water
Bahan C
60gm butter
Bahan D
Sedikit bijan hitam untuk hiasan
Inti kacang
Bahan A
150gm kacang merah
800 ml air
Bahan B
150gm gula
Bahan C
40gm mentega
Kaedah:
1. Mix bahan A. Add B dan uli hingga jadi doh.
2. Campur C dan uli hingga doh jadi lembut dan kenyal.
3. Letakkan dlm mangkuk dan tutup dgn plastik
4. Biarkan 45 min atau saiz berganda.
5. Bentukkan bebola dan masukkan inti. Biarkan 45-60min.
6. Sapu dgn telur dan tabur sedikit bijan hitam
7. Bakar at 190 celcius selama 12-15 min.(saya bakar pada suhu 130 darjah sahaja)
Kaedah untuk inti kacang merah:
2. Buang air dan tambah B. Masak hingga pekat.
3. Campur C dan terus masak hingga pekat. Biarkan sejuk.
Posted by zaliana at 2:07 PM 1 comments
Labels: Roti
Friday, December 12, 2008
Kek Coklat Molten
Sumber: Hudahana @ Myresipi . Terima kasih ya, lain kali nak cuba lagi sampai jadi secantik yang Hudahana buat :D
Bahan-bahan ( 6 biji (bekas bulat berdiameter 3") )
* 400g coklat masakan
* 10 sudu makan butter
* 1 cawan gula icing
* 3 biji telur (whole eggs)
* 3 biji telur kuning
* 1/2 cawan tepung gandum
Cara-cara
1. cairkan butter dan coklat, kacau rata
2. masukkan gula tepung, kacau rata
3. masukkan kesemua telur, kacau rata hingga bancuhan menjadi likat & licin
4. tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah di sapu butter hingga memenuhi +/- 80% bekas
5. bakar pada suhu 170celcius selama 10 minit
6. kek sepatutnya menjadi keras di bahagian tepi/luar tetapi cair di dalam
7. selepas dikeluarkan dari oven, berhati2 terbalikkan kek ke dalam piring layan dan hiaskan mengikut citarasa atau cedok sesenduk aiskrim vanilla ke atas kek
8. * hidangkan semasa ia masih panas
9. nota : bancuhan boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk, supaya boleh dibakar just in time utk dihidangkan panas2 ;-)
Posted by zaliana at 1:26 PM 0 comments
Labels: Kek
Wednesday, December 10, 2008
Bun Mayonis
Misi menghabiskan mayonis diteruskan lagi hari ini dengan buat roti pulak. Lepas ni nak kena fikir apa lagi makanan yang sesuai untuk 'dimayoniskan'. Mari minum petang dengan Roti Mayonis dan Cekodok Apple Puan Hana :)
Bahan-bahan
110 ml air suam
275 gram tepung roti
50 gram mayonis
40 gram mentega
30 gram gula
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis kering
1/3 sudu teh garam halus
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker.
- Bila siap, bentukkan bun kecil-kecil. Letakkan ke dalam dulang pembakar.Sapukan mayonis ke atas permukaan roti.
- Biarkan doh naik 2 kali ganda.
- Bakar dalam oven pada suhu 140 darjah selama 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
Posted by zaliana at 4:29 PM 0 comments
Labels: Roti
Cekodok Apple
Sambil bakar roti tadi jalan-jalan ke rumah Hana. Tertarik dengan Cekodok Apple ..terus bancuh tepung. Walaupun rupanya tak secantik yang Cik Puan Hana buat,rasanya sedap dan memang senang nak buat. Terima kasih ye Hana.
Posted by zaliana at 4:22 PM 4 comments
Labels: Kuih
Tuesday, December 9, 2008
Kek Marble Mayonis
Bahan-bahan
- 240 gram gula halus
- 250 gram mentega
- 6 biji telur
- 160 gram mayonis- saya guna mayonnis Lady's Choice
- 300 gram tepung naik sendiri
- 1/2 sudu besar esen vanilla
- 2 sudu besar kulit oren yang diparut
- 2 sudu besar coklat emulco
- Sedikit pewarna merah dan esen ros
- Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.
- Masukkan pula mayonis dan esen vanila dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.Masukkan parutan kulit oren pada satu bahagian adunan .Kemudian satu lagi bekas dimasukkan coklat emulco dan bekas ketiga masukkan pewarna merah dan esen ros.Kacau ingga warna sekata.
- Alaskan loyang pembakar dengan butter paper.Sapukan permukaan kertas dan bahagian tepi loyang dengan marjerin.
- Masukkan adunan ke dalam bekas, dimulakan dengan adunan berisi parutan oren,diikuti adunan coklat dan adunan merah. Lorekkan adunan dengan menggunakan sudu untuk membentuk corak marble
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu oven hendaklah mengikut kesesuaian oven masing-masing. Saya bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit.
Posted by zaliana at 2:46 AM 1 comments
Labels: Kek
Acar Mayonis
ACAR MAYONIS
1 biji lobak merah- disagat
1 biji timun- dihiris memanjang
1/2 biji bawang merah- dimayang
1 biji limau nipis-perah airnya
2 biji cili api-dihiris halus
1/4 cawan mayonis
Cara-cara
- Campurkan kesemua sayur.Kemudian masukkan mayonis dan perahkan limau nipis,kacau hingga rata. Acar ini mudah berair, hidangkan segera selepas disediakan.
- Acar ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk Nasi Beriani, Nasi Tomato dan Nasi Minyak.
Posted by zaliana at 1:25 AM 0 comments
Labels: Sayur
Sunday, December 7, 2008
Bun Yummylicious
Bahan-bahan
184gm tepung roti
46gm tepung kek
3gm yis
12gm gula
4gm garam
23gm madu
18gm telur kuning
35gm butter
138ml susu segar
campur aje sume2 and uli lembut. rehatkan 1 jam. tumbuk2 untuk kuarkan angin, and rehat lagi 30min. bahagi kepada beberape bahagian kecil, rehat 15min. bentukkan n letak filling (jun letak kaya aje) n rehat lagi 45min. bakar selama 10min pada 210'c.
Posted by zaliana at 3:43 AM 1 comments
Labels: Roti
Ayam Serai
Posted by zaliana at 3:19 AM 0 comments
Labels: Ayam
Roti Nasi
Tekstur roti yang lembut dan sedap. Resipi dari Onigiri @ Myresipi.
Bahan-bahan
- 80 gram nasi putih
- 100 ml air
- 250 gram tepung roti
- 60 ml susu segar
- 4 gram dry yeast
- 2 sudu besar gula
- 20 gram butter atau marjerin
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara
- Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
- kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
- masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
- rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
- kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
- letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
- keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
- sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.
Posted by zaliana at 3:11 AM 0 comments
Labels: Roti
Thursday, December 4, 2008
Mee Rebus Johor
Persediaan dan Rempah2nya:
1. Mee Kuning 3 kati
2. Taugeh 1 kati
3. Pendaram 10 keping (dipotong2)
4. Paru2 atau hati goreng ½ paun (dipotong2 sabesar jagong)
5. Sotong goreng ( sedang besarnya)4 ekor (dipotong nipis2)
6. Bawang Merah goreng 15 hulas
7. Telur rebus 4 butir (potong bulat2)
8. Daun saldri 3 batang (potong halus2)
9. Daun bawang 3 batang (potong halus2)
10. Lada hijau champur merah 10 butir (potong nipis2)
11. Limau kasturi 5 butir (kerat 2)
12. Ketumbar 5 chamca besar
13. Lada kering 20 butir
14. Kunyit kering 20 butir
15. Jintan puteh 1 camcha besar
16. Jintan manis 1 chamca besar
17. Chekor hidup atau
kering sabesar kelingking ½ inchi panjang
18. Halia sabesar ibu jari 2 inchi panjang
19. Bawang merah 6 hulas
20. Bawang puteh 5 hulas
21. Kachang tanah ( digoreng) 1 tahil
22. Udang hidup (sedang besarnya) ½ kati
23. Daging lembu atau kambing ½ kati
24. Kentang 3 butir (potong kechil2 4 persegi)_
25. Santan kelapa 1 gelas minum
26. Minyak kelapa ¾ chawan kopi
27. Bunga chengkeh 6 butir
28. Buah pelaga 6 butir
29. Kulit manis sebesar kelingking 2 inchi panjang
30. Buah pek-kak 3 butir
31. Bawang besar mayang 2 buku
32. Serbok perasa (jika ada) 1 chamcha the (penoh)
33. Garam Sachukup rasa
Peraturan membuatnya:
1.Rempah dari No.12 hingga 21 itu digiling halus semuanya dan masokan dalam sabutir mangkok.
2.Daging lembu atau kambing dipotong 4 persegi kechil2 dan dibasoh berseh2.
3.Udang dibuang kepala,ekor dan janggutnya dan basoh berseh2.
Nota:
Resipi ni tak tulis secara terperinci cara penyediaan untuk bahan bernombor 2 hingga 11.Semuanya bahan iringan untuk melengkapkan hidangan ini.
1 kati=600 gram
1 tahil= 37.5 gram
1 pound= 453.6 gram
Buah pekkak= bunga lawang
Posted by zaliana at 8:53 AM 1 comments
Labels: Mee
Monday, December 1, 2008
Cinnamon Raisin Bread
Untuk semua jiranku-belah depan dan belah tepi..maafkan ku andai bau roti ini mengganggu ruangan hidungmu .Ni ayat lazim (dalam hati aje) bila oven tu 'on duty'. Resipi Cinnamon Raisin Bread dari Martha Stewart. Kali pertama buat roti ni dulu,rotinya putih aje tak serupa macam yang Cik Martha buat. Tak boleh jadi nih!! Untuk kali ini kita blend separuh dari kismis tu dengan sukatan air dalam resipi. Haa..baru lah nampak kaler brown tu.
Posted by zaliana at 3:02 PM 0 comments
Labels: Roti
Bakso
"Sejak bila pulak awak pandai buat bakso ni? " tanya adik yang bertandang ke rumah hari Sabtu lepas
Jawabku di dalam hati.." baru je pandai...sejak kawan dengan Che Iza " :D
Posted by zaliana at 2:56 PM 0 comments
Labels: Mee