Wednesday, April 30, 2008

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Ni gara-gara tak tahan tengok sambal tempoyak kat rumah Yat. Kebetulan baru balik dari kampung, jadi stok tempoyak pun banyak. Selalunya guna udang kali ni cuba resipi Yat pakai ikan bilis. ...sedap betul,makan dengan nasi panas. Sape2 yang tak makan tempoyak fresh (macam saya ni) pun akan makan bila jadi lauk macam ni.. Untuk resipi,boleh singgah kat Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Kerepek Fosil Daun Sage

Resipi ini ambil dari buku resipi Dip and Dippers.Namanya Potato Chips With sage, tapi saya ubah nama dia.Letak perkataan fosil tu sebab nampak daun sage tu macam fosil bila diapit oleh 2 hirisan kentang.Bagi yang suka rasa sage bolehla cuba.Mungkin boleh tukarkan dengan sayur lain seperti bayam.

Bahan-bahan
Kentang-kupas
Sedikit minyak masak
Daun sage
Sedikit garam

Cara-cara
Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pemotong.Kemudian sapukan minyak masak.
Ambil sehiris kentang, letakkan sehelai daun sage keatasnya.Tekapkan dengan sehiris lagi kentang.
Taburkan sedikit garam ke atasnya
Bakar dalam oven hingga masak.Balik-balikkan supaya garing sekata.
-Buku resipi Dip and Dippers mencadangkan Smoked Tomato sebagai pencicahnya.
Kentang ni sedap kalau masak sekata.Kalau tak sekata, ada yang terlebih garing,ada pulak yang lembik. Pilihan yang lebih sihat bagi menggantikan potato chip yang jual kat kedai tu.

Bagi yang nak lihat bagaimana pokok sage,ada di bawah ni..Pokok ni disemai dari biji benih, satu batch dengan brokoli dan dill.Baunya sangat kuat.


Tuesday, April 22, 2008

Nasi Dill




22 April,merupakan hari Bumi (Earth Day). Sempena itu,saya sediakan masakan berasaskan pokok yang menghiasi tingkap kecil rumah. Ini adalah pokok Dill. Lihat gambar dibawahnya,bunga Dill.Gambar ni ambil masa weekend lepas.Saya tak sangka pula pokok ni berbunga :D. Bentuk bunganya macam bentuk percikan bunga api,unik kan. Pagi tadi saya lihat bunga-bunga kecilnya sudah kembang sepenuhnya dan berwarna kuning.Tapi hujan lebat dan ribut tak mengizinkan saya ambil gambar.


Pagi ni saya masak Nasi Dill resipi ambil dari Helikonnia.Terima kasih ya. Saya padankan dengan ayam beriani, guna resipi dari peket rempah beriani Faiza.Dill memberi variasi rasa kepada nasi ni.

Masak Lemak Putih Daun Brokoli


Kalau nak kenal inilah rupa pokok brokoli.Ya,pokok brokoli,saya tidak tersilap kerana benih yang dibeli adalah benih Brokoli. :) Pokok ni disemai penghujung tahun lepas.Cuaca yang tak sesuai menyebabkan 'buah' brokoli tak muncul-muncul,daunnya sahaja yang tumbuh subur. Walaupun tak keluar buah,saya tetap gembira sebab pokok ini terus hidup. Ada 2 pokok dalam satu pot ni. Daunnya seakan-akan daun kalilan kan.
Jadi untuk tidak mensia-siakan tanaman ini,daunnya saya buat masak lemak putih.Sangkaan saya, rasanya tentu pahit, tapi rupanya tak pahit langsung! Masih ada satu lagi pokok brokoli ni,saya bercadang nak masak daun brokoli goreng dengan ikan masin pula :D.




Beth's Spicy Oatmeal Raisin Cookies


Resipi biskut oatmeal dipetik dari Allrecipes, Beth' s Spicy Oatmeal Raisin Cookies. Resipi ini mendapat 5 bintang dari mereka yang telah mencubanya. Saya abaikan beberapa bahan seperti serbuk kayu manis,clove dan kismis, serta menambah emplex untuk biskut yang lebih rangup.

Thursday, April 17, 2008

Steamboat



Steamboat,sebagai makan malam tadi. Saya cuma masukkan 1 kiub ayam kedalam air dan campurkan kangkung,kueytiaw,aneka fishballs,telur puyuh,udang, brokoli dan sosej. Tak banyak bahan yang ada,apa yang ada kat rumah aje.Selain sos steamboat,saya sediakan juga sambal kicap untuk makan kuetiaw bersama rebusan steamboat. Atas pertanyaan Lin,saya letak resipi untuk sos steamboat disini. Tak tahulah menepati selera Lin atau tidak :D

Sos Steamboat

100 gm cili merah-ni pedas sikit, kalau kurangkan kepada 70 gm pun ok.
100 ml air masak
40 ml cuka
50 gm gula
3 sudu teh garam
1/2 kiub ayam (optional, tak letak pun tak apa)
1/2 cawan kacang tanah,dipanggang atau goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar2

Cara-cara
Kisar semua bahan kecuali kacang.Kemudian taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan bersama steamboat.
Boleh ubah suai /tambahkan garam /gula/cuka jika perlu untuk menepati selera masing-masing.

Thursday, April 10, 2008

Portugese Egg Tart



Pukul 5.30 pagi tadi,berperang kat dapur menyiapkan 2 menu.Portugese Egg Tart untuk sarapan dan ayam masak merah untuk lauk tengah hari bagi mentri besar yg off hari ni dan jaga mentri kecik kat rumah.Jgn nakal ,mama tinggal pegi kerja ..hehehehee

Rasa mcm suspen pulak masa mengadun filling tu, sebab tak pasti menjadi ke tak kalau ikut resipi ni? Cair semacam aje ni? Alhamdulillah,lega sgt bila lepas bakar rasa dan rupa saling tak tumpah mcm yg selalu beli tu :D .. dan dpt order dari my collegue! sorri,kalau nak tolong buatkan boleh la,bisness belum lagi :D

Bahan-bahan

10 keping puff pastry

Cream Cheese Filling
100 gm whipping cream
55 gm gula
1 keping keju cheddar-potong halus
125 ml susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
1.Keluarkan puff pastry,biarkan ia lembut supaya senang dibentuk.
2.Panaskan separuh whipping cream, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3.Kemudian masukkan baki whipping cream dan keju cheddar,kacau hingga keju cair.Tutup api.
4.Didalam bekas berasingan,pukul susu segar,telur dan esen vanilla.Satukan dengan whipping cream tadi.
5.Sapu acuan dengan sedikit mentega.Kemudian masukkan puff pastry dan tekankan.Gunting lebihan tepinya.Masukkan inti dan bakar 25 minit,suhu 220 darjah atau hingga keemasan.

Resipi Cream Cheese filling,dipetik dari ruangan The Clove, The Star.

Laksa Sarawak


Beberapa minggu lepas saya mencuba Laksa Sarawak di sebuah cafe.Rasanya yang sedap membuatkan teringin nak mencubanya sendiri.Resipi Laksa Sarawak Istimewa dari Kak Pah.Terima kasih !! Manakala resipi pes laksa dipetik dari Majalah rasa, Julai 2005.Saya tak pasti jika rasa perencah laksa ini menepati rasa sebenar pes Laksa Sarawak,tapi saya puas hati dengan rasanya.Sedap.

Perencah Laksa Sarawak

150 gram udang kering
50 gram cili padi
100 gram pes tomato
150 gm bawang merah
80 gm halia
50 gm lengkuas
30 gm bawang putih
20 gm kunyit hidup
100 gm belacan
4 btg serai-dititik

cara-cara
Kisar semua bahan kecuali belacan dan serai.
Panaskan minyak.Tumis bahan tersebut hingga masak.
Kemudian masukkan belacan dan serai.
-saya buat 1/3 sahaja dari bahan, cukup untuk dijadikan pes bagi 1/2 resipi Laksa Sarawak Kak Pah.

Tag: Peti Ais



Ni nak siapkan assignment dari Shamen, rupa dlm peti ais...sesiapa yang ada sebarang cadangan untuk make over rupa parasnya,silakanlah
yeaaaa :D
Belah bawah tu stok lauk untuk 2 minggu.Ni kes tak berapa rajin nak menyiang ikan dan potong ayam byk kali sebulan :D.. setiap 1 untuk 1 portion memasak .

Thursday, April 3, 2008

Gulai Ikan Terubuk Masin Dengan Nenas

Kakak ipar yang baru balik dari Sarawak bagi ikan terubuk masin ni minggu lepas.Selalunya kalau dapat ikan terubuk masin saya gorengkan aje.Tapi kali ni nak cuba buat gulai pula.Ni gara-gara terliur tengok Gulai Nenas Ikan Sepat Masin kat rumah Nurhuda Untuk 'memerangkap' rasa masinnya dan elak dari hancur,saya gorengkan dulu ikan terubuk ni.Ringkas sahaja, saya masak macam buat Gulai Kunyit Lengkuas, stail ore kelate.

4-5 biji bawang merah
sehiris lengkuas
5 tangkai cili kering.
1 inci kunyit
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
Nenas-potong
Ikan Terubuk masin-basuh,potong dan goreng dulu
Garam-jika perlu
Sedikit gula

cara-cara
Kisar bawang merah,cili kering,kunyit dan lengkuas dengan santan cair.
Masukkan ke dalam periuk,masak hingga menggelegak.Masukkan ikan kering dan nenas.
kacau selalu, dan akhir sekali masukkan santan pekat.Imbangkan rasa dengan garam dan gula, jika perlu.

Tuesday, April 1, 2008

3 series

Gamabr ni upload special untuk Noreen ...si tembam ni posing tanpa baju ..sape punya besday pun memang dia lah yang tukang potong kek.. :D





Hasil pertama menggunakan sugar paste.Lama betul nak siap, 3 hari!Bukan apa, baru nak menyesuaikan tangan ni dengan sugarpaste yang cepat retak dan kering.Hanya berbekal kesabaran ajelah kek ni siap juga akhirnya. Hari pertama, selepas uli sugarpaste, buat bunga tapi sekerat jalan aje sebab 'tension' dia mudah retak.Jadi bungkus balik sugarpaste tu.Hari kedua, keluarkan balik dan cuba lagi.Mak oiii kerasnya benda ni,kena uli balik sikit-sikit,dan akhirnya dapat buat separuh aje bunga ros yang besar tu! Dan pada hari ketiga baru dapat siapkan semua bunga dan daun dan melepa fresh cream.

syyhhh..bunga ros tu diwarnakan dengan eyeshadow.Puas selongkar laci.Tapi berusnya dah reput,terpaksa guna tangan untuk kaler bunga.Berguna juga akhirnya eyeshadow tu..hehehehe .kita memang 'buta huruf' bab make up ni..jadi main tenyeh ajelah kaler tu ..tak retilah nak main shadow2..(kena pi berguru ngan Cikgu Alis :D )..kat luar gambar kan bunga tu nampak berkilat2 sikit..Saya namakan 3 series, sempena umur yang masuk 30 tahun hari ini...sudah tuaa :p

Sumber rujukan:
1)Untuk kek,saya gunakan resipi Kek Span IPS, oleh Puan Nini dari Resipi.Net
2)Untuk sugarpaste,resipi dari http://suzinor.blogspot.com/2008/02/sugar-paste-rose-butterfly.html -terima kasih Suzi,banyak belajar dari blog ni.


3)Untuk design bunga ros, saya renung lama-lama kat flickr abbietabbie ni ... http://flickr.com/photos/abbietabbie/407146364/in/set-72057594123448395/



-terima kasih semua,tanpa anda tak tercapai impian saya untuk buat kek macam ni.



Untuk whipping cream, cuma pukul whipping cream perlahan,bila dah kembang masukkan gelatin yang telah dipanaskan dengan air,pukul lagi dan kemudian lepa atas kek.