Thursday, April 3, 2008

Gulai Ikan Terubuk Masin Dengan Nenas

Kakak ipar yang baru balik dari Sarawak bagi ikan terubuk masin ni minggu lepas.Selalunya kalau dapat ikan terubuk masin saya gorengkan aje.Tapi kali ni nak cuba buat gulai pula.Ni gara-gara terliur tengok Gulai Nenas Ikan Sepat Masin kat rumah Nurhuda Untuk 'memerangkap' rasa masinnya dan elak dari hancur,saya gorengkan dulu ikan terubuk ni.Ringkas sahaja, saya masak macam buat Gulai Kunyit Lengkuas, stail ore kelate.

4-5 biji bawang merah
sehiris lengkuas
5 tangkai cili kering.
1 inci kunyit
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
Nenas-potong
Ikan Terubuk masin-basuh,potong dan goreng dulu
Garam-jika perlu
Sedikit gula

cara-cara
Kisar bawang merah,cili kering,kunyit dan lengkuas dengan santan cair.
Masukkan ke dalam periuk,masak hingga menggelegak.Masukkan ikan kering dan nenas.
kacau selalu, dan akhir sekali masukkan santan pekat.Imbangkan rasa dengan garam dan gula, jika perlu.

6 comments:

Fenrisar

See please here

Akinogal

See Please Here

Cik Siti Wan Kembang

alaihaiii sedapnya gulai ikan ni Za. macam gulai ikan kering kelantan lah ni kan Za..

zaliana

a'ah siti..sedap make tengah2 lapa :D

zerdy

kak za, td try resipi ni. ya ampun sedap & senang nk buat

Ahliah Nizam

Assalam ...

Mohon izin copy resepi & gambar ke FB saya ye. :)

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150420204415284&set=a.454967940283.373243.324656380283&ref=nf

Terima Kasih