Thursday, April 10, 2008

Laksa Sarawak


Beberapa minggu lepas saya mencuba Laksa Sarawak di sebuah cafe.Rasanya yang sedap membuatkan teringin nak mencubanya sendiri.Resipi Laksa Sarawak Istimewa dari Kak Pah.Terima kasih !! Manakala resipi pes laksa dipetik dari Majalah rasa, Julai 2005.Saya tak pasti jika rasa perencah laksa ini menepati rasa sebenar pes Laksa Sarawak,tapi saya puas hati dengan rasanya.Sedap.

Perencah Laksa Sarawak

150 gram udang kering
50 gram cili padi
100 gram pes tomato
150 gm bawang merah
80 gm halia
50 gm lengkuas
30 gm bawang putih
20 gm kunyit hidup
100 gm belacan
4 btg serai-dititik

cara-cara
Kisar semua bahan kecuali belacan dan serai.
Panaskan minyak.Tumis bahan tersebut hingga masak.
Kemudian masukkan belacan dan serai.
-saya buat 1/3 sahaja dari bahan, cukup untuk dijadikan pes bagi 1/2 resipi Laksa Sarawak Kak Pah.

2 comments:

Kalar

See Please Here

Anonymous

memang susah betul nak dapatkan resipi perencah laksa sarawak yang asli sebab orang-orang Sarawak sendiri begitu berahsia tentang bahan-bahannya. Walaubagaimanapun, terima kasih atas resipi yang diberikan.